MAK CIK TEMAN YANG DI SAYANGI

MERANA AKIBAT KANSER PAYU DARA

Teman pernah menulis mengenainya.
Tak sedar.tau2 dah tahaf EMPAT!
SubhanaALLAH!maha suci ALLAH....dia yang mengatur semua perkara,semuga Mak Cik teman tabah menghadapinya.

Semalam...
Kakak,emak dan adik beradik yang lain ziarah dia...
Kata kakak....sedih tengok Chik.Murung...Dia selalu telefon mak dan kata dia putus asa.
Kite dengar kite rasa tak patut dia buat diri dia macam tu.Kite rasa dia tak redha...
Kite rasalah kan?
tapi....
Berat mata memandang,berat lagi bahu memikulnya.

Rambut gugur...
Chik malu,Chik macam tak boleh terima semua ni.
Mak Cik teman ni pemalu...apatah lagi dalam kepala tak berambut.Botak licin berkilat!
Malu yang amat sangat.
Pak Cik kata....biarlah rambut tu gugur,sementara waktu je tu...Nanti dia tumbuhlah.
Kali ini mesti rambut awak cantik,kalau boleh saya nak awak gerbangkan rambut tu,tak payah tutup2.
Kakak kata...sambil berkata sambil menangis.kesian...

Mak Cik teman pandai masak.Asam pedas.sambal sotong...antara menu utama bila kami ziarah pada raya ke3 setiap tahun.
Mak Cik adik mak...
Selalu call mak untuk cerita kisah sayunya.
Kesian Chik...dia tak tahan nak kimo lagi.Sakit katanya.Baru 2 kali,habis semua rambut gugur.Chik kata....proses kimo tu sangat sakit.
Chik kata lagi...dia tak mahu kimo lagi,cukuplah....dia tak tahan.
Kakak kata kesian tengok kaki dia,hitam pekat.Kuku semau hitam.
Teman dengar je..teringat kawan teman yang meninggal akibat kanser.
Macam ni agaknya perasaan dia...
Kecewa,putus asa...

Sebenarnya teman tak pandai nak memujuk.Teman cepat melenting.Teman tak mampu nak menasihat meleret leret...Teman suka terus pada tujuan.
Sebab tu..jika ada apa kejadian yang sedih atau sebagainya.
Selalunya teman jadi penonton je...
Sesekali menyampuk bukan untuk membetah,sekadar memberi pendapat.

Kakak beri teman tengok gambar terkini Mak Cik..
Kau jangan beri orang lain tengok,Chik tak beri...
Teman jawap okay...
ZUP!bagai nak jatuh jantung ni,rambut tak ada,kuku tangan dan kaki lebam,bahagian kaki gelap makin gelap.Doktor pun tak tahu kenapa.Masih dalam kajian.
Ya ALLAH....kau beri sakit macam kilat,tapi untuk pulih kami rasa macam semut.
Permudahkan urusan kami.Selamatkan kami didunia dan di akhirat.
Tak tahu nak kata apa....
Begitu rupanya...kesan kemo.Patutlah semua pesakit kenser takut nak hadap.
Demam tak boleh,mesti sihat selalu.

Chik dah putus asa,dalam islam...tak ada istilah putus asa.Kite kena berusaha hingga ke titisan darah terakhir.
Semuga Chik akan sembuh.walaupun tidak seperti dulu...cukuplah jika dia ada...
Setiap raya kami masih boleh ziarah dia...
Walaupun tak ada lagi asam pedas bagai..cukuplah jika dia ada.....
Ehmmm....

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK