MAJLIS KAHWIN

BESAR KECIL,ORANG PASTI MENGATA..

Lagi dulu kala...
Inilah kekurangan kite manusia.Ada je yang kurang.
Makanan kurang,pelamin kurang,orang kurang,air kurang.......lagi haru kalau pengantin pun di katanya kurang............cantik.
Pening kepala nak sukakan hati semua tetamu.
Perut dah kenyang,mulut masih lapar nak mengata.

Minggu lepas,anak sedara teman kahwin.
Berhempas pulas kami bergotong royong untuk memastikan majlis berjalan lancar.
Dari malam nikah hingga ke hari langsung.kaki tangan tak henti bekerja.

Majlis akad selesai dengan jayanya.
Walaupun ada kecacatan,ianya diluar jangkaan kami.
Tetamu datang hingga makanan tak cukup.
Orang kata tetamu bawa rezeki...
Kami beralah,makan sardin dengan telo dadar...
Itu sudah memadai.

Hari langsung....pun sama,adik kakak....semua berganding bahu melakukan yang terbaik.
Masing2 tak duduk diam,sana sini bekerja berlari untuk memastikan semuanya indah belaka.
Sampai saat anak sedara teman melangkah masuk...
Telinga teman terdengar....eh!kenapa tak cantiknya pengantin tu?
Bagai nak luruh jantung.Kurang ajar betul!pada mata teman....anak sedara teman tu tak solek pun dah cantik,ini kan pula bersolek bergincu.
Cukup sempurna pada mata ini.Bukan teman memuji sebab dia anak sedara,tapi...memang cantik,jarang pengantin tak cantik kan?
Semua pengantin mesti cantik dan anggun dengan baju2 rekaan terkini.

Sorry lah...anak sedara kau tu cantik tapi solekan dia tak cantik,pucat.
Dalam hati.....kepala otak kaulah!dah beribu duit habis hanya untuk solekkan tu,kau kata tak cantik?Musibut betul!mulut longkang betul!
Teman marah dalam hati..Nak gaduh kejap,nak baik yang susah nanti.

Bagi teman.....cantik atau tak...simpan dalam hati,jangan kecewakan tuan rumah,kami jemput anda bukan nak dengar komen2 negetif dari anda semua.
Bagi kami.....solekan tu sengaja tak di over kan....
Cukuplah dia jadi diri dia....,tak perlu di bentukkan semula wajah tu....tak perlu di mancungkan hidung di kecilkan alis,cukup dengan apa yang ada...
Bukan apa....
Takut nanti,bila dah cuci muka...
Pengantin lelaki lari 100meter.Terkejut sebab muka macam SETAN!

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK