IKAN MASIN IKAN BILIS PANGKOR

HARGA MAHAL NAK MAMPUS!

Dah 10thn teman dok kat area pengeluaran ikan segala ikan kering di Perak.
Dalam tempoh tu,macam2 rungutan yang teman dengar...
Terbaru,kawan maii datang jalan2 ke Pangkor,macam biasa....balik mesti beli ikan bilis.
Teman tanya beli ikan bilis?
Dia jawap beli!tapi mahalnya..sekilo RM150?betul ke?
Teman terpegun sejenak..mak aiiii tak pernah pulak jumpa harga ikan bilis macam tu punya mahei!
Teman geleng kepala...ish,ish ish..mahalnya...Tak kurang ke?
Dia jawap dah minta kurang tapi biasa lah,tak dapat.
Teman tanya beli kat mana?
Dia jawap kat kawasan Jetty Pangkor.
Teman kata ooooooo patut le mahal,kawasan sembelih leher tu...kenapa tak beli kat tanah besar?
Kawan jawap tak tahu....
Teman pasti kawan tu kecewa.Teman pasti rasa ralat penuh di hati..
Apa nak buat...kawasan air lalu,memang macam tu....

Semalam,teman pii beli ikan bilis untuk kekawan..
Teman tanya ada ke ikan bilis paling mahal?
Mereka jawap ada!tu aah!pakai muncung je mereka tunjuk kat teman..
Sekilo RM98.00 sahaja.
SubhanaALLAH!mahei gillla!tapi kena ingat...ikan bilis Pangkor tak berabuk,tak berdebu..Nampak cantik dan segar..
Lagi satu....ikan bilis sini tak berapa masin,pendek kata...ikan bilis paling sedap di Malaysia.Tak beli anda rugi..

Beli kan saya ikan kering talang ya...jangan lupa,pesan kawan tu..
Teman tanya...berapa sekilo ikan kering talang?
Ada banyak ketegori kak....basah murah,sekilo bawah RM20.00.Kalau nak ada banyak kat belakang.Ikan talang sekilo harganya RM30.00,Talang isi sekilo RM40.00.Kalau seekor besar sekilo RM25.00.Harga lain2..
Harga yang dia beri sangat memeningkan kepala kan?
SubhanaALLAH!mahei gilla!mujur teman tak makan ikan kering.
Ikan kering mata biru dah jatuh nombor 2,sekarang ikan bilis paling memikat jiwa ikan kering sekilo RM150.00 okayyyy!
Nama2 ikan jangan di tanya...mati hidup balik teman tak ingat.
Yang teman tahu...ikan bilis paling baik untuk emak saya...
Tokey dah tahu....untuk emak teman....sekilo RM 60.00 je...
Teman kata akak nak beri mak,pahalakan sukakan hati orang tua...'TERUSSS!turun RM38.00...
Kat dunia ni masih ramai orang baik 2....
Dia salah satu di antaranya...
Thank You Encik Hamid Ali...semuga rezeki anda makin bertambah tambah.

Kepada pelancong2 ke Pangkor...beli ikan bilis kena pandai tawar menawar.Tempat2 macam tu...Kebanyakkan peniaganya...
CEKIK DARAH!
Opps!sorry....

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH