BELIMBING BESI

ADA CARA NAK HILANGKAN MASAMNYA

Pagi tadi,teman gi pasar...
Sedang teman memilih ikan,terdengar perbualan seoang wanita dengan tuan kedai bercerita pasal belimbing besi.


Setahu teman,belimbing ni masam tahap tertinggi.
Selalu orang guna untuk ganti asam jawa atau asam keping dalam gulai.
Selalu juga orang buat jeruk dan di gunakan juga untuk penganti asam jawa atau asam keping.
Dalam perbualan tu,teman dengar wanita tu ajar cara2 nak kurangkan masamnya.
Mula2 ketuk2 belimbing dan celup dalam air garam.Biarkan lebihkurang 15minit,perah belimbing tadi dan cuci guna air paip.
Masak lemak cili padi pekat2...FUH!mak mertua lalu pun tak perasan.
Atau letak ikan dalam gulai lemak tu pun sedap.

Teman telan air liur...belum makan air liur dah cair.
Tak masam ke?tanya teman
Wanita tu jawap tak,air garam tu kan boleh kurangkan kemasamannya.
Teman tercopong mulut...Ooooo...dalam hati,baru ku tahu...

Masa tu juga teman beli belimbing besi,beli santan,cili padi...
Hari ini juga mesti buat!
Teman tak sabar nak rasa,belimbing besi masak lemak pekat.
Yang pasti....memang sedap!cuba lah...

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH