TRAGEDI BERBASIKAL DI WAKTU AWAL PAGI

8 MAUT SELEBIHNYA CEDERA DAN MASIH DIRAWAT



Dalam group ada gambar2 tu...
Tapi teman tak endahkan,tak buka pun....Bukan tak minat tapi line cukup lembab!selembab siput babi ketika berjalan.
Sehari selepas tu...baru teman faham..
Tu pun lepas orang cakap cakap...

JOHOR BAHRU: Lapan remaja lelaki maut manakala 8 lagi cedera termasuk 2 kritikal apabila basikal mereka dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata dalam kejadian 3 pagi itu, sekumpulan 20 hingga 30 remaja berbasikal dipercayai menghalang Jalan Lingkaran Dalam dan jalan sekitar sebelum dirempuh seorang pemandu wanita.
Katanya, pemandu berusia 22 tahun dari arah Taman Pelangi di sini dipercayai tidak sempat mengelak lalu merempuh kumpulan remaja berkenaan yang berusia antara 13 dan 17 tahun itu.
“Mangsa yang cedera masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah.
“Pemandu wanita itu juga cedera ringan dan kita juga hantar untuk trauma sebab dia dalam keadaan terkejut,” katanya.

Terkejut?
Tak lah....dah biasa nampak kat tepi2 jalan.Kanak2 berbasikal di tengah2 jln.
Kat tempat teman pun  sama,sana sini budak2 berkumpul samada nak merempit motor atau basikal.Bila kite adu kat polis...
Datanglah mereka dengan lampu nyala atas kereta.
Maka lari bertempiaran lah budak2 tu,setengah jam kemudian...berkumpullah lagi....
Polis datang buat syarat je...
Jangan tidak ....kata orang tua2...

Budak2 ni nakal sebenarnya,jika dalam kumpulan besar macam tu...
Jujur nak kata...teman pun takut!macam2 bende buruk boleh berlaku.
Teman pernah adukan satu kes kanak2 hidu gam kat sebelah rumah..
Nak tahu apa polis tu kata?
Cuba Puan jumpa mereka,nasihat sebagai ibu.
Nak tahu apa teman jawap?
Ohh tidak Tuan,saya takut saya kene bunuh mati!Polis ada hak untuk siasat mereka,ada kuasa untuk basmi kegiatan mereka.Saya ni orang awam je...
tak pasal2 anak2 saya tak ada mak nanti.
NAMPAK?
Gaya polis buat kerja.Tak semua lah kan....Segelintir sahaja.Teman kena jaga hati polis sebab antara mereka ada abang kakak dan kawan2 teman sendiri.

Terkejut?
Tak lah....ramai budak2 nakal tak 'faham bahasa'.Sekolah malas,tak ada wawasan langsung!nak buat nakal je!
Teman tak kata anak orang,teman nak kata anak sendiri depan mata.
Cuma anak teman ni tak minat belajar tapi tak le merempit.
Amboiiii....tang anak dia okay je!
Betul!dia gayat.Tak berapa berani bawa kenderaan laju2 sangat.Pada teman elok le dia ada masalah gayat.Kalau tidak 2x5 je...
Orang kata....salahkan ibubapa.
Teman sokong 50/50 je....jangan salahkan semua kat ibubapa.Anak2 zaman sekarang tak macam dulu.Kena marah sekali langsung tak berbunyi.
Zaman dah berubah,sekolah agama pun tak di titik beratkan.
Ada seorang kawan,anak2 tak di hantar ke sekolah agama,alasan....nanti anak2 penat.
Jangan salahkan anak2 kalau satu hari nanti mereka tak tahu hukum hakam agama.
Di zaman serba canggih ni,gelaja2 tak sihat ada di sana sini.Di TV di media sosial,di alam maya....enter je...semua terdedah depan mata.
Filem2 ganas pun melambak.Penerbit kat Malaysia pun dah pandai buat filem ganas2.Tembak sana sini...yang nakal yang jahat tulah yang menarik minat anak2 kite.
Semua nak jadi hero,semua nak jadi hebat..
Mustahil ibubapa nak tengok anak mati tergelimpang macam tu.Semua ibubapa nak anak berjaya.
Walaupun ada ibubapa yang endah tak endah je kat anak2.Biasanya golongan  yang kurang ilmu.
Jika semua ibubapa jaga anak sesempurna mungkin,pasti tak ada kelibat kanak2 kecil main basikal malam2 buta.Opps!bukan malam2 bute!tapi pagi2 bute!
Pukul 3 pagi tu sepertiga malam untuk kite munajat pada ilahi.Siapa yang dapat bangun,dialah insan paling bertuah.
Tapi....dah anak2 je kot?...Akal pun separuh tiang.
Pada mereka munajat apanya?kami dosa masih tak banyak lagi!Mak Cik Pak Cik yang sesuai bermunajat sebab dah tua!Dosa melambak 2.
Mungkin itulah bahasa mereka buat kite semua.

Jadi siapa sebenarnya yang salah?
Bagi teman semua pihak salah.Dari ibubapa,anak,polis,pemerintah,masyarakat semua....SALAH!
Tak perlu tunding2 jari ke satu arah,tuding pada diri sendiri.Teman pun salah....
Kalau nampak budak2 nakal,teman pun tak tegur.Teman akan kata lantak ko lah budak!emak bapak ko mana?pandai2 lah nak hidup.Teman pun antara ahli masyarakat yang tak prihatin dan patut di persalahkan.

Pemandu salah?
Comfirm!dari segi undang2 termaktub,sesiapa sahaja yang langgar objek dari belakang hukuman tetap ke dia.Kelmarin ada kereta sondol kereta teman dan sebuah lagi kereta.Akibatnya...insurance dia kena tanggung 2 kereta di hadapan.
Maknanya....suka tak suka....pemandu tu patut di pertanggungjawapkan atas kematian 8 anak2 ni.
Kenapa mesti kata dia tak salah dan bebas?
kalau teman jadi ibubapa anak2 tu...pasti teman tak akan lepaskan dia.Dia bukan langgar anak kucing tapi langgar orang kot?
Salah besar tu!

Adat manusia....
Bila dah tergelempang mayat ,baru rasa menyesal tak terhingga.
Nangis air mata darah sekali pun!
Kanak2 tu tak akan hidup balik....
Satu perlu kite ingat...kanak2 tu pelajaran buat kite,ALLAH ambil mereka dengan cara begitu pasti ada sebabnya.Untuk buka mata kite semua.Untuk didik jiwa kite agar sentiasa sedar...
MATI ITU PASTI
dan
KECUAIAN KITE AKIBATNYA PADA ORANG LAIN.

Takziah buat adik2 malang....
Semuga adik2 tenang di sana....





Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK