BILA PEROGOL BERSIRI BALIK MALAYSIA

SELVA KUMAR SUBBIAH BUAT ORANG RAMAI KECUT PERUT!



Dua minggu lalu,keluar berita seorang perogol bersiri yang bernama seperti di atas akan pulang ke Malaysia.
Alamak!takutnya....
Semua mengeletar kepala lutut!
Teman turut sama...teman ada anak dara wehhh!
Seram juga fikirkan semua ni.

Sabah awal2 dan banned lelaki ni,negeri lain belum beri respon...
Mungkin mereka fikir...apalah sangat si Selva ni.Bukan muda lagi pun,dah makin tua.
Walhal...dia dah cabul lebih dari SERIBU wanita termasuk tua dan muda.
Di tangkap di Kanada dan dipenjara selama 24thn.Dah tiba masanya dia BEBAS bak burung terbang.

120 orang wanita tampil tuntut keadilan sehingga lelaki India ni berjaya di sumbatkan dalam penjara.Polis Kanada lebelkan Si Selva sebagai penjenayah paling merbahaya dan cenderung merogol lagi.Dan kemungkinan kali ini membunuh.

Ini bukan perkara main main.Selva sepatutnya tidak di terima di Malaysia.Patutnya dia di asingkan.
Sahabat tanya di mana?
Dalam hati tertanya tanya juga...di mana ya?Pulau Jerjak dan moden.Tak macam dulu tempat penjenayah di asingkan.
Di mana pula kite nak humban dia?
Suami kata.....buang daerah je...maknanya kemana sahaja dia kena di pantau.
Dalam hati......macam mana le penerimaan keluarganya.Mesti mereka masih ada di Malaysia.

Anak tanya kenapa Malaysia terima?
Teman jawap...dah ini negara dia,kalau kite tak terima mana pulak dia nak tinggal?
Tanda soal mula membiak di kepala.
kemana?kalau planet marikh dah boleh di huni,pasti Selva boleh di letakkan di sana.
Mungkin lah.....
Sedapkan hati...umur dia dah tua,56thn tak kan masih KUAT untuk merogol?
Sahabat kata hallooooo....selagi orang lelaki boleh angkat sebaldi air,selagi tu seks dia masih kuat!
OMG! lelaki ooo lelaki....Macam2 hal lah!

Paling  biadap,Selva boleh ketegorikan mangsa ikut suka.Yang best group A,yang tak best group E!
Setan betul kan?sempat bagi markah!
Biadap macam manusia tak bertamaddun.

Dalam hati...siapa agaknya ibubapa dia?
Siapa yang akan jemput dia di KLIA?Siapa?
entahlah....
Semuga ALLAH kurniakan hidayah buatnya.





Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH