BILA SUAMI NAK KAHWIN LAGI..

HANCUR LULUH JIWA RAGA

Cerita ni tengah hangat sekarang,dia bukan artis dia bukan orang ternama.Dia hanyalah kawan biasa.Lebih muda dari teman,putih berseri seri.
Sebelum raya,suami dia buat hal...
Jujur kata nak kahwin lagi.Dia terpana dek permintaan suami tercinta.
Mula2 bergaduh sakan,sampai ensel pintu bilik saya longgar kak...bila marah hempas pintu,bila sakit hati hempas pintu.Anak2 tak keruan,semua jadi tak menentu..
Mood sentiasa bertukar,marah semakin menjadi jadi.
Malangnya...
Suami dia tetap nak kahwin lagi.
Pasangan bukan orang dekat,bukan orang kite tapi orang Thailand!beragama kristian.
Teman tanya kat mana suami awak jumpa?
Jawapnya...suami kite selalu urut badan,kat situ lah dia jumpa...
Teman hanya mampu jawap ooooooooo.....
Tak tahu nak kata apa...

Satu malam,dia call...nangis2..
Kak,kite beri suami kite kahwin lagi.Dah itu mahunya.Puas kite halang,dia tetap dengan kata hati dia...
Kite kecewa,tapi kite sayang suami kite...kite tak mahu hilang dia...
Teman kelu seribu bahasa.Kawan2 kata kenapa kau tak kata dia bodoh!kenapa kau tak tanya kenapa dia benarkan suami dia kahwin lagi?bla bla bla..banyak soalan yang mereka tu suruh teman tanya kat dia...
Malangnya...teman tak tanya pun..
Dia datang jumpa teman dengan keputusan bukan pertanyaan.
Dia datang jumpa teman sebagai kawan tempat meluah perasaan.
Teman tak fikir dia nak dengar nasihat teman,sebab semuanya telah ada keputusan.
Dia benarkan suami dia kahwin lagi sebab...
Dia tak mahu hilang suami.Dia tak mahu suami dia berzina,Dia tak mahu suami dia buat dosa.Dia tak mahu anak2 dia lihat kesilapan yang dibuat dek suami.Dan 1001 macam lagi sebab.

Sepanjang berbual denganya...
Dia okay..walaupun dia kata....saya nampak baik kak,tapi hati saya dendam dengan suami.
Sekadar tu je...Dia tak kata dia nak bunuh suami dia,dia tak kata dia nak potong 36 laki dia..
Semua bawah kawalan walaupun kite tahu...satu hari dia pasti meletup bagai gunung api tunggu time meluahkan laharnya.

Sepanjang berbual...dia senyum,dia nangis,dia senyum...semua jadi satu.Teman kagum sebab dia tak meraung raung macam orang meroyan.Dia akur apa juga yang suami dia nak dia buat.Islamkan perempuan tu,carikan nama islam buat perempuan tu,pergi Thailand uruskan pernikahan,turun naik mahkamah semua tu gara2 nak uruskan suami supaya dapat nikah satu lagi.
Bila pegawai berkenaan tanya  akak uruskan semua nya?
Dia jawap saya nak suami saya nampak kebaikkan saya...
Tu je jawapnya...
Ringkas tapi penuh makna tersirat.
Suaminya mualaf,dia tak mahu suami dia hilang arah.Dia tahu suami dia tak tahu apa2,dia tahu suami dia tak faham secara mendalam islam...yang dia tahu adil adil adil..

Dia kata lagi...lepas kite fikir,kite tak boleh terus marah2,kite kena fikir...sesuatu yang lebih baik.
Beri keizinan dan semuanya tampak macam biasa.
Lepas dia tak marah2,suami dia menjadi lebih baik,mula berbaik denganya...
Awak baik,saya 10 kali akan jadi baik.
Itulah ayat suaminya.Antara mengugut atau ikhlas...semuanya dah berlaku.
Lepas dia belajar redha,suami dia mula menunjukkan sikap lebih terpuji.
Mungkin ini hikmah di sebalik kejadian...
Saya tak pernah rasa bahagia kak....lepas kejadian ni,suami mula menampakkan riak bahagia..
Apa yang dia buat semuanya hanya untuk keluarga.
Bila dah jadi macam ni,semua ahli keluarga dia mula larikan diri,semua tak setuju dia benarkan suami kahwin lagi.
Ayah,kakak abang semua marah2 dia...
Suami dia kata...ini keluarga kite,biar kite yang atur keluarga kite...
Apa yang suami kite kata ada benarnya kak....dia mula tunjuk sikap bertanggungjawap untuk bahagiakan keluarga...Mula merancang untuk hari raya Haji nanti.Mula bertanya kite nak raya mana?walhal...sepanjang saya berkahwin,suami tak pernah tutup kedai.Kami tak pernah keluar beraya.Pada kami...kerja kerja kerja...

Bila suami tunjuk kebaikan,saya jadi bahagia kak...Saya tak pernah rasa sebahagia sekarang.Mungkin ALLAH nak beri kebahagian melalui perkahwinan mereka.
NAMPAK?
APa yang teman mampu buat?semua persoalan dah terjawap.
Antara rela atau tidak....dia dah masuk sebelah kaki,hanya tinggal sebelah dan semuanya akan berjalan seperti biasa.

Semalam dia call..suaminya otw balik dengan isteri baru.
Suami minta dia uruskan sikit keperluan asas kat rumah sewa madunya.
Dia akur...dia,anak2 pergi belikan keperluan asas kat rumah sewa madunya.Dia dan anak2......tak kisah nak buat tu semua.
kenapa kite yang meroyan?

Dia kata...semua orang suruh dia keluar dari rumah.
Dia tanya balik..kenapa kite mesti keluar?suami kita kata jangan dengar kata orang,papa tak marah mama,papa tak halau mama,jangan fikir yang bukan2...
Jadi...kenapa kite mesti ikut kata orang lain kak....
NAMPAK?
Apa lagi yang mampu kite kata...
Dia redha,dia rela....
Semua jawapan ada kat dalam tangannya.Semua soalan dan selamat dia jawap...
Jujur teman nak kata...
Teman hanya mampu jadi kawan bicara.Tempat dia luahkan perasaan.Teman tak berani kata apa2 sebab....poligami tu ada dalam islam.Poligami di galakan untuk kite sama menjaga kebajikan anak2 yatim dan ibu2 tunggal.Cuma...tulah...lelaki tak nak cari ketegori tu,yang dia cari anak2 dara kesunyian.Anak2 dara bergetah sekerap!
So....
Tepuk dada tanyalah selera...
Kite merancang ALLAH jua yang melaksanakannya.

Kepada dia...
Tahniah dapat madu,walaupun tak cantik seperti awak,paling tidak ada juga le tempat lawan gaduh.
Yang penting...suami awak suka,suami awak bahagia....
Semuga awak sekeluarga akan lebih gembira dengan kehadiran isteri baru suami.
Semuga awak,anak2 ,suami serta madu....hidup aman damai hingga ke syurga.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH