BILA SAKIT,DENGARLAH NASIHAT DOKTOR

TAK PAYAH TUNJUK PANDAI....

Sakit penebus dosa.Selalu kite dengar ALLAH akan uji kite dengan dugaan utntuk naikkan martabat kite.
Sakit...satu perkataan yang biasa kite sebut.
Apa2 pun doakan agar kite selamat dunia dan akhirat.

Anak teman sakit.
Walaupun dia boleh berjalan ke sana ke mari...
Sebenarnya dia sakit.Dia sedang dalam rawatan dan pemantauan doktor.
Setiap bulan kena ambil darah,kena jumpa doktor...
Bacaan darah mesti cantik,baru dia akan sihat.

Bulan pertama bacaan darahnya okay,bulan ke 2 tak berapa nak okay..
Panjang lebar doktor bercakap...
Hasilnya tetap tak cantik pada bulan ke 3..
2 kali teman mewakilinya.Sebab sibuk yang memanjang dan perjalanan yang jauh untuk balik ke pekan ini.
Kali pertama....Teman kata...doktor anak saya tak dapat datang.Saya wakilkan dia untuk dengar keputusan darah tu.
Doktor kata sepatutnya tak boleh,saya kena bercakap dengan pesakit tu sendiri.
Teman kata lagi...anak saya kata,ibu yang cebuk berak,maknanya ibu berhak untuk tahu.
Doktor senyum...boleh juga,tapi pada hal2 yang simple.Kalau situasi cemas,pesakit perlu ada bersama.Sebab takut penyampaian salah.
Teman angguk...dalam hati..baiklah doktor....

Semalam teman dan suami gi mengadap doktor muda.
keputusan darahnya elok sikit kalau nak banding keputusan yang lepas.
Doktor kata bacaan darahnya mesti bawah 0.5,sekarang bacaan 1.67...dia kena makan ubat,tak boleh ronggak2.kalau dia ikut arahan insyaALLAH bacaannya akan jadi baik.
Saya merayu padanya,makan lah ubat,saya tak nak jumpa dia dalam keadaan sakit lagi.
Walaupun sekali jumpa doktor kena bayar RM70.00 sahaja,tapi doktor ni pandai berkata kata..Cara dia berkata....dia tak mahu anak teman sakit,dia mesti sihat.
Duit bukan segalanya...kesihatan pesakit yang dia fikirkan.
Sahabat kata kena juga kan 70inggit?
Teman jawap mestilah kena,bayaran untuk upah bercakap.

Teman msg kat anak panjang lebar...
Makan ubat,makan ubat....
Jawapannya tambah je dose ibu.
Amboiiii senang betul cakap!tambah dose bukan jalan terbaik.Ubat yang doktor bagi bukan penadol atau cortal.Boleh makan ikut suka,ubat ni ubat kawalan.Doktor kata kalau boleh saya nak kecilkan dose tu.Ubat ni ada kesan sampingan.Lama2 boleh reput tulang.
Jangan lupa makan ubat tulang tu juga!
Jawapnya...ok ibuuu......
Tu je.....
Anak bertuah ni memang menduga hati.Kite bimbang keadaan dia...
Dia boleh santai2 je...
Semua ambil mudah...

Sahabat kata kat teman...tak ada cara lain ke?ubat hospital ni bukan baik sangat.Ada kesan sampingan.
Teman akui....apa2 ubat pun ada kesan sampingan.Seorang doktor pernah kata kat teman.U jangan dengar kata orang.U sakit,u kena terima sakit tu.Orang lain pandai cakap sahaja.U yang sakit.Bila doktor bagi ubat,makan lah!kenapa tak makan?
Takut buah pinggang rosak?
U tak makan ubat pun buah pinggang akan rosak,u makan ubat pun buah pinggang akan rosak.Kiri u kena kanan pun u kena.Paling tidak u hargailah masa yang u ada..u happy2 dengan hidup u.Ubat ni hanya mengawal agar sakit tu tak melarat.Kalau u tak makan ubat,lagi 3 tahun...habislah u!semua saraf dalam badan boleh rosak.Glokus tinggi sangat,saraf kecil2 boleh putus.U rasa u kawal makan,tapi u pasti?u boleh kawal makanan yang u ambil?
Teman terpegun..
U doktor atau saya doktor?
Teman tersenggeh je...u doktor lah...panjang muncubg hala ke doktor.
Dia kata lagi...ALLAH dah tetapkan u akan mati lagi 3 thn.U makan ubat u akan mati juga lagi 3thn,kalau u tak makan ubat,u juga akan mati lagi 3thn.Jadi?gembiralah dengan hidup ni.U makan ubat ikut arahan,paling tidak u sihat,u boleh jalan2 sana sini...
 U jangan fikir sangat apa akan jadi 3thn akan datang.Nanti u dapat sakit lain pulak!

Dalam diam...betul juga apa doktor ni kata...
Makan tak makan...MATI TU PASTI.
Makan ubat,kite sihat,tak makan ubat kite akan sakit dan lesu.
Pilihan terbaik....makanlah ubat ya anakku,suamiku dan aku sendiri.....
Semuga ALLAH lindungi kite dari keburukan.Dan sihatkan kite supaya kite dapat buat sebanyak mungkin  amalan sebelum mati.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?