THYROID

ILMU BARU LEPAS ANAK SENDIRI TERKENA..
(Copy artikel je....TQ my friend)

Tiroid adalah kelenjar berbentuk rama-rama di bahagian depan leher. Ia menghasilkan hormon yang mengawal kelajuan metabolisme anda iaitu sistem yang membantu badan menggunakan tenaga. Kelenjar tiroid (thyroid gland) melalui hormon yang dihasilkannya mempengaruhi hampir kesemua proses metabolik di dalam badan kita. Kerapkali berlaku gangguan atau masalah tiroid yang bermula daripada masalah yang kecil iaitu kehadiran bengkak kelenjar tiroid (goiter) yang tidak membawa bahaya serta tidak memerlukan rawatan seperti penyakit kanser yang mengancam nyawa.

Antara penyakit tiroid yang paling kerap dialami adalah pengeluaran hormon tiroid yang TIDAK NORMAL. Terlalu banyak hormon tiroid akan membawa kepada penyakit yang dipanggil sebagai hipertiroid (hyperthyroidism), sebaliknya terlalu  sedikit pengeluaran hormon tiroid pula akan menyebabkan masalah hipotiroid (hypothyroidism). Jom kita tengok apakah simptom-simptom dan cara rawatan penyakit tiroid.

Simptom-simptom Penyakit Tiroid

1)Berat badan naik atau turun secara tiba2.
2)Bengkak di leher
3)Perubahan pada kadar degupan jantung
4)Perubahan mood
5)Keguguran rambut
6)Meresa terlalu sejuk atau terlalu panas
7Kulit kering dan kuku rapuh
8)kesemutan atau  kebas
9)Sembelit
10)Haid tak normal
11)Tangan mengeletar
12)Masalah penglihatan
13)Cirit Birit
14)Tempoh haid tak betul

Antara list kat atas...teman dapat kesan hanya sikit...antaranya..no 2,4,5,6,10.12.14...
Semua tu teman dah rujuk kat doktor am sebelum ni,bila tanya pasal haid..jawapannya stresss!bila tanya pasal haid tak menentu...jawapannya....hormon dan normal untuk remaja.
Pendek kata....doktor bukan tuhan,bukan pandai sangat pun...
selagi bengkak tak keluar...diaorang pun tak akan dapat kesan melainkan petanda2 tu,tapi...bila doktor tanya awak ada rasa ini atau itu?
Anak teman jawap tak ada.
Makanya....masalah tu menunggu bukti untuk di leraikan.

Semalam 5hb April 2017,anak teman kena bedah dek thyroid.Satu bola pingpong dah tunjulkan dirinya.Suka atau tak....bola ping pong kena di keluarkan.
Bahaya?
Doktor kata...selagi ianya bukan kanser,semuanya baik2 sahaja.Tapi untuk cantik....bola tu patut di keluarkan.Jika dibiarkan,bola tu tak menyakitkan tapi ianya akan makin besar dan besar.
Atas sebab tu...doktor sarankan buang sahaja.
Teman ikut menunggu,debar juga....almaklum,benda2 melibatkan bius membius,potong memotong bukan satu isu remeh.Banyak kemungkinan bakal belaku jika itulah yang ALLAH mahu.
Kite hanya merancang,tuhan jua yang menentukannya.

Hari ini kesihatannya makin baik..
Dalam hati...syukur pada ALLAH,sekian lama usianya...inilah dugaan kesihatan paling besar kami hadapi.Selebihnya....dia sihat dan membesar seperti yang di harapkan.
Terima kasih pada mu ya ALLAH atas kurnian rezeki kesihatan buat kami.

Pssttt!selebihnya anda pii goggle sendiri naa...
Teman sibuk jaga anak....



Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH