BILA ANAK NAK KAHWIN

HANYA MAMPU BERHARAP AGAR MEREKA SELAMAT

Esok anak sedara teman menikah.Setahun lalu bertunang,seminggu kemudian ayahnya pulang ke rahmatulALLAH.
Semuanya begitu pantas berlalu...
Bertunang dan akhirnya menikah,Tahniah.....

Esok juga,teman baru sampai ke sana...
Kakak teman tanya bila nak sampai?
Teman jawap lainkali kahwinkan anak time cuti sekolah,senang....1 minggu aku maiiii rewang kat rumah kau!

Esok juga,teman akan dapat anak sedara baru.Seorang anak bujang yang baik,senyap sunyi jika bertemu.
Semuga menjadi seorang suami yang budiman dan berakhlak mulia.

Esok juga,teman akan jumpa rakan taulan yang lama terpisah.
Seronok mengalahkan anak teman yang menikah.Walhal ... anak sedara je...
Kami rapat,dia membesar depan mata.
kepada anak2 sedara yang lain,teman bukan tak sayang,tapi....tak rapat seperti dia.

Esok juga,teman akan lihat suasana gembira dan berduka.
Harap 2 semuanya akan berjalan lancar seperti yang di harapkan.

Esok juga teman akan melihat anak2 menjadi pengiring pengantin.
Baju sedondon beriringan ke pelamin.
Sebab apa teman teruja?
Dulu mereka bermain bersama,berkejaran di halaman rumah.Makan sedulang ,makan bersuap kongsi semangkuk besar makanan.
Guna jari ucal makanan dan mereka menyambutnya dengan lahapnya.
Esok.....mereka meraikan sepupu paling dewasa di kalangan mereka.Sepupu cantik bermata galak..

Esok juga...kami akan terasa satu kehilangan.
Ayah pengantin perempuan yang dah pergi menemuinya.
Kalau dia ada......
Dialah orang paling sebuk bertukus lumus menjayakan majlis.
Pesanan terakhirnya...
Tunang bukan tiket untuk selalu keluar.
Itulah ayat terakhir yang keluar dari bibirnya sebelum dia di serang jantung dan kaku.

Sebagai emak saudara merangkap ibu sandaran...
Ingin mengucapkan selamat pengantin baru
semuga kekal ke akhir ayat.
Jagalah rumahtangga dengan baik.Jangan ego jangan ikut hati sendiri.
Bertolak ansur di antara satu dengan yang lain

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH