RUMAH SEWA ZAMAN SEKARANG

MAHAL NAK MAMPUS!

Anak teman nak mulakan hidup di kota metropolitan.Kota besar penuh cabaran.
Anak teman baru je habis belajar dan sekarang lagi praktikal.
Anak teman seorang gadis cantik kecil molek orangnya.

Sebagai ibubapa,kami akan pastikan dia menetap di tempat yang elok2.
Malangnya.....
kami tak mampu nak sewakan dia sebuah rumah kerana sewa rumah zaman sekarang mahal2 belaka.
Sudah menjadi trend,sebuah rumah di kongsi ramai2.
Setiap bilik ada nilaian tersendiri.Kalau sebuah rumah RM1500.00.Akan dibahagi mengikut bilik dan keluasan.
Kalau rumah tu ada kelengkapan tertentu,harga melambung sampai beribu ribu.
Ini semua harga rumah bertingkat tingkat.kalau rumah tanah,lagiiiiii le mahal!
Jenuh mencari kesana ke mari....
Ada sahaja yang tak kenan di hati.
Ada yang bercampur lelaki perempuan,ada yang bercampur bangsa dan macam2 lagi.
Semua ni buat hati teman tak keruan.
Susah hati ni.....teringat kisah2 gelap kat media2 masa....
Anak2 hidup di kota besar,hilang semua pegangan agama dan kesopanan.
Hilang halal dan haram,semua tu buat teman benar2 susah hati.

Ada sekali anak teman kata...ibu,boleh tak saya duduk dengan satu perempuan,dia ajak kongsi bilik.Bilik tu mahal RM500.00.Kalau saya kongsi seorang RM250.00.
Teman marah betul!tak de le terdesak macam tu sekali.Duduk dengan orang yang tak kenal,duduk sebilik dengan entah sesiapa.Bayangkan?budak2 sekarang macam2 bende diaorang buat.Lesbian,gay bagai...
Senak dada teman...tak terfikir anak teman di perlakukan sedemikian rupa.
Malangnya anak teman lurus bendul,dia tak terfikir bende2 kotor macam tu.
Dia rasa semua orang baik2,semua orang ingat TUHAN.

Teman bantah,suruh dia cari rumah lahan2,jangan kelam kabut.InsyaALLAH ada banyak rumah sewa yang elok2.
Akhirnya...dia jumpa sebuah rumah.
Rumah kecil 3 tingkat.Atas sekali bilik tidur utama,tingkat 2 ada 2 bilik comel2.Bawah sekali ruang makan,ruang tamu dapur selari tak ada sekatan..
Garaj hanya boleh masuk sebuah kereta paling kecil.Ruang dapur dah tertutup dek penyambungan rumah jiran2.
Bahu cukup tak menyenangkan.Kalau lah berlaku kebakaran,pasti merebak dengan cepat sekali.
Senang kata....sangat serabai!
Harga sebulan RM1400.00 sahaja,deposit seperti biasa 3+1+ api air
Di bahagi 4 maknanya anak teman kena bayar RM350.00 setiap bulan tak termasuk api dan air.
Orang zaman sekarang,menyewa tak agak2.Semua mengambil kesempatan.Semua tak berhati perut.Rumah macam reban ayam,bilik mandi macam jamban awam...
Tergamak letak sewa mahal2.Semua tak fikir halal haram,semua orang dah tak ada ihsan.
kalau nak sewa mahal2 buat lah elok2...
Tukarlah bende2 yang dah buruk,yang dah kokak kasi buang lah!
Jamban berdaki,lantai berdaki.....tepuk dahi teman masa pertama kali masuk rumah tu.
Dalam hati...serabainya!kesian anak ku.....

Dalam pada geli geleman,teman basuh juga tandas merangkap bilik mandi,teman pijak juga lantai yang berkerak.Geli teman buang jauh2,walhal...kat rumah Citra yang buat semua tu.
Demi anak....teman buang jauh2 rasa geli geleman.
Teman lupakan siapa penyewa sebelum tu,teman gelapkan hati untuk tidak memikir bende2 yang bukan2.
Nawaitu....asalkan anak2 selamat tu sudah cukup memadai.



Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK