HANTU RAYA

BENAR ATAU BOHONG

Semalam,seorang rakan sampaikan cerita pasal Hantu Raya.
Salah seorang kawan ada bela hantu tu hasil pemberian bonda tercinta.
Teman tanya mana tau?
Sahabat jawap.....sipolan cerita semalam.
Teman ngilu perut dengar.Se umur hidup teman tak ada cita2 nak jumpa benda2 macam ni..
Bagi teman...lantak kaulah hantu,ko nak terbang ke nak melompat ke....suka hati!janji jangan kacau aku sudah!

Macam mana pulak si polan boleh tahu?
Sahabat jawap si polan tu datang rumah kawan kite tu,nampak ada lembaga balik pintu.
Teman tanya lagi macam mana pulak si polan tu boleh nampak?
Sahabat jawap si polan tu kan boleh nampak bende2 ghaib ni..
Teman lupa...si polan yang di maksudkan tu memang ada kebolehan tengok2 bende2 ghaib ni.Selalu dia kata aku ada saka,aku boleh nampak bende ghaib ni.
Entah ya entah tidak...lantak lah!malas nak tahu...

Si polan tu tanya....ada orang kat belakang pintu tu.Agak kau membela ke?
Rakan teman tu lurus orangnya...terus ngaku...mak aku bagi,mak aku kata untuk jaga aku..
Si polan tu kata..mana boleh!dosa kau nanti.Kite mana boleh percaya bende2 ghaib ni.
Rakan tu kata aku tak tahu,mak aku bagi je..
Si polan tu kata..tak boleh!kau kena buang!
Rakan tu seorang yang baik,selama kenal dia...tak sekali teman terasa hati dengan dia.Orangnya senyum je,tak pernah nampak dia masam muka.
Masalahnya...kenapa lah mak dia bagi dia bende2 macam tu?
Si polan jawap entahlah.lepas mak dia bagi bende tu kat rakan tu,terus mak tu masuk hospital.Badan jadi sakit.Dah 10 hari kat hospital tak kebah2 lagi.
Teman tercopong mulut...pulak!macam2 hal!

Si polan kata aku dah suruh dia buang,setakat ni dia okay...Cuma tak tahu nak cari siapa orang yang boleh tolong dia buang bende tu..
Teman tak nak campur,bukan tak percaya tapi...tak mahu masukkan dalam kepala.
Tak percaya,bende2 ni memang wujud...
Percaya takut jatuh syirik pulak..Langkah bijak....abaikan saja..
Sahabat kata tak boleh juga,kite kena tolong dia mana yang patut..
Benar,kite patut tolong apa yang patut,masalahnya....siapa yang boleh bantu?
Kami memang tak biasa urus bende2 macam ni..kecuali kawan seorang tu.Upah SERIBU sekalipun,teman tak berani...
Benda2 ghaib ni cukup menakutkan.

Sahabat kata apa kesudahannya?
Teman geleng kepala,tak tahu nak jawap...
Sehingga detik ini,tiada jalan penyelesaian...Rakan kami tetap ada hantu raya pemberian ibunya.
Sahabat kata...itulah ruginya jika kite tak ada ilmu,buta mata buta hati..
Yang disuruh tak buat,yang tak disuruh pulak.....tekun hingga kite ngilu perut!..

Semuga rakan tu dipermudahkan segala urusan.
Serta sejahtera hendaknya.


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK