KISAH LAMA..

SURATAN ATAU KEBETULAN

Kisah ni berlaku 1981,masa tu teman tingkat 1.Dalam kelas tu ada beberapa budak lelaki yang nakal mengalahkan SETAN!
Sehari tak menyakat kawan,mungkin badan mereka bisa2 dek kegatalan yang melampau.

Satu hari,seperti biasa...
Teman tunggu bus awam untuk balik ke rumah.
Teman,kawan baik,DIA,fadzil,Mazlan dan beberapa lagi kawan.
Sedang kyusuk berdiri di atas tebing tepi jalan,tetiba terasa melayang badan ni jatuh menyembah bumi.
Teman menangis dek sakit,malu,terkejut dan 1001 macam perasaan lagi.
Masa dalam bus pun,DIA dan Fadzil pot pet ketawakan teman.

Kisah tu tamat di situ.Teman pun tak jumpa DIA lagi.
Hujung tahun lepas,DIA add teman dalam FB.Teman belek gambar dia...
SUMPAH!teman memang dah lupa muka DIA.Tapi nama tetap terpahat dalam kepala otak ni.

Teman risik2 dengan kawan2...sipolan tu DIA ke?
SAH!kawan2 kata DIAlah siapa lagi?

Satu hari teman beranikan diri bertanya...
Aku dah simpan soalan ni 35thn dan harap soalan tu akan terjawap hari ini.
DIA kata apa?
Teman tulis begini....
AKU NAK TANYA KAU SATU PERKARA,LAMA AKU PENDAM.35THN KAU TERTANYA2,KAU PERNAH TENDANG AKU.
KENAPA?
ITUPUN KALAU KAU NAK JAWAP...
KALAU TIDAK AKU AKAN SIMPAN SOALAN NI SAMPAI MATI...
Jawapannya....
Dululah...masa tu kita yang berakal ni kan suka mengusik antara satu sama lain.So hati ni ada juga berkenan dengan ko..
Tapi masa tu ko sombong.Maklumlah ada rupa dan wajah.
Fadzil yang suruh aku tendang ko...
Tu je jawapan dia....Tiada maaf tiada penyesalan....
Fadzil yang dia maksudkan tu dah lama meninggal dunia dek sambaran petir.Nak bertanya hambaALLAH tu dah tak ada..
Makanya...suka tak suka kite dengar je le alasan dia..
TAMAT...

Awal bulan Jan 2017...
Teman dengar dia kemalangan...
Kaki kiri kena potong kerana tersepit akibat hentakkan kuat dari depan.
Spontan hati ni kata....akibat tak tahu guna kaki,ALLAH beri kau kaki bukan untuk tendang aku!

kawan2 yang tahu cerita hantar pesanan ringkas kat teman..
Eh!kaki dia kena potonglah.Kesian.....
Teman tak rasa kesian....
DIA dah sakitkan hati teman,dah malukan teman depan orang ramai.
Masa tu teman masih ketegori kanak2...
Belum tahu nak balas tapi tetap ada rasa malu.Masa tu orang semua pandang semua orang tertanya....kenapa nangis dik?
Teman diam je...

Semua tu dah lama berlalu...
Hari ni....DIA telah di duga ALLAH .Sebelah kaki yang dulu kuat untuk tendang orang sampai tersungkur meyembah bumi,sekarang tak lagi...
Kaki tu dah di tanam awal di pinggir kuburan hujung taman perumahannya.

Untuk DIA....
Aku tak dendam...
Tapi....tulah....
doa orang teraniaya akan di dengari TUHAN,cuma tak tahu bila sahaja ALLAH akan tunaikan untuk kite.
Yang penting....
Hingga hari ini tiada lagi baris ayat kemaafan untuk aku..
So...
Fikir fikirlah ya....
Wassalam


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH