PERJUMPAAN KAWAN2 LAMA

18HB MARCH 2017

Mereka pernah ada dalam hidup  teman..
Sejak tingkatan 1,merekalah kawan,merekalah lawan.
Ada kawan yang mula rapat lepas tingkat 5,tapi...mesra sampai ke hari ini.
Tak pernah bergaduh,tak pernah benci membenci...Yang kami tahu...persahabatan yang baik lahir dari hati yang ikhlas.
Jika kite ikhlas terima kawan2,maka sampai bila2 kite akan tetap sayang pada mereka.

Diantara mereka ada seorang yang agak pelik perangai.Terpisah lepas sekolah,bila jumpa buat2 tak kenal.
Mula2 teman sapa juga...
Tapi dia buat tak endah...
Makanya...teman belajar terima dia dah tak ada...
Dah mati mungkin...
Atau dia tak pernah wujud dalam hidup teman dan mereka2 yang lain.
Kami belajar perlahan2 untuk lupakan dia....
Syukur...akhirnya...dia makin hilang dalam ingatan.Yang pasti...kami hanya harap dia bahagia dan sejahtara hendaknya di samping keluarga tercinta.

18hb ni,teman akan jumpa sebahagian darinya..Kebetulan teman balik kampung,maka pertemuan diatur walaupun tiada gilang gemilang.
Sekadar makan2 di kedai sambil borak2 sampai ke petang.

Pada teman...mereka kawan2 yang hebat!
Seorang suka menyakat,seorang suka merajuk,seorang suka ketawa...
Yang pasti....Kami akan gembira bila sesekali berjumpa.

Semuga persahabatan kami berkekalan hingga ke akhir hayat.Semuga kite akan bertemu lagi di masa akan datang.
Terima kasih  Fizah,Rosnah,Zura,Anizah,Norizan....sebab sudi jadi kawan yang baik..
Terima kasih sekali lagi...

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK