MUHAMMAD THAQIF AMIN BIN MOHD GHADAFI

MENINGGAL AKIBAT DI PUKUL OLEH WARDEN ASRAMA

Terkejut tergamam...semua ada dalam hati.Terkenang anak kat asrama.Semuga ALLAH lindungi dia.InsyaALLAH.
Seorang kanak2 berumur 11thn di pukul dengan getah paip,di aniayai oleh seorang warden.
Layak ke warden tu buat macam tu?
Selalunya warden buat report,pengetua yang jalankan tugas kan?
Awat warden memandai mandai?
Pening kepala fikir masalah dunia.

Kesian?
Teman tak rasa macam tu,Thaqif balik pada tuhan,kenapa kite mesti rasa kesian,Thaqif berdondang sayang melayang ke sana,ikut umur,ikut niat dia yang nak jadi hafiz...
Teman rasa tiada apa yang perlu kite tangiskan.
Anak ni anak syurga,dosa tak ada...silap2 belum akil baligh..
Ibubapa patut bersyukur anak terang2 masuk syurga.
Bersyukur mama....bersyukur papa...Thaqif baik2 insya ALLAH.

Teman dapat rasa,sekolah tu bermasalah.Teman dapat rasa....pengetua,ustaz dan ustazah ada masalah...
Mungkin selama ni ada aduan,tapi dek tak mahu bersangka baik dengan anak2 didik,maka aduan di abaikan.
Inilah kemuncak dari kejadian..
ALLAH turunkan sebab mengapa Madrasah itu patut di siasat.
Selama ni,terlalu banyak perkara yang melibatkan kanak2 di abaikan.Mungkin kebajikan tak di jaga,mungkin kanak2 ni di biarkan lebih banyak bersama warden dari ustaz atau ustazah.
Pendek kata...lepas tangan pihak berwajib,bila ALLAH turun bala...pandai2 lah jawap.

Asrama anak teman insyaALLAH baik2 je..
Teman paling tak suka,bila orang atau kawan2 beri pendapat pasal sekolah2 agama.walhal...anak2 tu pelapis untuk kite.
Mereka duduk di sana belajar ilmu Tuhan,kenapa mesti fikir yang buruk2.
Teman sebagai ibu,tak terfikir tentang keburukan,pada teman....paling2 teruk,orang dalam tu semua orang islam yang ada iman.
Jika berpura puras sekali pun,paling tidak.....mereka ada iman di dada.

Thaqif luahkan hasrat hati nak keluar dari situ sebab tak tahan dengan layanan.Di pukul,di buli ikut suka.
Apa punya bodohlah warden tu...
Budak kecik kot?
Dengan budak kecik pun nak gaduh ke?walhal...budak2 ni kalau kite berbuat baik dengan diaorang,jangan terperanjat,jika satu hari nanti dia balas dengan seribu kebaikkan.
Teman baca,teman tengok gambar2 dia...
Dalam hati....insyaALLAH,dia selamat.
Malangnya...siang tadi,dia pergi mengadap ilahi.Pasti hati si ibu luluh,pasti hati si ayah sayu lihat anak ke 3 dari 5 adik beradik pergi dalam usia masih muda.

Teringat Alif..teman sebenarnya risau,tapi....kerisauan teman masih terbatas.Bila lihat keadaan sekolah,keadaan kawan2,insyaALLAH anak bujang teman selamat.
Undang2 sekolah...tiada buli,jika tertangkap akan terus dibuang sekolah dan asrama.
Teman selalu tanya...warden siapa?
Dia jawap ustaz2...sambil menyebut beberapa nama.
Teman tanya lagi....pak guard ada masuk asrama?
Dia jawap tak boleh lah?pak guard tak boleh masuk asrama kite orang.
Okayyy.....tang sini,teman rasa cukup selamat.Di sekolah dia hanya ada 300 orang,150 murid perempuan dan 150 murid lelaki.
InsyaALLAH...tiada apa2 bakal berlaku.

Sebab tu,teman tak berani hantar anak ke sekolah yang masih kabur statusnya.
Sebab tu teman cari sekolah2 agama yang di ikhtirafkan oleh kerajaan,di sahkan oleh majlis2 agama.
Teman tak sanggup lihat cara hidup anak2 tu...malam guna lilin,makan apa saja yang ada..
Teman terfikir juga,berapa banyak sekolah2 kat Malaysia,kenapa tak di himpun menjadi satu.Tak perlu banyak2 sangat.
Yang ada tu di titik beratkan,beri peruntukkan ikut keperluan..
Mereka penyambung dakwah kite,mereka bakal penegak agama.
Maka sebab tu...
Jangan zalim sangat dengan kanak2 di bawah jagaan kite,kelak binasa badan...

Semuga Arwah Adik Thaqif di tempatkan di kalangan orang2 beriman.
Aminn...


Sayu tengok wajahnya....
Anak syurga,kamu beruntung...
ALLAH sayang
ALLAH rindu...Pada kamu....

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH