THAQIF

MATI DI SEBAT ATAU ADA SESUATU YANG KITE TAK TAHU...
SEMUGA ALLAH PERMUDAHKAN SEMUA URUSAN.

Gempar!seorang kanak2 berusia 11thn,mati di sebat warden.
Sahabat tanya ya ke?macam tak logik lah pulak.
Teman pun sekepala,mustahil sebatan dengan getah paip pada kaki boleh mengakibatkan kematian?
Entahlah...ALLAH jua yang maha mengetahuinya.

Rentatan cerita...
Anak kecik ni gembira pada awalnya kerana itulah cita2nya...ingin jadi Al Hafiz.Mengafal Al Quran dan membawa ibubapa masuk syurga.
Tulus suci niat hati anak kecik ni...Untung ibubapa,dapat anak macam tu.
Bukan bermakna teman tak syukur...Anak2 teman baik2 juga.Cuma akalnya tak sampai ke situ.Nak gi sekolah pun bersuruh!malas sungguh!dalam seminggu mesti sehari dua tak maiii sekolah agama..
Antara sebab lambat balik sekolah pagi yang banyak aktiviti tu.

Lagi cerita duka Thaqif,ibubapa jumpa catatan pilu merintih sayu untuk di bawa keluar dari asrama tu.Memohon agar ALLAH buka pintu hati ibubapa untuk bawa dia pulang,sekaligus,tukarkan dia sekolah.
Kenapa?
Beberapa alasan..
Sering di buli, oleh kawan2,sering di pukul....di bahagian kaki warden asrama.
Makin hari kesihatannya makin merundum...Akhirnya di tahan di ward dan di potong kakinya.
Tak lama kemudian,tangan pulak doktor nak potong kerana kuman dah maiiii naik atas.
Sebelum di potong,Thaqif deman tak kebah2 dan akhirnya pembedahan tu di batalkan.
Pada hari yang sama...dia pergi...Tinggalkan 1001 macam soalan untuk kite memikir.

Benar...dia pergi dalam keadaan begitu.Kesakitan kesedihan..
Tapi..jika di lihat dari sudut agama...Thaqif beruntung,ibubapa beruntung...
Thaqif anak syurga,masih muda belum ada dosa.kemungkinan besar Thaqif belum baligh...
NAMPAK?
Betapa beruntungnya Thaqif,berapa beruntungnya ibubapa Thaqif.
Kite?
Hanya mampu merasa cemburu,Thaqif sedang suka2 di sana.Ibubapanya  mungkin dalam kesedihan..
Lama2 perasaan tu akan hilang..
Paling lama 6 bulan...paling cepat sebulan..
Redhalah ayah ibu..anda beruntung ada anak sebegitu.Kite akan diuji kerana ALLAH nak naikkan martabat kite.

Lihat cara ibubapanya menjawap soalan,mereka nampak redha,mereka tak menyalahkan sesiapa.ini semua kerja ALLAH.Semua yang berlaku buatkan semua buka mata,buka hati...
Semua pihak tampil nak bantu pusat Tahfiz yang sendirian.
Kadang2 hati terdetik juga..kenapa susah sangat nak bantu pusat2 ini?
Mereka belajar agama TUHAN,mereka menghafal Al Qur an...
Paling tidak...mereka boleh membantu kite menjawap banyak soalan di kala kite kebuntuan.

Sedihnya...ada desas desus minta Kerajaan tutup je pusat2 Tahfiz seluruh negara.Perkara ni tak mungkin terjadi,malangnya ada yang tergamak melontarkan cadangan yang teruk tu.
Pada teman jangan di tutup,baik pulihkan,bantu sedaya mungkin,berilah peruntukan agar pusat2 Tahfiz lebih sempurna.Negara kite kaya raya,Jabatan Agama buat kursus ada yang sampai ke oversea.Itu tandanya kite mampu,kite ada banyak duit.
Tolonglah...takutlah kite kepada ALLAH.Amanahlah sikit...Jika bukan duit kite jangan makan,ALLAH murka .
Tak takut ke?

Gara2 Thaqif,semua kawan2 jeling teman...
U mesti susah hati kan?bila ingat anak u...
Teman jawap tak lah,tak semua sekolah2 tahfiz bermasalah.lagi pun saya hantar anak ke Maahad je..
Lagi pun anak teman dah 13thn,dah boleh jaga diri sendiri.
Jujur nak kata...teman benci dengar semua tu.Pada teman jika pertanyaan tu datang dari orang bukan islam,teman lagi suka...sebab mereka tak tahu.
Dek soalan tu hati teman meluap luap!Teringat kata Ustaz Kazim...kami buat kem ni 2 minggu je.dalam tempoh tersebut,anak2 akan ikut kata2 petugas.Balik rumah,sepatutnya ibubapa teruskan aktiviti mereka...tahajjud malam,solat berjemaah dan lain2 lagi.Malangnya...hanya di sini aktiviti berlangsung,balik rumah semuanya seperti biasa.
Kami jaga anak tuan puan hanya 2 minggu,Tuan Puan jaga anak2 Tuan Puan 14thn!mana mungkin kami boleh mengubah diri budak2 dalam tempoh sesingkat tu?
Fikirlah...
Betul juga kan?
Kite selalu harap orang lain boleh ubah diri anak2 jadi lebih baik,walhal...mengubah diri bukan macam buat pembedahan plastik,sekejap dah ubah.Mengubah diri perlu lahir dari hati.bukan orang lain.Mesti ikhlas...

Semalam teman call seorang kawan wartawan yang duduk di kawasan Madrasah.
Teman tanya...kenapa budak tu meninggal?
Dia jawap tak boleh keluarkan cerita,tunggu polis siasat.
Okay....sikap amanah sesuatu yang di puji.
Teman asak sikit..kenapa?
Dia jawap biasalah,selalu budak nakal2 di hantar ke pusat2 Tahfiz,macam tu juga mak bapak budak ni.
Dalam hati...ooo gitu ceritanya.Thaqif bukanlah sebaik malaikat,dia macam kanak2 lain..
Bezanya....bila di pujuk2 dia sanggup berkorban demi masa depan,demi untuk melayakkan dia menjadi Hafiz.
Ibubapa bangga..Thaqif punya impian terbaik.
Nak bawa ibubapa masuk syurga.Nak hafal Qur an!SubhanaALLAH...bagus betul cite2nya.
Tapi belum sempat apa2,dia pergi dulu...
Tinggalkan ibubapa dan kite semua.

Sebelum tinggalkan dunia yang fana ni,Thaqif memberi kite banyak tanda soalan.
Mengapa?kenapa?
Pusat itu mengambil pekerja dari kalangan banduan.
Jawapan pihak Tahfiz ringkas sahaja...lelaki tu keluar awal,kerana berkelakuan baik.Sebagai masyarakat yang baik,kite wajib memberi peluang dia bekerja untuk membaiki keadaan.kejahatan manusia tak semestinya berkekalan,insyaALLAH dia akan berubah.ALLAH yang tentukan semuanya.

Naluri teman berkata...tak mungkin gara2 sebatan guna getah paip boleh jadikan keadaan Thaqif macam tu.Teman yakin,ada sesuatu yang kite tak tahu.Sebatan tu hanya punca atau penyebab.Bukan tak pernah berlaku kat sekolah2 lain,Ada yang lebih teruk lagi.
Sahabat kata kena  hari2 kot?
Teman jawap tak kan lah....warden tu tak ada keje lain ke?nak sebat anak orang je...
Sahabat kata lagi...dia kan tulis kena basuh talam walaupun bukan giliran dia..
Teman jawap tu biasa kot?duduk asrama di kerah abang2 yang senior..
Kat sekolah2 asrama yang lain,ada budak sampai mati gara2 tak beri pinjam cerek jerang air.
Apa yang nak di hairankan?
Akhlak buruk ada di mana2 seluruh dunia ni.

Ralatnya...
Ramai orang tak faham..
Kes Thaqif hanyalah sebahagian masalah manusia di dunia.
Janganlah kite menunding jari ke arah agama,menunding jari kearah satu pihak sahaja.
Kite semua perlu berganding bahu untuk sama2 menyelesaikannya.
Berilah bantuan sewajarnya..
Mereka generasi baru,pelapis kite di masa akan datang.
Jangan lupa tu...
Mereka belajar agama ALLAH,mereka belajar sesuatu yang kite sendiri tak mampu buat.
Walaupun tahu kebaikan...Al Mulk 30 ayat pun kite masih terhegeh2 nak hafal,masih kabur mana ayat depan mana ayat belakang.
Yang pasti...jika kite tak mampu,insyaALLAH...biarlah orang2 yang di pilih menguasainya.

Al Fatihah buat Thaqif anak syurga.
InsyaALLAH semuga ALLAH permudahkan urusan kite.




Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK