BERITA PALING MENYEDIHKAN..

BILA ORANG TERSAYANG DIKAITKAN DENGAN KANSER

Selasa lepas,anak teman ada temujanji dengan Dr Mohan di Pantai Hospital.Teman hantar dan tinggalkan dia sebentar..
Lepas dapat rawatan,teman datang ambil dia depan Hospital.
Teman tengok dia nangis,teman tanya kenapa nangis?
Dia geleng je...
Teman gelak2,teman tanya lagi...kenapa nangis?sakit ke?
Dia geleng....mata bergenang air mata..
Teman ajak minum,dia geleng...
Balik lah ibu....
Teman jawap....kenapa?jomlah minum.
Dia diam je....

Petang...teman nampak dia menangis lagi..
Teman call suami diam2,teman kata..anak dara kamu manja betul.Bukak plaster pun nangis.
Suami gelak je...
Teman call kakak...anak aku manja betul!nangis sampai ke petang!
Gelak sama2 ingatkan kemanjaannya.
Kakak kata...anak dara!kalau dah kahwin nanti cekal le dia.

Semalam....dia pergi lagi ke hospital.Teman tanya...nak ibu ikut?
Dia jawap suka hati ibu...
Dek hati ibu,teman ikut juga...
Sampai di kaunter,nurse ajak kami ke bilik tingkat bawah.Teman ikut je...
Tanya dia kenapa jumpa Dr Zul?
Anak teman angkat bahu..Tak tahu...katanya..
Kami jalan terus,sampai kat kaunter bawah...mereka minta teman dan dia duduk sebentar.Kami akur..
Duduk diam2,teman tanya lagi..macam ni hospital swasta...seolah2 semua nak dapat untung,walhal,satu Doktor dah boleh kautim semua,dek berniaga...semua doktor terlibat sama.
Anak teman diam je....tak berketik sepatah kata pun..

Nurse panggil....Kami berjalan laju masuk bilik tu.Duduk mengadap Doktor muda...
Doktor pandang anak,pandang teman...
Teman senyum je...
Doktor mula  bicara...ginilah...kanser tu dah dibuang..
Teman sampuk...apa Doktor?Kanser?
Doktor pandang anak,pandang teman lagi...ya kanser..
Teman tercopong mulut...kelu lidah tak terkata...bukan ketumbuhan ke Doktor?
Doktor jawap bukan ketumbuhan tapi kanser..
Teman kata doktor jangan sebut kanser,sebutlah ketumbuhan..
Doktor sampuk dalam tawa ok,ok...ketumbuhan...Doktor dah buang kesemuanya,InsyaALLAH tak ada lagi.
Boleh cerita mula dapat sakit ni?
Anak nangis,teman yang jawap...dia tak rasa sakit,mak cik dia yang perasan ada benjul kat leher tu.
Doktor kata...harap2 tak ada apa2 yang berlaku.Kite doakan sama2 agar semuanya berjalan dengan baik.
Amiiin...mudah2an..tiada apa2 yang buruk,mudah2an...semuanya berjalan lancar.

Doktor terang serba ringkas,apa juga soalan kite,dia akan jawap sehingga kite puashati.
Doktor...apa puncanya?
Jawap Doktor kanser alaf ni tak ada kaitan dengan keturunan,banyak kes melalui pemakanan.
Okay....baca tu,pemakanan punca utama kanser.
Anak teman nangis,teman terpaku...tak tahu nak kata apa...
Bila sesuatu kena batang hidung,semua blur,fikiran buntu.
Dia anak pertama,dia baru sahaja tamat pengajian,baru sahaja nak mulakan kehidupan.Kadang2 kite kena bersangka baik dengan ALLAH,mungkin ada hikmah di sebalik kejadian.
Teman kata...sekarang,hanya ALLAH yang dapat tolong awak,ibuayah tak dapat buat apa2 kecuali doa.
Dia diam...
Teman tak pasti dia terima takdir tu dengan redha di hati.
Sumpah!teman tak pasti....yang teman tahu,kite hanya merancang ALLAH jua menentukkannya.
Bersabar anak....
Pasti ada kebaikan di sebalik kekecewaan kite.

Kami pulang....hati berharap keputusan 5 minggu lagi baik2 sahaja.
Hati tak henti berharap,semuga keputusan yang bakal kami dengar  baik2 sahaja.
Doktor kata...alhamdulillah,awak sedar awal,semua ni masih baru,kami dah bersihkan kesemuanya.Kami dah cuci habis sel tu...hanya berharap dia tak lagi masuk ke darah.Setakat ni,kanser thyroid adalah kanser paling ringan tak seperti kanser payu dara atau rahim.Setakat ini,pesakit kami tak lagi susah hati TAPI...pantaulah pemakanan.Hindarkan makanan yang menjadikan kanser aktif semula.
Teman diam,anak diam..

Anak teman pemakanan orangnya,suka mencuba makanan baru2.
Puas teman kata jaga makan,jangan makan sembarangan.
Adat budak,meloyar buruk nombor 1.selalu beri alasan dia tahu...dia tahu...
Bila dah jadi begini,semuanya hancur musnah.Hati perasaan...semuanya berkecai.
Yang tinggal hanyalah harapan semuga semuanya baik2 belaka.

Di masa akan datang,anak teman pasti akan menghindarkan diri daripada makanan yang bukan2.
Pasti makanan sihat pilihan hatinya.
Pasti menu sihat idaman hatinya.

Ya ALLAH....hindarilah anakku daripada sakit itu,tabahkan hatinya...menerima ujianmu.Dia anak yang baik,anak yang baru sahaja nak mulakan kehidupan,baru sahaja nak menyarung kot hitam sebagai peguam.Berilah dia peluang untuk menikmati kehidupan ini dengan baik.Berilah peluang dia untuk menikmati kehidupan sihat seperti orang lain.
Amiin..

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH