KERASUKAN TIADA HUJUNGANYA

ANTARA PERCAYA ATAU TIDAK...IANYA TETAP BERLAKU.

Anak kawan dari selatan demam berpanjangan.Balik dari umrah,dia demam tak kebah 2.Masuk hospital keluar hospital...Segala macam ujian dah buat.Jawapan 100% SIHAT.
Tapi...
Kenapa panasnya tak kurang...itulah kata Doktor.Tiada yang pelik dalam badan,tapi kenapa masih tak turun2 suhu badan tu..
Akhirnya....Doktor angkat bendera putih..
Berdoalah,banyak2kanlah solat hajat...itulah kata2 akhir dari Doktor sebuah hospital terpakar di sana.

Kawan tu pun bawa anak balik ke rumah.
Kawan2 datang melawat,kata2 simpati di beri,kata2 semangat terluah.
Seorang rakan datang,rakan tu sama2 satu sekolah dengan kami.
Heii!anak u ni lain macam lah!u bawa jumpa adik i.Ini nombornya.Sambil hulur sehelai kertas tercatat nombor seseorang.

Temujanji di buat...
Datanglah seorang perempuan muda.Antara yakin dan tidak...
Usaha diteruskan.
Ini kali ke 3 usaha dari perawat islam.Dah macam2 air dah di mandikan.bermacam2 air dah di minum.Anak tu tetap sama.Malah lagi teruk!
Tak makan hampir sebulan,tak boleh berjalan...
Mama....adik rasa ada orang gemuk duduk atas adik.
Mama terus senyap..Orang gemuk?patutlah...dia tak daya nak bangun.
APAKAH ITU?
JAdi persoalan dalam diri.

Perawat tu mulakan acara...
Dia baca ayat2 suci Al Qur an..Antaranya surah Al Kaffi.Sahabat pasang telinga...Nak dengar apa ayat yang perawat bacakan.Rata2nya dari ayat2 suci Al Quran.
Anak tu melawan...hampir terbang ke syiling.
SubhanALLAH!sahabat kata saya tak pernah tengok semua ni,saya tak percaya sebenarnya,tapi...dah berlaku depan mata.Mahu tak mahu saya terpaksa akur..
Semuga ALLAH ampuni kami sekeluarga.Kami sekadar berusaha....

Sejenak kemudian....anak comel tu terus duduk,terus kata...mama,adik dah sihat,adik nak makan nasi lemak.
Mama gembira bukan kepalang,anak tu dah sihat walhafiat.
Semua yang berlaku bagai satu keajaiban,dengan izin ALLAH anak tu sihat.
Dari tak larat makan,dah selera macam selalu.
Dah mula sekolah walaupun selepas kejadian tu,dia jadi malas.Kalau dulu,dia yang sediakan uniform sekolah.Buat kerja sekolah tak perlu di suruh.Sekarang sebaliknya...
Dia makin malas....dan.....garang!
OMG!dugaan apa yang hendak kau beri pada kami...itulah ayat mama masa cerita kat teman.

Tak tahu nak kata apa.....
Benda2 macam ni memang wujud cuma kite tak perlu berlebih lebihan sewaktu menyelesaikannya.
Yang pasti...
InsyaALLAH dengan izin TUHAN semuanya akan kembali seperti biasa.




Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK