SISTEM MERIT DEMERIT SEKOLAH TERKINI

KELAKAR BETUL!

Sistem persekolahan berubah setiap tahun,baik sistem pembelajaran mahupun disiplin murid2..
Berubah sepanjang masa..
Tahun ni lain,tahun depan lain..
Sehingga kite ibubapa jadi tak faham!

Sebelum ni,teman hanya dengar dan tak ambil tahu...
Pada teman...okaylah tu,paling tidak yang nakal kena rotan,yang baik dapat pujian.
Sahabat kata kena ambil tahu juga...
Teman besarkan mata...aduhai...dah tua2 macam ni,otak tepu!

Minggu lepas,teman ambil report kad si bujang yang dok asrama.
Keputusan sedang2 je.Anak teman tak genius,sama macam orang2 lain.
Puan nak lihat buku merit?
Teman jawap apa tu?
Cikgu tu jawap buku kelakuan anak2...
Teman angguk laju...okay juga.

Tunggu hampir 10 minit,buku di hulur depan mata..
Jujur teman nak kata...selama ni dengar je,teman tak pernah ambil tahu..
Selak cari nama dia...Muka surat 10 tertera Muhammad xxx xxxxxx...
List kesalahan dah sampai no 24.spontan teman kata mak aiii...panjangnya!
Cikgu senyum..
Teman tanya apa ni?
Cikgu kata...

Sistem Pengurusan Disiplin (SPD) atau Sistem Merit Demerit berkait rapat dengan Sistem Maklumat Murid Berkomputer (SMM) kerana nama-nama murid di'link' dari SMM.
SPD bertujuan untuk merekod kesalahan (demerit) dan sumbangan (merit) murid. Setiap perlanggaran disiplin ada markahnya begitu juga dengan sumbangan. Semua pengiraan markah dan analisis dilakukan oleh komputer.
Pada awal tahun setiap murid dianugerahkan 40 markah yang perlu dijaga sepanjang tahun. Murid yang melakukan perlanggaran disiplin markahnya akan berkurangan dan sekiranya mereka memberi sumbangan markahnya akan bertambah. Setiap murid yang markah demeritnya telah berkurangan sehingga 10 akan diambil tindakan menghantar surat makluman kepada ibu bapa. Murid ini juga boleh dikenakan tindakan rotan. Tambahan bilangan rotan atau digantung persekolahan sekiranya markah sentiasa berkurangan sehingga kepada tindakan buang sekolah jika markah 40 tadi tidak berbaki lagi.



Teman hanya mampu kata ooooo....macam tu ke?Ni banyak sangat senarai?
Cikgu kata...kesalahan bising dalam kelas dah 2 kali tercatat dalam buku,sekali lagi dia akan di rotan.
Teman angguk tanda faham..ooooo....dalam hati macam2 sistem laaa ni...kalau dulu ,bising dalam kelas bukan 2 kali tapi beratus kali!tetap tak di anggap satu kesalahan besar.Paling ganas kena baling dengan pemadam papan hitam,paling teruk kena diri atas kerusi.
Laaa...ni....dah macam penjenayah besar!
Rotan di khalayak ramai!
Cikgu kata lagi..awal2 sekolah,anak Puan banyak tido dalam kelas.
Teman jawap diaorang dok asrama,tak tido kah?
Cikgu balas kata2 teman..tak tido lah tu!dah dok ramai2,pok pet sampai pagi.
Terbayang muka anak teman yang hensem tu....depan teman,aduhai...sopan gilla!belakang teman...mungkin panjat dinding kottt..

Balik rumah teman pok pet kat dia..
Dia terpinga pinga...
Teman tanya awak tak tahu ke?
Dia geleng kepala,buku tu murid tak di benarkan baca ibu..
Teman kata..tak kire,lepas ni cukup 24 list tu,jangan tambah2,kalau kena rotan esok,bukan cikgu yang rotan tapi ibu!Faham tak?
Anak teman diam je..
Antara faham dengan tidak teman harap dia berubah.Jangan nakal sangat.Tengok muka pijak semut tak mati,rupa2nya....
Buaya pun kalau dia pijak keluar tahi hijau!

Sistem akan berubah setiap tahun....selagi kite semua bernyawa,semua sistem dalam dunia akan berubah melainkan.....ALQUR AN.




Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK