BILA ALLAH DUGA KITE....

ITU TANDANYA ALLAH SAYANG KAT KITE,BERSABARLAH..

Bila kawan2 kite di timpa musibah.Selalu kite kata...sabarlah....
Sebenarnya....perkataan sabarlah dah tak sesuai di gunapakai.Nak tahu kenapa?
Orang yang bermusibah,tak suka nak dengar,dalam saat tu,orang bermusibah tak boleh fikir apa2..
Mereka hanya fikir musibah tu je..

Kite sebagai pendengar,elok kite dengar sahaja...
Baik diam dari memandai mandai...
Bila mereka meluahkan,sebenarnya mereka sekadar nak bercakap,tak lebih daripada itu.
Jika kite tak boleh membantu,elok kite menjadi pendengar yang baik.Itu sudah cukup buat mereka gembira.Tak perlu nak mengajar atau menentukan pilihan hidup mereka.
Mereka sebenarnya sedang di uji,sedang di duga oleh takdir tentuan ILAHI.

Begitu juga dengan teman...
Bila doktor sahkan anak ada kanser walaupun terkawal atau masih peringkat awal.Teman kelu,lidah beku hati sejuk...
Tak tahu nak kata apa,tak tahu nak buat apa....
Pendek kata....otak kosong!

Belajarlah dari pengalaman,bila orang di timpa musibah,kite jangan kata apa2,kite tak payah nak jadi pakar motivasi pencen.
Senyap sudah,tak payah nak tunjuk pandai...konon...
Kalau dah faham sesangat,hulur bantuan sedaya mungkin...
Tak payah le nak sabar2kan mereka....perkataan tu lagi menambah kusut fikiran.
Lagi satu...tak payah nak nangis2 bagai.Jika suasana tu tak sesuai untuk ketawa,elok senyum je...
Tu lebih baik daripada melalak!
OMG!pening kepala...

Bila anak teman terkait dengan penyakit tu...
Teman terus berfikir,apa yang patut teman buat jika ianya benar2 terjadi.
Walaupun jauh di sudut hati,teman yakin!anak teman sihat,tiada apa2 yang bakal berlaku..
Dan teman yakin,anak teman selamat dan sembuh sepenuhnya.
InsyaALLAH.
Dengan izin yang esa....Anak teman akan sihat seperti sediakala.
Dengan izinnya,anak teman akan gembira seperti selalu.

Dari perbualan teman bersama 2 rakan yang terkait dengan penyakit tu...
Tiada ubat,kecuali semangat yang kuat,pemakanan seimbang dan mengamal kehidupan yang sihat.
Itu je ubatnya...
Orang2 yang terlibat tidak boleh sedih2,tak boleh murung2...
Mereka mesti gembira,hidup seperti biasa..
Selesai masalah.

Mudahkan?
Semudah memetik jari...
Itulah hakikatnya.Petua untuk sembuh...
Jangan fikir,jangan bimbang,jangan sedih...jangan murung..
Mudah kan?
Tapi...hanya empunya diri sahaja yang tahu...mudah di mulut kite sukar di hati mereka.

Hari2 teman call anak,teman dengar nada suaranya,ceria atau murung..
Alhamdulillah...setakat ni anak teman cekal,tabah dan berani.
Suaranya seperti biasa,tidak sedih dan tidak langsung dia bertanya pasal perkara tu.
Antara dia redha atau tidak...
Teman tak dapat kesan dari suarannya..
Pada teman..
Anak teman budak baik,anak yang kuat semangat,anak yang tak mudah mengaku kalah,anak yang cerdik dan anak yang sangat2 bertuah.

Sahabat tanya kenapa bertuah?
Hahaha...hanya orang terpilih ALLAH duga dengan dugaan berat macam ni..Setakat orang biasa2 dan tak bertuah,ALLAH sekadar bagi demam je...
Mungkin demam pun orang2 tu sabar,tak yakin..
Tapi anak teman...smart!menangis 2 hari tapi tetap cool...
Tak melaung tak meroyan bagai!
Dia tenang walaupun air mata membasah pipi...Tiada rungutan tidak rengusan..
Dia rilek dan...menjalani kehidupan seperti biasa...

Syabas!anak ibu memang hebat!
I love u so much...
Muahhh!





Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK