BUATLAH MAJLIS TUNANG SERINGKAS RINGKASNYA..

SEBAB......TAK JADI ORANG TAK TAHU!

Bertunang maknanya...kite dah di tempah orang.
Bertunang maknanya...kite dah tak boleh kerling orang lain.
Bertunang maknanya....kite bakal kahwin dengan pasangan pilihan.

Sebelum bertunang,pasangan akan merisik kite...biasanya sebentuk cincin akan di beri,dalam tempoh seminggu kalau lah kite tak suka,kite pulangkan cincin tu.Tamat cerita.
Jika kite suka...kite boleh simpan cincin tu,pasangan kite akan faham dan mula merancang untuk pii meminang.

Orang2 dulu,bertunang majlisnya ringkas je...
Tak ada majlis besar2an,sekadar mee siam dengan teh o je..
Yang datang pun 4 atau 5 orang je...
keluarga kite pun tak ramai,sebab apa?
Bertunang je...
Orang2 dulu...anggap tunang tu sekadar tanda,kite tak boleh di pinang orang lain.
Almaklum...anak dara macam pisang goreng panas,ramai yang suka ..
Berebut2 le orang nak mengurat.

Orang dulu,sensitif sikit,tunang2 tak perlu buat majlis besar besaran.
Malangnya....
Zaman sekarang,tunang dah macam kahwin!beratus2 jemputan,siap pelamin bagai.
Orang2 dulu..baju pun biasa2 je...
Tak bermodal langsung!ada yang di sarungkan cincin kat celah dapor je..
Ada yang duduk bersimpuh kat lantai je...
Tapi sekarang...macam pengantin baru!bersanggul lintang berbaju kilat.
Hahaha kelakar betul orang sekarang,selalu buat perubahan makan tuan.

Semalam,teman borak dengan pak cik,dia ada beberapa buat Homestay.Dah jadi biasa,ramailah orang menempah untuk acara2 besar,kahwin atau tunang.
Salah seorang pelanggan ada buat tempahan dan dah bayar deposit untuk majlis tunang anaknya.
Sampai hari langsung,pelanggan tu call...
Tak jadi,pihak lelaki tak jadi menginap kat Homestay tu.
Pak Cik terkejut tapi....tak bertanya lanjut.
Perkara tu berlalu macam tu..

Pada satu hari,pelanggan tu datang rumah,tanpa di paksa dia cerita apa yang berlaku.
Anaknya hanya seorang,bila ada jejaka nak menyunting,alangkah gembiranya mereka sekeluarga.
Majlis pertunangan di rancang indah sekali.
Khemah,makan di atur rapi..
Wang habis beribu ribu,maklum anakku seorang.

Malam sebelum hari majlis,pihak lelaki beritahu...
Maaf kami tak dapat datang,anak lelaki kami kata dia belum bersedia untuk di tunangkan atau bertunang dengans sesiapa pun.
PULAK?
Nak bertunang rancang sama2,nak putus rancang seorang.
Anak perempuan saya menangis tahan malu..sampai hati mereka buat kami begini.Malu tak tahu nak letak di mana.
Kami terpaksa cari helah,merancang sesuatu yang bodoh,membeli barang2 hantaran,cincin dan menyarung cincin kejari manis anak dengan duit kami sendiri.
Bertunang tapi pasangannya tiada,sekadar berlakon untuk kabur mata tetamu.
Kami malu....
Kami malu....berulang ulang kata2 tu keluar dari bibir lelaki tua depan mata Pak Cik teman.
Malu dengan diri sendiri.
Di kata orang di belakang diri,diketawakan orang tanpa di sedari.

Nak kata apa lagi?
Nasi dah jadi bubur...perkara dah berlaku.Aib kite hanya kite sahaja yang tahu.
Semua ALLAH tanam kesabaran kepada mereka sekeluarga.

Pak Cik kata...sebab tu,kalau boleh nanti anak2 tunang tak perlu majlis besar2,tak perlu pelamin bagai.Ringkas sahaja tu lebih baik daripada berhabis habisan.
Tunang bukan kahwin.Tunang belum tentu jadi.
Kalau tak jadi,pihak lelaki tak rugi,pihak perempuan yang malu..
Terhegeh hegeh...tapi pihak lelaki buat tak tahu...

Oleh sebab tu...
Harap anak2 ibu faham...
Tak perlu minta majlis besar2 bila nak tunang,jangan ikut orang..
Kite jadilah diri sendiri.
Ringkas dan tak membazir.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK