SEMANGAT PESAKIT KANSER

BENAR2 MENGAJAR TEMAN.....REDHA

Dia kawan adik2 teman....10thn lalu,dia di sahkan kanser payu dara.Melaunglah dia keseorangan..
Tidak keluar rumah,terperap dalam bilik menangis sendiri.
Mula2 tahu,dia pergi buat memmogram di kala kempen bermula.Dia menyusur bersama rakan taulan,pergi sekadar suka2.
Tak terfikir dia adalah mangsa kanser yang senyap membiak dalam tubuhnya.

Di sahkan pesakit kanser payu dara tahap ke 2,dia tak boleh terima,dia menangis siang malam.
Berkat doa keluarga ,rakan taulan...akhirnya dia REDHA..
Dia mengikut proses rawatan yang sepatutnya...
Syukur alhamdulullillah..dia kembali sihat.

Kelmarin dia order penutup balang dan tudung saji dari teman...
Dah lama menyepi,tetiba dia muncul..
Dari gayanya...dia sihat,dia gembira...

Baru sat,teman berbual dengan kakak..
Dah hantar barang tu kat dia?
Kakak jawap dah,aku hantar sendiri.
Teman tanya lagi...dia kata apa?
Kakak jawap dia kata cantiknya!dia suka.
Teman tanya lagi...okay kanser dia?
Kakak jawap tak okay,kanser tu balik semula lepas 7thn.
Teman teringat anak dara cantik teman,syukur2 sangat kansernya di kesan awal2.Belum ada tahap2 belum ada peringkat2....
Syukur...

Dia REDHA....dia dah sedia dengan ketentuan ALLAH.
Dia tanya doktor...ada ke umo dia boleh tahan lagi 6 bulan?
Doktor jawap...semua ketentuan ALLAH....makan je ubat,dengar nasihat doktor.Amalkan pemakanan dan cara hidup yang sihat.Selebihnya hanya ALLAH maha mengetahui.
Kakak kata...dia syukur,suami dia sangat menjaga hatinya,cuba gembirakan dia...anak2 pun sama...
Pendek kata....hujung hidupnya dia gembira....Dia sedia untuk jumpa ALLAH.Dia solat,dia buat apa yang patut sebagai umat islam.

KITA?
Masih mampu senyum....
walhal...silap haribulan...kite yang jalan dulu....

Terima kasih Ruzi....akak doakan awak sihat selalu.Jika awak pergi dulu....jangan risau,kami pasti menyusulmu.Hanya ALLAH maha mengetahui segalanya.
Sampaikan salam akak pada semua yang bertanya khabar kami di dunia...
Katakan ada mereka.....
Kami juga sedang menghitung masa untuk kembali ke sana.





Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK