PROJEK RAYA 2017

TERUJA TEMAN DI BUATNYA

Sebelum puasa,teman dah kata...kalau nak tempah apa2 pun,kena sebelum puasa.
Nampak gayanya...semua sepi tanpa berita.
Teman ingatkan lagi...kalau boleh sebelum puasa ya,saya nak pii tadarrus atau nak luangkan masa untuk mengaji.
Semua sepi dan beku...

Teman habiskan sisa2 order lama..Teman nak kemas kaler bagai.Teman nak tutup kedai.
Tup2...
Ada order baru masuk...240 biji penutup merah di hantar dari selatan tanahair.
Penutup2 tu teman deco cantik untuk di buat hamper saya.
OMG!dugaan mula datang...
Antara ibadah bulan puasa atau mengejar rezeki dunia.
OMG!otak hati keinginan mula berbalah..

Teman ambil keputusan...setengah teman buat,setengah lagi teman beri pada kawan.
Berdecolah teman siang dan malam..
Sehari lagi sebelum puasa,datang lagi 200 penutup balang untuk teman deco...
Dalam hati...ini dugaan atau ujian dari ALLAH.
Teman dah janji nak lebihkan ibadah.Dalam waktu yang sama....
Rezeki datang mencurah curah...
Siap yang tu,esok lusa datang lagi yang baru....
120 lagi untuk teman decopauge jadi lebih menarik.

OH TUHAN...seandainya ini rezeki,aku akan menerimanya dengan kesyukuran.
Jika ini ujian dari mu...aku juga akan menerimanya dan sentiasa berprasangka baik padamu.
Aku akan bahagikan masa antara tempahan kawan2 dan Al Quranmu.
Apa pun yang berlaku...
Pastinya...aku akan memilih berurusan bersamamu dari urusan dunia yang pastinya sekadar tu sahaja.

Semuga teman dapat menyempurnakan kedua2nya sebaik mungkin.
InsyaALLAH 
Dengan izinya..semua pasti sukses.


 

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH