SELAMAT HARI LAHIR BUAT ANAK BONGSUKU

24 JULAI 2017 (10THN)

Pada awalnya lupa.....
sorryyy...
Ibu banyak keje dik...Ibu dah tua,banyak benda mula lupa......
Sahabat kata mak aiiii!belum lagi 50!Dah lupa?tulah....banyak sangat makan bendir.
Ada kene mengena ke lupa dengan bendir?

Semalam,lepas sediakan makan tengahari,terus pergi kedai beli hadiah,beli kek bagai.
Dia balik muka masam...
Merungut kat kakak...semua orang ingat harijadi saya,semua orang bagi saya hadiah,tapi keluarga sendiri lupa..
kakaknya terus menyakat,terus buat dia panas.
Lagiii lah dia meradang,terus muka masam mencuka.
Bila nampak kek,hadiah terus senyum sampai ke telinga.
Itulah anak ..sentiasa minta perhatian.

10thn lalu...
Sebaik teman tahu kehadirannya,sebenar teman tak sangka,tak sedia menerimanya.
Sebab..teman dah 39thn,teman dah penat jaga anak kecil..
Tapi....ALLAH dah tetapkan anak teman 5 sejak azali,buatlah apa pun!dia akan datang juga...
Bezanya lambat atau cepat je.
Seminggu dua kemudian,teman ke klinik nak sahkan kehamilan.
Melalui air kencing,sah teman ngandung anak ke 5.
Doktor lihat fail terdahulu.....sejarah menyatakan teman pernah melahirkan anak melebihi 4kg.Doktor terus suruh teman gi makmal nak check glukos.
Dapat keputusan,glokus teman tahap membimbangkan... lebih dari 12 bacaan.

Bincang dengan doktor,akhirnya insulin jadi teman sepanjang teman mengandung.
Cucuk tang pusat pagi dan petang sebelum makan.
Makan kena pantau.Berat dari 60++ terus menjunam ke 55kg.
Lahir melalui pembedahan sebab jantungnya mula lemah,Doktor takut glukos teman lagi teruk.
Hari yang sama.....
Teman kena potong perut.
Sakit?
Epidural menyelamatkan keadaan.Teman tak rasa pun.....
TAPI...lepas ubat bius hilang....
Perut macam nak terkeluar.berdehem pun sakit apatah lagi terbatuk.
Beza sungguh dengan beranak normal.
Nak bangun nak duduk nak diri....semuanya sakit.Kita akan rasa perut tu macam nak terkeluar je.
sakit sungguh!teman yang tulang besi urat dawai ni pun...tak tahan,apatah lagi yang agar2.
memang melaung setiap jam.
Keh keh keh...

Lepas dia keluar,teman minta doktor hentikan insulin.teman kata teman nak kawal makan sendiri.
BERJAYA selama 9thn sahaja.
Bulan 8 / 2016....teman sah pesakit diabetes melittus.Teman kena makan ubat 3 kali sehari.Kawalan makanan GAGAL sudah!
Doktor kata....lebih baik makan ubat daripada konon2 nak kawal makan.Bila ada ubat,kesihatan terkawal juga.
Kalau glokus tinggi paling tidak ubat membantu merendahkannya.Melainkan....kite boleh kawal pemakanan,kite rajin bersenam...insyaALLAH semuanya akan baik sentiasa.
Masalahnya.....
Teman dah mula lalai...bacaan tinggi dalam diam lebih bahaya daripada konon2 dapat kawal makan.
10thn nanti...habislah,semua saraf kecil akan rosak.Itulah punca penyakit jadi lebih parah.

Okay... Doktor saya faham.Boleh makan apa sahaja tapi dalam kadar sikit je...Boleh makan apa sahaja kecuali durian tapi ubat jangan di lupakan.
Opsss!durian boleh makan tapi SATU ULAS SAHAJA.
SATU ULAS SAHAJA?teman nasihatkan...jangan cuit langsung.Tak akan seulas kite makan,paling sikit 4 ulas,jumlah tu akan buat glukos kite 3 bulan tak luak2.
Paling baik,jangan makan terus.Rakan taulan perlu bantu pesakit diabetes jauhi durian atau makanan2 bergula yang lain.
Kalau nak makan juga...terpulang..badan sendiri kan?Lantak hangpa lah!

Sahabat kata pandai cakap je,buatnya tidak!
hahaha.........saya buat tapi tak tetap....kadang2 curi2 makan.lagi2 raya macam ni....
Mana maunya sekat makan.
Kuih tart hanya bulan raya je ada,bulan2 lain orang tak jual.
Sahabat kata...boleh makan tapi jangan banyak sangat!
Okay.....terima kasih atas nasihat tu...

Balik pada anak bongsu ku....
Dia anak istimewa,teman menyekat nafsu makan untuknya..Dengan izin ALLAH dia selamat dari glokus meresap dalam dirinya.Doktor test darah setiap hari.Ambil melalui tumit yang mulus...
kesian selama beberapa hari,setiap pagi Doktor datang cucuk tumit  ambil darah  untuk pastikan tiada glukos dalam darahnya.

Sehingga sekarang dia masih sihat....
Dan harap2 sampai bila2 dia akan sihat...
Selalu pesan kakak dan abang2nya...kalau sayang dia,tolong jaga makannya.Jangan beri dia makan yang bukan2.
Doktor kata....dia 30% terdedah diabetes.Jika tak jaga,dia akan menjadi pesakit Kencing Manis tegar dalam usia muda.
Maka sebab tulah....teman selalu anggap dia istimewa.
Selain anak bungsu,dia berisiko tinggi mewarisi penyakit keturunan.

Selamat hari lahir Aaliya Farhah....
Semuga adik akan sentiasa di berkati oleh ALLAH.Semuga adik akan jadi anak solehah,semuga adik akan cemerlang gemilang dan terbilang di dunia dan akhirat.
Aminn...



Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK