LELAKI TUA YANG DULU GEMBIRA

KINI KESUNYIAN SENDIRI

Kisah ni benar,tapi anggaplah tauladan di masa akan datang.
Teman bukan nak mengumpat bagai,sekadar kongsi kisah sepi seorang lelaki.
Dia kawan suami,satu tempat kerja.
Pernah jumpa beberapa kali,sekadar senyum itu dah memadai.

Kisah bermula bila dia berkenalan dengan perempuan muda.Isteri di kampung dah mula di lupai.
Kenapa isteri tak duduk bersama?
Dia melarang isterinya tinggalkan kampung di utara sana,alasan...kesian anak bungsu akan bertukar sekolah.
Maka....tinggallah isteri dan anak2 di sana,dia tetap di sini sendirian.

Dia nakal,termaktub begitu...Ada dengar2 kisahnya yang suka berpoya poya dengan perempuan.
Tapi...sekadar tu je...
Teman tak kisah,sebab dia tak ada kene mengena dalam hidup teman.

Sekitar tahun 2009 kalau tak salah..
Dia mengerjakan umrah.Itu pun setelah campur tangan boss mengizinkan dia ambil cuti.Dalam diam,isteri minta jasa baik majikan untuk selesaikan masalah.
Akhirnya...dia pergi bersama isteri mengerjakan umrah.
Sebelum tu,doa selamat dibuat,teman hadir bersama kawan2 yang lain.Isterinya pandai cari duit,pandai masak dan mengambil tempahan dalam guantity yang banyak.
DIA?
Masih sama,berpoya2 dengan teman wanita.

Pernah sekali,isteri datang mengejut.sebaik masuk bersepah coli dan seluar dalam wanita.Hatinya hancur tapi tetap setia.
Berbagai bagai cara isteri lakukan untuk selamatkan suami,malangnya....
Suami tetap sama,malahan di ceraikan isteri gara2 wanita lain.

Teman beberapa kali terserempak dia dengan gf berbagai rupa.
Dalam hati mentelnya dia!
Ceritanya tamat selepas dia di nasihatkan berhenti kerja.
Sebab di berhentikan...
TAK BAGUS,TAK PRODUKTIVITI...
Senang kata...tak kasi syarikat untung banyak.

Sebentar tadi...teman jumpa seorang perempuan separuh umo,dia dengan teman...mungkin le...jarak usia hampir 5thn.Agak2 lah......
Borak punya borak...
Sampai  soalan ke 50!Yes!
Suami awak keje mane?
Teman jawap...*******...
Dia kata ooo..awak mesti kena sipolan ni?
Teman tanya siapa nama orang tu?
Dia jawap ****
Teman dengan bangganya jawap kenal!
Dia sambung lagi...lagi sorang ni mesti awak kenal.
Teman jawap siapa?
Dia balas ***
Teman jawap sambil gelak....dalam hati kepuhnya perempuan ni.
Dia kata...awak tahu dia jadi apa sekarang?
Teman jawap tak tahu,lama tak dengar cerita dia...
Dia kata dia sekarang jalan kaki!
Teman terkejut,dia tu bukan calang2 orang ,boss suami.Gaji pun tak sikit tapi banyak.
Kenapa jadi macam tu?kesiannya....
Kak kepuh tu jawap..tak tahu lah,kelmarin balik kampung sebab mak dia mati,nak uruskan mak pun tak ada duit!nak jadi cerita..kereta kena tarik masa balik kampung tu hari.EPF habis semuanya.Tak ada baki sesen pun!
Teman hanya senyap,tergamam sekejap.Isteri pertama dia?
Kak kepuh jawap...dah ceraikan?anak2 dah haramkan dia balik rumah.Bekas isteri tak mahu pandang muka dia lagi.

Teman terbayang muka lelaki malang tu.Berkaca mata,hitam kecoklatan...
Laaa ni...mungkin makin hitam kecoklatan  dia.

Semuga ambil ikhtibar semua...
Jangan sibuk melayan perempuan lain.Isteri pertama tu cinta sejati.Isteri ke dua ketiga ..hadir lepas kamu ada semuanya.
Isteri pertama sama2 jalan kaki...
Isteri ke 2 ke 3...belum tentu sudi berjalan kaki bersama.
Yang pasti..hargailah isteri anda,walau tak cantik...dialah sokongan di kala kamu hampir rebah.Dialah pemberi semangat walaupun dia sendiri hampir rebah menyembah bumi.
Isteri pertama akan tetap setia cuma jangan nak macam2lah..sekali dia kata sayang,dia akan sayang hingga akhir hayat.Tapi...jika dia kata benci!
Sebelah mata dia tak sudi memandang lagi.
Hati2 para suami...
Jangan fikir dunia saja...akhirat kekal abadi.


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK