17HB MEI 2017

KEPUTUSAN PENUH CT SCAN ANAK DARAKU...

Pagi2 lagi hati tak keruan...
Harap2 semuanya okay2 belaka.
Duha teman di iringi dengan doa agar dia selamat.Tiada kanser bersarang dibadan.
Pukul 12.00 kami menyusur ke Hospital,Doktor dah tunggu..
Temujanji sepatutnya 11.30 tapi dek perjalanan dari KL yang jauh.Maka terlajak setengah jam kemudiannya.

Segalanya begitu pantas,selalu teman doa agar ALLAH kurniakan kesihatan yang baik buat kami.Jauhkan kami dari perkara2 yang buruk dan dekatkan kami kepada perkara2 yang baik.
Selalu teman mohon agar ALLAH ampunkan dosa kami.
Selalu teman doa agar ALLAH mudahkan segala urusan.
Selalu teman doa agar ALLAH sentiasa tunjukkan jalan yang benar buat kami.
Selalu teman doa agar kami sentiasa ada dalam agamanya hingga akhir hayat kami.
Selalunya...itulah antara doa2 yang teman minta.

Selamat pagi....
Kami bertukar salam...
Duduk dan merehatkan minda.
Kata doktor...setakat ni,keputusan baik,keseluruhan sangat baik.Tiada lagi kanser dalam badan atau di mana2 sahaja.Darah pun okay...
Alhamdulillah...Akhirnya ALLAH makbulkan doa kami...Tuhan kembalikan kegembiraan keluarga kami.
Mulai saat ini,setiap bulan ada rawatan susulan..
Mula2 sebulan sekali, 3 bulan sekali.6 bulan sekali dan akhirnya...setahun sekali.
Ubat kena makan selama 5thn tanpa henti.Ini ubat untuk menstabilkan thyroid awak.
Suami tanya ada kesan sampingan tak doktor?
Dia jawap ada...itu sebab saya mahu awak datang.Susah bagaimana sekali pun,awak mesti ada untuk dengar perkara2 yang wajib ini.Ubat ni akan buat awak reput tulang.
Anak angguk sahaja.Teman dan suami diam mendengar.Paling tidak,anak teman tak ada kanser!settle masalah.
Sebagai langkah membantu...awak kena makan satu lagi ubat untuk halang tulang dari cepat reput.
Tiada pilihan...2 jenis ubat pengiring diri,yang wajib di ambil setiap hari.
Apa2 pun..syukur pada ALLAH,keputusan tu mampu meredakan keresahan jiwa kami.
Ayah ibu adik kakak turut tumpang suka...
Walaupun,bermulanya hidup anak teman dengan ubat2an.Yang pasti menyukarkannya...
Sebab..anak dara ni tak pandai telan ubat!

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH