MAJLIS KAHWIN

TIADA VIP KERANA SEMUA TETAMU YANG DATANG ADALAH VVIP KAMI

Soalan dari kawan,nanti sediakan meja VIP untuk kami tau!
Bagai halir lintar membelah bumi!spontan teman balas....
Tiada VIP,semua tetamu sama...
Pelik?
Tak pelik jika kite tidak memelikkanya.

Masa bincang2 pasal majlis kahwin anak buah,satu je pesan teman...NO VIP,semua tetamu adalah VIP melainkan Agung,Sultan,Najib atau sesiapa sahaja yang mereka sendiri siapkan protokol untuk mereka sendiri.Bagi teman...
Semua tetamu kami sama sahaja,tiada beza walau seorang pun.

Sahabat kata kenapa?
Teman jawap....memang saya tak suka,saya tak suka membezakan tetamu kerana mereka semua datang atas undangan kite,mereka datang untuk meraikan majlis kite...
Sebab tu mereka semua adalah VVIP  kami.

Cenderahati pun sama....Tiada beza walaupun sebentuk pun melainkan untuk di beri pada orang di sana.
Perbezaan tu untuk kite nyatakan penghargaaan kite pada orang sana pula..
Orang berbudi kite berbahasa
Orang memberi kite merasa.
Gitulah adat kite.....

Sahabat gelak2..pada dia apa yang teman katakan tu so funny.
Tak jemput VIP mana2?
Teman jawap boleh jemput tapi tuan rumah tak mahu.Nanti kecuh sebab kite tak sediakan meja VIP.Kalau wakil2 rakyat tu sanggup berasak2 ambil makanan...silakan....kami amat mengalukannya.
Sahabat kata banyak  cekadak!
keh keh keh....tulah kami.....kami tak suka taksub pada manusia.

Teman pernah jumpa Tun Ghafar Baba....teman sapa...TOK....sihat?
TOK tu membawa makna....seorang Datok kepada seorang cucu.Seorang lelaki tua yang layak di panggil TOK.Teman panggil bukan atas sebab status dia,tapi teman panggil hanya kerana dia dah tua dan layak di panggil TOK.
Seronoknya...dia membalas seolah2 teman benar2 cucunya.Mesra dan lembut.
Kenapa teman buat macam tu....sebab teman tahu dia pun manusia macam teman juga,beza hanya pada pangkat yang manusia aturkan.

Sahabat kata nak jemput siapa?biar aku jemputkan.Almaklum...orang kuat politik Negeri Johor.Semua wakil atau semua VIP dia kenal..
Pada teman... tak kisah lah...siapa pun mereka yang penting..hari tu nanti,tiada tetamu yang akan terasa hati.
Teman pernah atau selalu pergi majlis kahwin...
Bila tang bagi nasi berkat....semua khas untuk saudara mara.Tapi di beri di depan mata.
Kami terkulat2 memandang.kalau dapat sebungkus mesti sedap kan?terasa juga hati...
Bila bagi cenderhati....saudara mara dapat beg,dapat bunga telo dapat kotak paling cantik.Teman?hanya dapat 1 kotak kecil sahaja.
Dalam berisi 2 ekor ikan bahulu.Terasa juga hati....suami selalu kata...makan kedai lah!jangan kebulur sangat!Suami teman memang suka gurau kasar...

Tu sebab teman dah pesan kat kakak...cenderahati mesti sama,jangan beza2kan.
Nasi berkat kalau boleh beri masa nak balik.Jangan past2 sampai orang nampak.Kakak kata lagi tambah kerja aku!
Tak pe..jangan sampai tetamu terasa.

Pendek kata...buat majlis jangan syok sendiri.Horray sana sini....tapi....tetamu tak gembira.
Teman banyak kali datang,salam kaut dan balik.Tak jamah sikit pun...
Tak baik kata kawan2...
Betul tak baik,tapi...kalau kite pergi bagai tak di  bersisa,belecak dek kuah tumpah,atas meja penuh pinggan kotor,sana sini comot....Elok le kite salam kaut dan balik.
kadang2 teman pun ada egonya...
Kadang2 terfikir..macam bagi ayam makan lagaknya.


Peringatan buat semua...Kalau nak jemput,jemputlah dari hati...seikhlas yang mungkin.
Jangan chin chai,...jangan asal boleh.
Usaha untuk memastikan majlis tu sempurna.
Jangan lebihkan gaya tapi....majlis di huru hara.

Ada mata pandang ada mulut diam...
Begitulah gelagat tetamu kite...
Memerhati gelagat kite yang telah menjemputnya...
Datang ya....jangan lupa datang ya....
Tapi akhirnya.....mereka di ketepikan....



Comments

Popular posts from this blog

SUMBANG MAHRAM 2

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH