CELOTEH ANAK

AYAM

Ibu...cikgu kata kite jangan makan ayam banyak.
Teman kata kenapa?(teman tahu kenapa dan mengapa,tapi saja2 melayan cakapnya)
Cikgu kata ayam tak baik untuk kesihatan.Tambah2 orang lelaki,kalau banyak sangat makan ayam nanti payu dara dia besar.
Teman jawap oooooooo
Dia sambung lagi cikgu kata jangan makan ayam bahagian kepak,sebab peniaga ayam masukkan ubat kat situ.Cikgu kata lagi jangan makan bahagia peha,peniaga pun masukkan ubat kat situ.
Teman tanya habis nak makan bahagian mana?
Dia kata cikgu cakap makan bahagian dada.
Teman jawap okay....

Semalam teman nak singgah beli ayam goreng kat kedai terkenal dipekan ni.
Ibu ni tak mahu dengar kata lah!makan ayam tak baik!
Teman tanya balik...kenapa?
Ibu ni!kan saya dah kata cikgu kata ayam tak baik untuk kesihatan.Ibu ni degillah malas lah nak cakap lagi!
Teman baru teringat...okaylah!tak payah beli ayam,kite beli ikan je...
Dengan muka masam mencuka...ikan pun tak bagus lah!kalau nak beli ikan pergi kat pasar2 hari2.Ikan kat Aeon misalnya ada ubat juga.
Teman tanya  balik....cikgu mana yang cakap ni?
Dia jawap cikgu saya lah!
Teman tanya lagi yalah...cikgu awak,tapi siapa namanya?
Dia kata Cikgu Suhaimi lah....
Teman tanya lagi....kalau ayam tak boleh makan,ikan pun tak boleh makan....sekarang kite nak makan apa?
Dia diam je...
Teman kata esok adik gi sekolah,tanya cikgu...semua tak boleh makan,semua orang nak makan apa cikgu?
Dia jawap saya dah tanya...cikgu jawap makan sayur sayuran je...
Teman kata...cikgu ni pandai cakap je,silap2 dia yang lebih2 makan ayam dengan ikan.Ibu sepak mulut cikgu tu baru tau!Macam pandai sangat!
Dia marah teman kata macam tu,dengan muncung sedepa...dia kata...
Kalau ibu tak nak dengar,biar payu dara ibu besar!opss!payu dara ayah lah!
Sampai tersasul anak dara teman nak terangkan isu ayam dan ikan.

Cikgu cikgu....lain kali,ajar anak2 biar terang.Kalau ini tak boleh,berilah cara untuk mengatasi masalah.
Kalau ayam ikan tak boleh makan...kite2 semua nak makan apa?
Tak kan hari2 makan sayur?
Cikgu ingat kami kambing?

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

KUIH RAYA