CABARAN JAGA ANAK ZAMAN SEKARANG

ANTARA TERCEKIK LEHER ATAU SESAK NAFAS!

Rata2 kawan mengadu pasal anak2 zaman sekarang,yang agak buas dan tak mendengar kata..
Teman tak kata semua!
Teman hanya kata contoh yang ada  di depan mata.

Sahabat teman ni ada 4 orang anak lelaki.
Yang sulong....okay lah!
Yang no 2......ehmmm.....boleh lah...
Yang no 3.....dah mula mengikut jejak anak terdahulu.
Yang ke 4....still masih muda dan tak perlu  kite fikir2 lagi.

Kisah bermula awal thn 2016,anak no 2 sakit kerasukan dan melarat hingga kini.Walaupun sesekali...
Tetap dia ada dalam diri..
Tak boleh suka sangat ,marah sangat,stress sangat2...pendek kata kena sentiasa jaga emosinya.
Susah kan?
Kite dengar kite yang sakit kepala,inikan pula si ibubapanya.

Berbagai ikhtiar keluarga tu usahakan.Masih belum memberi pulangan yang baik.Anak tu masih sama,masih tak tetap besar kepala.
Si ibu kata kalau kite tak ikut kata dia,jadi hantulah dia..
OMG!tak boleh bangkang walau tak suka...
Kena sentiasa redha walaupun hati parah.

Masa keputusan PT3 lalu keluar....
Keputusan tak memberangsangkan...cukup2 makan dan ada subjek yang gagal.
Pastinya si ibubapa kecewa...
Di telan mati emak,diluah mati bapa..
Dengan keputusan tu...
Semua tak menjadi.Nak masukkan Vokasioanal pun tak lulus.
Si ayah geleng kepala,si ibu terus bermuram durja..

Teman pesan...jangan jauhkan diri dari dia,takut nanti dia semakin jauh pergi tinggalkan awak...
Dia hanya angguk..Antara faham atau tidak,teman tak tahu...
Dari raut wajahnya,teman tahu dia kecewa,putus asa...
Anaknya nakal berserta ada gangguan dalam diri,jadi...susah nak kawal.Bila marah,hantu yang ada di dalam badan akan marah juga.
SO?
Amacam?

Anak kite nakal,tapi tak ada benda dalam badan,kosong.Kite marah masuk kiri keluar kanan.
Anak dia tak...marah sekali,terus melekat dalam hati.Jika kemarahan tu di jadikan motivasi,syukur..
Masalahnya takut jadi dendam dalam diam.
Sahabat tanya tak berubat ke?
Teman jawap dah...
Setiap ibubapa akan cuba sedaya upaya pulihkan anak yang bermasalah.
Cuba mengawal pegerakan agar selamat dunia dan akhirat.
Tapi tulah..
Anak2 tak faham..lagi di tegah lagi lagi di buatnya.Dalam usia remaja,kawan2lah tempat mengadu..
Cikgu Din pernah kata...sebab apa anak2 rapat dengan kawan2 dari keluarga,kawan2 tu pun 2x5 dengan depa!tu sebab ngam!

Dari usia 13thn hingga 17thn...masa yang paling menyesakkan jiwa.Umo 18 ke 20thn...kira okaylah...boleh di ajak berunding.
Cuma 1 je di harapkan...jangan lah terjebak dengan Dadah.Buruk padahnya.Apa pun tak boleh...

kalau anak lelaki dengan lagak heronya.Anak2 perempuan pulak tak sabar nak ada suami.
Umo2 remaja....perasaan nak di cintai membuak buak!hati meronta2 nak kena belai dek BF.Walhall...BF pun makan pakai pun masih di tanggung.Inikan pula nak beristeri.
So Funny!

Ramai rakan taulan mngeluh dengan sikap anak2 zaman sekarang.Terlalu banyak bezanya dengan kite dulu2.
Dulu,...di marah emak..tunduk kepala.Tak berani nak menatap wajahnya.
Kini...sepatah mak kata,100 patah dia bersuara.
kadang2 rasa nak tempeling kepalanya.
Supaya urat yang putus bertaut kembali.

Semuga anak2 kite semua selamat dunia dan akhirat.


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH