BILA KENA BATANG HIDUNG

APA PUN TAK BOLEH...

Orang pertama teman beritahu pasal sakit anak ialah kawan baik.Masa tu dia kat Jepun.Dia satu2nya orang luar yang teman ingat nak kongsi rasa.
Dengan anak,teman pesan jangan beritau kecuali kawan2 yang rapat je...
Kenapa?
Malas nak buka mulut.Malas nak dengar pendapat orang...
Aah!cuba makan ini cuba makan tu..
Semua tu buat kite binggung.

Sahabat hanya balas msg kat teman...sabar,jangan putus asa.Jaga anak tu...jangan sampai jiwanya terganggu.
Tenang kan?Jawapan yang simple dan menenangkan.
Teman msg kat suami,kebetulan masa tu dia di luar kawasan,suami tak bunyi apa juga...diam membisu,teman tahu.....suami bukan tak suka,tapi...blur.Dek kejutan tiba2.
Selalu teman doa supaya kami tak di duga dengan sesuatu yang berat2,mohon ALLAH kurniakan rezeki kesihatan buat kami.
Tulah......ALLAH sememangnya ingin menguji...5 minggu yang Doktor suruh teman tunggu sebenarnya makin hampir.Seminggu dah berlalu,seminggu akan menjelang..
Semua tu buat teman tawakkal pada ALLAH.
Tak tahu nak kata apa...
Rak tahu nak buat apa...
Hanya harap anak,redha sabar dan jangan putus asa.

Semalam...teman belikan air fryer dan blend juice.Teman nak anak teman mulakan sesuatu yang baru.Cara pemakanan yang sihat.
Di luar sana,anak jauh dari teman...Makan tak tahu di mana.Kedai mamak atau gerai tepi jalan.
Hanya ALLAH yang tahu.
Teman selalu pesan..jaga makan,jangan makan sembarangan.
Faham2lah anak....mereka makan ikut sempat.Kadang2 makan kadang2 tak makan..
Bila tanya...dah makan?
Selalu jawap belum.
Makan malamnya nanti pukul 10malam.Balik kerja beramai makan dengan kawan2.
Salah siapa?
Ehmm...salah kite sendiri.
Kite kena jaga masa makan,cara pemakanan kite.
Maafkan ibu,kehidupan mendesak,seandainya awak anak orang kaya....Mesti tak perlu kerja kuat untuk cari rezeki sendiri
Goyang kaki kat rumah macam anak Perdana Menteri.Apa kan daya....nasib kite berbeza.
Ada kaya ada miskin ada yang sedang2 dan paling haru ada yang lagiiii susah.
Apa2 pun bersyukurlah anak2...

Masalahnya,anak teman ni cerewet!benda2 pelik dia tak suka.
Mencemik panjang bibirnya...Pengeli dan tak boleh nampak2 benda2 berlendir.Apatah lagi...daun2 pahit,belum minum baru letak kat bibir dah muntah hijau.
Tu le masalah yang benar2 kecil kat orang besar kat dia.
Teman kata nanti blend apple hijau daun sadri dan durian belanda
Dia boleh jawap apa tu?eakkk!
Tulah masalahnya...belum buat dah nak muntah.
Teman kata nanti goreng ayam guna air fryer tu,jangan pakai minyak.
Dia jawap bila lah nak masak ibu...
Teman kata belajarlah masak2 sendiri,jangan makan kedai je...
Dia kata...yalah...nanti dia belajar masak sikit2..
Salah siapa?
hahaha...teman juga....tak ajar anak memasak.
HUH!

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK