KISAH HARI INI

MELAYAN SIKAP MANUSIA

Malam tadi teman pergi buang sampah kat pasar di pekan teman.Undang2 Majlis...daun dalam kawasan rumah.walau selai,kite kena buang sendiri.
Sebab tu teman malam2 buta cari tempat pembuangan sampah,kalau harap mereka angkut naik lori!mimpi siang hari lah....
Teman nampak beberapa orang sedang cuba mengangkat sekor anjing yang patah dek kecuaian manusia.
Dia patah ooo,kaki dia dua dua patah ooooo...Tu yang teman dengar.
Kesian?
MESTI!siapa pun yang patah,selagi dia makhluk ALLAH teman mesti kesian.

Pagi tadi,teman pergi pasar beli lauk,masa balik teman akan lalu tempat kejadian.
SubhanaALLAH!anjing tu masih ada kat situ,terkial2 nak keluar dari longkang tepi tandas awam.
Teman kata kat anak...eh!anjing tu ada lagi lah!Kesiannya....

Sebaik sampai rumah,teman call nombor MPM yang teman ada...
Mereka sambut baik dan bertanya tujuan teman menelefon mereka.Teman pun....bla,bla,bla...
Setelah panjang lebar bercakap....
Ooo....kalau masalah ni,Puan kena call nombor bla,bla,bla...
Teman sambut mesra..tq....

Teman call nombor diberi...
Suara perempuan jauh disana,selepas bertanya tujuan...teman pun bla,bla,bla...
Ooo...kalau masalah ini,Puan kena  call nombor bla,bla,bla...
Teman sambut mesra..tq..

Temancall nombor di beri...kedengaran suara lelaki India di hujung talian.setelah bertanya tujuan,teman pun bla,bla,bla dengan panjang lebar.
Lepas teman dah habis bercerita...
Soalan pertama yang telinga ni dengar...
Puan nak kami buat apa?dalam keadaan nada cukup menyakitkan telinga.
kite buat laporan,kite adu kan masalah ringkas...Dia boleh tanya balik kat kite apa yang kite mahukan?
Berdesing telinga ni...memang teman jadi baran!
Teman kata kat dia...saya ahli masyarakat perihatin,saya tak tahu saluran mana yang terbaik untuk bantu anjing tu.Dalam kepala otak saya hanya fikir MPM sebab MPM berkuasa menjaga hal ehwal kebajikan penduduk kan?
Bila dengar nada teman dah tinggi,dia jawap kalau masalah ini,Puan kena rujuk ke Klinik2 haiwan.
PULAK!
Teman lagi kena call klinik haiwan?
Teman pantas jawap..saya buat aduan sahaja,atas ihsan semasa insan.Terpulang lah gaya mana pihak anda nak buat,nak tembak mati ke,nak tanam hidup2 ke....terpulang lah..
okay terima kasih.
TITIK!
Tak kuasa nak layan...Baik buat kerja sendiri.ZZZZZzzz

Dalam pada tu,hati nak keruan...geram pulak tengok gelagat mereka.Past teman kesana kemari....keputusan teman juga yang kena?
Macam setan je perangai sekor2.

Kali ini,teman call tempat yang sesuai untuk adu pasal sikap pekerja dan bukan lagi pasal anjing celah longkang.
kali teman dah tak nak bercakap dengan cikai2 staff,teman nak BOSS!
Malangnya....BOSS keluar tak tahu kemana...
Macam biasa,keadaan kerja tempat2 macam tu memang santai....
Pagi masuk kerja,popet popet....pukul 10 minum.....
Sebelum waktu rehat popet popet lebih kurang...keluar makan...
Nanti pukul 3....keluar minum petang....
Macam tulah sampai pencen.Cukup tahun dapat bonus,dapat duit raya dapat BRIM.
Apa lagi nak buat.......kerja senang,apa nak kisah....
Orang buat aduan,baru keluar...tu pun ikut kes,kalau kes tak berat..tunggu dulu,kes berat dapat publisiti,berdedai ramai2 piiii selesaikan.
Setakat anjing bodoh tu,jangan kecuh sangat lah...
Mati kite angkut kasi buang!
Teman jawap masalahnya tak mati2!dia masih hidup,dia masih NAK hidup.....

Oleh kerana BOSS tak ada,diaorang past teman kat seorang lelaki.Mungkin sama taraf dengan BOSS tu tadi.
Teman kata...
Saya tak nak lagi cakap dengan orang tidak berkenaaan,dari tadi saya berkata kata dengan manusia yang membuatkan hati saya jadi baran!
Sekarang saya tidak lagi mahu adu pasal perkara lain,saya nak komen pasal sikap pekerja awak.
Dalam tak mahu cerita,terpaksa cerita juga dari A sampai ke Z.
Teman kata....saya hanyalah ahli masyarakat perihatin,saya tak terfikir saluran mana yang sesuai untuk di adukan.
Kalau awak kata....saya silap buat aduan,tu bukan salah saya tapi salah pekerja awak .
Sepatutnya dia ambil aduan dan panjangkan ke pihak2 berkenaan.Ini tidak!dia beri nombor untuk saya buat laporan sendiri.
Dia tolak saya sana sini...dan akhirnya saya juga kena teruskan dengan mencari klinik haiwan sendiri.
Setahu saya,MPM berkuasa penuh untuk memastikan kesejahteraan penduduk dan alam sekitar yang nyaman.Saya hanya pembayar cukai yang tidak tahu apa2 mengenai proses aduan.Yang saya tahu...saya mengadu dan pihak awak ambil tindakan.
Saya selalu nampak pekerja awak tembak anjing liar,maknanya....adalah petugas yang sesuai untuk kendalikan kes anjing malang ni.
Kenapa susah sangat pihak awak nak faham cara kerja yang betul.Saya buat aduan, MPM ambil aduan saya dan cari pihak yang sesuai.Habis cerita!saya pun tak akan tahu apa kesudahannya.
Samada pihak awak biarkan anjing tu mati sendiri atau pihak awak angkat dan buang kat pelupusan sampah itu bukan lagi masalah saya.
Lelaki tu hanya diam,sesekali mengiyakan apa yang teman katakan.
Sahabat kata...orang tu mesti kata u kecuh!
Teman gelak je...dalam hati MESTI!dia kata teman buat kecuh di pagi hari.

Esoknya...teman pergi lagi...
Teman cuba elak dari lalu kat kawasan tu.Teman tak mahu tahu apa yang ada di situ.Teman tak mahu lihat anjing tu lagi...
Seandainya....ada dia,pasti teman gegar lagi MPM.
Teman mesti kecewa sebab.............manusia di beri akal,tapi semua letak kat lutut termasuk teman sendiri.




Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK