ILMU HITAM

JANGAN DI AMALKAN,KELAK BINASA BADAN

Selesai mengaji,ustazah tunjuk kat teman satu rakaman video jirannya sedang berubat dengan seorang lelaki,katanya dari Darul Siffa.
Awak percaya tak?tanya ustazah.
Teman jawap....entahlah ustazah,tak percaya,bende2 macam memang ada,nak percaya sangat2 takut jatuh syirik pula...Susah nak katalah...
Teman lihat,seorang perempuan terjerit jerit,meracau2 yang butir katanya teman tak berapa faham.
Macam biasa...ustaz atau tukang2 ubat orang sakit akan tarik atau tekan di satu2 part dalam badan terutama ibu jari.
Mangsa akan menjerit sakit dan minta di lepaskan.
Dalam upacara tu,perempuan tu mengaku di hantar oleh seorang wanita lain.
Katanya....wanita tu hantar Jin tersebut sebab cemburu.Katanya..tuan aku hantar untuk ganggu kau,sebab kau lebih cantik dari dia.Jin tu kata lagi..aku yang curi barang kat rumah kau,untuk susahkan kau...Bla,bla.bla..
Bila perawat tu tekan kuat lagi..
Melolonglah jin tu nak minta lepas....Jin tu pura2 baik,nak insaf,janji nak keluar dari badan mangsa tu...
Aku tau kau baik,dah 5thn tuan aku hantar aku kat kau supuya kau sakit2 selalu.Kacau anak2 kau....kesian anak2 kau,aku kacau,curi buku curi barang2 sekolah.
Begitulah antara kata2 jin yang meresap dalam badan mangsa.

Entahlah...
Jujur nak kata....
Nak percaya,takut jatuh dosa.Jin dan bende2 halus ni memang wujud.Tak percaya pun takut jatuh dosa.tak tahu nak kata.
Ustazah bisik kat teman...saya ni pun tersepit,dua2 kawan saya,bila seorang minta nasihat,saya cuma boleh kata tak tahu le nak kata apa.Seorang lagi pagi2 dah hantar pesanan ringkas kat saya.Tulis macam2!Saya tak tahu nak nasihat macam mana...
Puas kata sabar,mereka kata ustazah tak kena,boleh lah kata sabar,sabar...
Laaa.....habis saya nak kata apa?tak kan le saya nak menghasut pulak?

Betullah tu....tak kan nak jadi batu api pulak?sebagai kawan atau jiran...yang mampu di buat hanya diam.Orang2 macam ni,dia dah ada keputusan pada setiap persoalan.
Tuan jin tu teman kenal...cerita dia dah lama teman dengar.Sebelum anak menantu balik rumah,jin belaannya di keluarkan dan dengar2 di tumpang kat rumah kawan dia.Bukan dalam rumah,tapi atas pokok mempelam depan rumah.
Lepas berubat,mangsa dah masukkan video tu dalam whatsapp penduduk.kecuh dengan pengakuan terkini jin tadi.
Tuan rumah yang di maksudkan pun turut malu..saya tak tahu apa2 katanya pada ustazah.
Tuan Jin teman tak pasti...malu atau muka selamber atau tak ambil tau.
Yang pasti.....satu taman dah tahu,satu taman dah penat mengata sipolan dan si polan...
Masaalahnya....Tuan Jin bebas berkeliaran.Tak di dakwa mana2 pihak.Sebab....Jin tak sebut namanya,jin hanya sebut tuan aku,tuan aku...

Sampai bila?
Hanya ALLAH sahaja yang maha mengetahui.
Yang pasti teman pesan...ustazah jangan campur,takut Tuan Jin hantar sekor kat ustazah nanti.
Ustazah tercopong mulut...Itulah yang ditakuti.
Bila kite doa yang baik,ALLAH akan kurniakan yang baik2
Bila kite doa yang buruk,ALLAh juga akan kurniakan yang buruk2..
Langkah terbaik.....doalah yang baik2 dan terbaik sahaja.
Semuga hidup kite selamat dunia dan akhirat.



Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH