KUDIS BUTA

SAKIT BIASA TAPI SUSAH BENAU NAK BAIK.

Sejak dok asrama,kaki anak bujang penuh kudis.Mula2 sikit lama2 jadi banyak!
Mula2 kecik2 lama....besar dan menanah pulak!
Sahabat tanya tak bawa gi klinik?
Teman jawap dah...doktor kasi krim sapu je...

Masalahnya,krim tu mungkin kat rumah je pakai,masa kat asrama,hanya ALLAH je yang tahu.
Tapi...besar kemungkinan tak di pakainya!
Akibatnya....kudis2 tu membiak dan merebak ke jari.
Teman stresss!
Teman pergi lagi farmasi,klinik...hasil tetap sama.

Tak putus asa,teman pergi lagi farmasi.Teman minta lagi ubat paling baik untuk masalah ni.
Dia beri teman cecair sapu dan biarkan kering berjenama Scabomo.
Ubat ni Puan sapu seminggu sekali.
Teman tanya...seminggu sekali?dalam hati bila le nak baik,kalau seminggu sekali!..
kenapa seminggu sekali?kenapa tak hari2?
Sebab....luka tu terdedah untuk ubat ni masuk dalam saluran darah,di khuatiri terkena sawan.
OOOooooo.....itu sebabnya...

Langkah selanjutnya...ubat ini mesti di ambil dengan pakej.Ubat sapu.mandian.antiboitik.ubat tahan gatal.
Kalau tidak...makin bermasalah le jawapnya.

Mula2 bersihkan kudis atau mandi dulu..Baru sapu semua ubat ubatan yang ada.Sapuan tak perlu tebal,nipis je....sekadar menutup ruang terbuka.
Ikut arahan,jangan sembarangan.

Paling penting....
Kebersihan paling utama.Tak bersih alamat....badan merana.
Untuk anak bujang,jangan lah malas....kena bersih,kena selalu sapu ubat tu...
Jangan ikut hati,sebab.....kudis buta satu penyakit kulit berjangkit.
Kalau dah melekat,payah le nak pergi....
kecuali potong je kaki tangan tu...

Ibu datang hari2?tak payah lah...malulah...kata anak bujang.
Ya!ibu datang hari2 nak bagi ubat.Ibu datang je.....lepas makan ubat ibu balik...
Yalah yalah....balasnya dengan nada keras.
Isnin selasa rabu hasilnya...kudis2 tu dah kering.Kat muka di tangan semua dah cantik tak berkesan.
Hari ini teman datangi dia lagi...
Esok dia balik cuti mingguan...makanya.....tamatlah tugas teman sebagai jururawat peribadi pada sang bujang.
Harap2 kudis tu tak maiii lagi....

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK