PLASTICINE CLAY...

ILMU BARU...

Teman lama mengidam nak belajar ilmu baru ni.Mengentel tanah liat untuk di jadikan hiasan.
Kebetulan seorang rakan dah masuk kelas clay.Teman sekadar belajar asas seni ini dengan dia.
Yang pasti,mudah dan mudah hadam.
Teman tanya...apa barang2 untuk projek kali ni?
Dia jawap..
Plasticine,gam,losyen dan lain2 lagi.
Teman suruh dia belikan nanti teman bayar ke dia..
Sahabat ni orangnya baik....apa yang di surih tiada bantahan langsung.

Sebenarnya..teman nak kongsi ilmu buat semua...
Ilmu ni tak percuma,berbayar sebenarnya...sekali piiii berguru RM150 hingga RM200 pasti terbang melayang layang...
jadi...kepada yang minat.Seni kraftangan guna plasticine ni cukup mudah.Semuanya di hujung jari anda.
Mula2...anda cuma perlu ada plasticine berbagai warna.Nak murah sila ke Blakong,disana ada satu kedai jual berbagai bagai bahan untuk kraftangan jenama Multifilla.
Teman belum pernah pergi,teman sekadar kirim kirim dari kawan2 je.
Mesti ada pencetak atau acuan,kalau2 tangan tu lembut,boleh terus reka sendiri.Sebab acuan ni bukan murah,mahal tahap gaban!
Minyak baby pun okay,kalau minyak yang di syorkan...harganya cecah RM60.00 sahaja.
Murah kan?
Sebelum pegang plasticine,lumur sikit losyen @ Minyak baby
kat tangan untuk elak dari melekat.
Uli sampai sebati jika nak kaler2 menarik.Misalnya....warna biskut ,campurkan putih dengan coklat,uli hingga warna tu cantik.Strawberry misalnya...merah dengan sikit kuning dan adun jadi becak2...
letak minyak kat pencetak untuk mudahkan kerja.
Kalau anda lebih kreatif tak payah pakai pencetak atau acuan,rekalah sendiri ikut kreativiti anda.
Lepas tu letakkan atas tuala dan biarkan kering.Jika rasa nak bakar pun okay...lagi baik dan tahan warna.
Kemudian....bila dah kering,letaklah kat mana2 yang anda suka.Atas penutup kuih,botol2 cantik atau di mana sahaja yang ada rasa sesuai.

Gam dan susun lah ikut selera anda.
Bila semuanya dah sempurna,keringkan dan varnis.
TRAAAA!dah siap!
Dan anda boleh bergaya dengan keunikan Plasticine clay ,paling BEST!hasil kerja sendiri!



Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK