MUSIM DURIAN

SEMUA ORANG TERINGIN....

Hari ini teman keluar keringkan baju sebab dryer teman rosak.Tak boleh panas sangat,tetiba stop.
Suami kata ada le yang rosak tu...
Macam tu je,tanpa usaha yang lain.

Sementara menunggu teman dan dia di gerai juga durian.
Ada 4 tempat asingan.Bakul 1(RM20)Bakul 2(RM18) Bakul 3(RM16)Bakul 4(RM14)
Bakul hujung sekali...
Untuk buat tempoyak Chik....katanya.

Suami beli sebiji kecil untuk dia seorang.Macam biasa teman tak di galakkan makan takut glukos NAIK TINGGI!
Sedang kami borak dan makan2.
Datang seorang budak lelaki minta rasa seulas durian.
Bang boleh rasa tak?
Peniaga tu geleng kepala.
Teman dengar terus kata kat suami...beri dia sikit,dia nak rasa seulas dua.
Suami panggil dia dan ajak makan bersama.Tanpa segan silu dia terus mencapai ulasan durian dari pangsanya.
Guna tangan kanan...tegur suami.
Teman nampak dia makan gelojoh,teman tegur makan elok2...
Baki yang tinggal hanya tinggal 4 ulas sahaja.
Teman nampak matanya terkulat2 macam tak puas.
Nak lagi?tanya teman
Dia angguk kepala...
Suami minta sebiji lagi...
Dia makan lagi dan lagi...
lepas seulas ke seulas...dan akhirnya habis sebiji.

Mana selipar awak?tanya teman..
Hilang jawapnya ringkas
Macam mana boleh hilang?tanya teman lagi
Tak tahu...jawapnya sambil angkat bahu.
Dalam hati macam mana le kasut hilang pun tak tahu...serabainya....

Lepas makan suami hulur duit untuk dia beli air.kemudian suami ke kereta untuk beri dia sepasang selipar.
Lepas tu teman suruh dia balik sebab hari dah malam.
Sebelum berlalu dia memberi salam kat kami...
Dalam hati...kesian,terbiar...tapi satu boleh di puji.Berani,tak malu nak minta makanan ,walaupun pemintaannya di luar batasan.


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK