BULI SAMPAI MATI

SEJAK DULU LAGI,CUMA SEKARANG MAKIN MENJADI JADI
SALAH SIAPA?

Lepas Taqif budak kecil yang di pukul dek warden pergi meninggalkan kite semua..
Kite di kejutkan pula dengan Zulfarhan,di tekap dengan iron stim lebih dari 10 tempat sampai mati.
Kemudian di kejutkan pula dek kematian seorang remaja India T Nhaveen kelmarin.Punca buli sampai mati.
Teman rasa anak2 kite dah rosak!hati perut dah hilang!hati diaorang dah gelap gelita.

Teman ngilu perut bila ingatkan keganasan anak2 tu.
Tak tahu apa yang mereka fikir..
Sejak dulu buli2 tu ada,Normal...
Tapi sekadar tu je...suruh kawan basuhkan kasut baju atau perlakuan2 lain yang simple tapi membodohkan.
Belum lagi sampai mati.Kalau ada pun sekadar makan hati sampai tua.

Mula2 teman nak hantar anak bujang masuk asrama,isu buli yang bermain dalam kepala otak ni.
Anak dara larang...tak payah lah ibu masukkan,budak2 sekarang jahat!
NAMPAK?
Anak dara dah terpengaruh dengan berita2 terkini.
Tapi teman percaya ALLAH,Dia ada untuk jaga anak teman.
Bila borak2 dengan cikgu atau ustazah atau ustaz...ada kes buli?
Mereka hanya senyum..ada lah Puan tapi sikit je...normal budak lelaki.Mana ada budak lelaki diam je...
Teman harap hanya sikit2,jangan banyak2.
Kesian anak teman....comel je,belum pernah keluar dari jagaan teman.
Tak lasak,tak keluar bebas...
Balik sekolah masuk rumah,kalau keluar pun,mesti dengan kami.

Baca kisah Taqif...kite dah marah,walaupun punca kematian masih kabur.Di katakan warden pukul dengan getah paip di kaki.Sekadar tu...
Zulfarhan lagi tragis.Di pukul beramai ramai,di tekap dengan sterika wap penuh satu badan.Bayangkan?wap panas!macam kite masak lemak ketam,tak boleh tinggalkan walau seminit nanti minyak pecah.Rasa tak kepanasan wap kuah tu.Panas kan?
Atau kite sendiri guna sterika Amway tu...sekali dipancit wap panas,terasa juga pijar jika terkena wap tu di lengan.Hanya wap okay...belum air panas tu lagi.
Terfikir kat kepala otak ni...
Macam mana le budak2 tu boleh tergamak menekap iron panas kat badan Zulfarhan.
Mesti Zulfarhan meraung sakit.
Sahabat kata diaorang tutup mulut dia dengan kain.kaki tangan kena pegang.Seorang je yang menekap iron tu.
SubhanaALLAH!memang zalim...
Sahabat kata patut pun kena gantung!padan dengan muka!
Tak patut kan orang tua kata macam tu?Tapi....dari mata kasar kite rasa tak patut kalau tak kena gantung!
Biar gantung sampai mati!Buat orang pandai.tak kan nak biarkan...
Orang2 macam ni tak patut hidup.Susahkan orang nanti.
Logik juga...umo baru 21thn,dah ganas macam tu!bayangkan kalau 10thn akan datang...
silap2 hari bulan ramai yang merana dek kerana dia.

Remaja India tu lagi kesian..
Punca hanya kerana dia lemah lembut,bukan macam Aznil Nawawi tapi mungkin macam Azwan Ali kotttt..
Kawan2 membuli dari sekolah.Di liwat di pukul...
Akhirnya mati....

Tak kira apa keturunan sekalipun..
Teman tak sokong buli..Bagi teman tiada siapa boleh sentuh anak2 kite.
Apatah lagi sampai mati.
Teman memang benci yang amat sangat!Orang boleh kata kesian...
Tapi yang menanggung tu kite...
Budak2 tu  bakal ke tali gantung...Hilang satu nyawa,ganti 5 nyawa.
Nak salah kan siapa?
Ibu bapa?
Sekolah atau pendidikan masa kini.
Yang pasti...BULI bukan sekadar suka2,tapi amat menyakitkan zahir dan batin.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH