HANTARAN TINGGI

WAJAR KOT?



Sibuk di perkatakan hantaran kahwin semakin tinggi melambung.
Pada teman okay kot?Semua harga barang kan NAIK tinggi?Belum lagi GST bagai.
Cuma jangan le melambung sangat.Setakat bawah 20K.Masih masuk dek akal kot?Tapi bagi golongan kaya raya,artis2 jelita....200K masih boleh diterima pakai.

Zaman teman,bawah 5K.Sekitar tahun 90 an.Hantaran bawah 5K pun dah kena umpat.
Mahal lah,setakat SPM apalah sampai LIMA RIBU?Pandai apa?
lepas kahwin...mak cik mak cik pihak lelaki akan giat2...mana menantu LIMA RIBU?Nak tengok sikit...
pandai apa?cantik ke?..
HUH!Macam2 hal!Walhal.....baru LIMA RIBU kotttt?

Teman ada 3 anak dara.Teman pun akan kenakan hantaran tak tinggi tapi menesabah.
Teman bukan nak jual anak.Tapi teman fikir demi kebaikan bersama.
Lepas kahwin anak2 teman akan jadi menantu,isteri,ibu,pengasuh,guru,amah,tukang dobi,jaga malam,tukang masak,cleaner...pemuas nafsu,kilang anak dan lain2 lagi.
Setakat 20K untuk semua tu...teman rasa patut kot?
Bayangkan....anak teman akan menjawat 1001 macam jawatan.Bayangkan?Patut atau tak kalau hantaran tu mahal sikit?
Fikirlah...secara logik.Jangan fikir ikut emosi,tapi fikirlah dengan logik akal yang waras.

Bukan teman nak jual anak,tapi teman rasa sesuai yang amat sangat.Tu belum lagi dapat suami kaki tinju.Kaki pukul.
Teman jaga anak bak menatang minyak yang penuh.Sampai ke dia,lunyai di kerjakan.
Kalau dapat suami baik budi....syukur pada ilahi.
Kalau dapat suami macam SETAN!subhanaALLAH,mohon ALLAH lindungkan anak2 kite dari penderaan zahir bathin.

Orang ramai boleh kata macam2.Tapi bila terkena batang hidung pasti akal bergerak waras.
Hantaran tinggi bukan untuk menunjuk nunjuk...
Semua tu untuk merealisasikan impian setiap anak2 gadis.
Mereka kahwin sekali je,seumur hidup. kecuali kes2 tertentu.
Berkahwinnya mereka bermakna putus sudah kehidupan girang mereka.Biasa boleh bangun pukul 12 tengahari,sebaik berumahtangga.....jam belum bunyi mata mereka dah terbuka besar.Orang dah tidur lena....mereka masih berjaga melayan anak2 merengek malam.Belum lagi suami merengek manja nak di belai.
Sahabat kata...pahala....tak nak pahala ke?
Benar ALLAH beri pahala.Tapi...apalah salahnya....suka kan hati calon isteri tu.
Wang boleh di cari,nilai kebaikan dari perkahwinan tu belum tentu terbalas.
Ditangan kami mereka membesar,menjadi anak dara yang sihat......
Bila sampai jodohnya,tak salahkan meminta sedikit himbuhan untuk diri mereka.Hantaran tu bukan untuk mereka simpan,tapi untuk di pakai....menyediakan majlis sebaik mungkin.Menyediakan diri serapi boleh.....
Pendek kata....pihak perempuan ingin menyukakan diri sendiri pada satu hari yang istimewa.
Jika tak suka.....teman nak nasihatkan.....
Tak payah le kahwin kalau berkira sangat.


Sahabat kata...masalahnya....hantaran sekarang ikut kelulusan akademik!
Teman jawap...okaylah....ibubapa dah hantar anak2 belajar tinggi2,akademik yang baik akan melayakkan mereka menjawat jawatan baik dengan gaji yang lumayan.
Semua tu untuk siapa?
Untuk bantu lelaki kan?
Jadi...tak payah le berkira sangat.
Apa yang pihak perempuan tentukan.....BAYAR je......
Kalau tak mampu.....elok le bujang sampai tua.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK