Posts

Showing posts from February, 2017

CELOTEH ANAK

SELUO PENDEK

Satu hari....
Ibu...Ibu berdosa sebab biarkan Akif pakai seluo pendek.
Teman terpaku sejenak.
Mak aiii sampai kesitu?

Teman jawap...seluo tu bawah lutut kan?
Dia jawap tak lah,atas lutut..
Teman cuba ingatkan...atas ke bawah lutut?lupa lah...tak perasan langsung!

Ibu berdosa sebab ibu tak ajar dia...
Mak aiii!lagi PARAH!ibu tak ajar dia?OMG!sakitnya kepalaku ini!
Teringat si abang yang suka sangat pakai seluo pendek kelabu.Teman tahu dia cukup suka pakai seluo tu.Bila teman jumpa dia,seluo tu dah macam pakaian seragam.MESTI tulah seluo yang dia pakai.

Esok pagi...teman nampak seluo tu dalam bakul baju kotor,teman ambik terus masukkan dalam tong sampah!
Semalam...si abang tanya...
Ibu,nampak tak seluo pendek Akif?
Teman jawap tak...
Dia kata lagi tak adalah..Akif dah cari tak jumpa.
Teman jawap cuba lah carikan gobok yang macam tempat kucing beranak tu!
Dia jawap dah!Akif dah cari...
Teman angkat bahu pura2 tak tahu...
Dalam hati...seluo tu dah sampai kat pusat pembuangan …

BULI...

TAK SEPERTI YANG DI HARAPKAN....

Petang tadi teman gi lawat anak bujang kat asrama.Sampai kat pintu depan teman turun untuk tulis nama kat buku blog pelawat.
Jaga tu tanya teman...
Tu anak akak?
Teman pandang kearah yang di tunjuk tu...Teman nampak Alif sedang memerhatikan teman dari jauh,memberi isyarat tunggu sekejap.
Jaga tu kata lagi...oooo itu anak akak,kelmarin saya nampak ada seorang budak kat pondok lama tu.Saya ingat perempuan,tapi tak pelik kenapa tak berstokin.Saya pergi dekat,nampak anak akak sedang duduk sorang kat situ.Saya tanya kenapa duduk sini,dia diam je...
Saya asak lagi..kenapa awak duduk sini?
Dia kata...ada budak buli..
Saya tanya buli macam mana?
Dia kata buka2 seluar saya..
Saya kata...mari ikut abang jumpa ustaz.Jangan biarkan budak buli awak..
Dia ikut je...
Sampai kat pejabat saya serahkan pada ustaz untuk kendalikan dia..

Teman tanya dia ada sebut siapa yang buli dia?
Jaga tu jawap tak ada pula kak,mungkin dengan ustaz dia ada beritau,saya tak pasti tang t…

KISAH LAMA..

SURATAN ATAU KEBETULAN

Kisah ni berlaku 1981,masa tu teman tingkat 1.Dalam kelas tu ada beberapa budak lelaki yang nakal mengalahkan SETAN!
Sehari tak menyakat kawan,mungkin badan mereka bisa2 dek kegatalan yang melampau.

Satu hari,seperti biasa...
Teman tunggu bus awam untuk balik ke rumah.
Teman,kawan baik,DIA,fadzil,Mazlan dan beberapa lagi kawan.
Sedang kyusuk berdiri di atas tebing tepi jalan,tetiba terasa melayang badan ni jatuh menyembah bumi.
Teman menangis dek sakit,malu,terkejut dan 1001 macam perasaan lagi.
Masa dalam bus pun,DIA dan Fadzil pot pet ketawakan teman.

Kisah tu tamat di situ.Teman pun tak jumpa DIA lagi.
Hujung tahun lepas,DIA add teman dalam FB.Teman belek gambar dia...
SUMPAH!teman memang dah lupa muka DIA.Tapi nama tetap terpahat dalam kepala otak ni.

Teman risik2 dengan kawan2...sipolan tu DIA ke?
SAH!kawan2 kata DIAlah siapa lagi?

Satu hari teman beranikan diri bertanya...
Aku dah simpan soalan ni 35thn dan harap soalan tu akan terjawap hari ini.
DIA kata …

TRAGEDI BERBASIKAL DI WAKTU AWAL PAGI

Image
8 MAUT SELEBIHNYA CEDERA DAN MASIH DIRAWAT


Dalam group ada gambar2 tu...
Tapi teman tak endahkan,tak buka pun....Bukan tak minat tapi line cukup lembab!selembab siput babi ketika berjalan.
Sehari selepas tu...baru teman faham..
Tu pun lepas orang cakap cakap...

JOHOR BAHRU: Lapan remaja lelaki maut manakala 8 lagi cedera termasuk 2 kritikal apabila basikal mereka dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata dalam kejadian 3 pagi itu, sekumpulan 20 hingga 30 remaja berbasikal dipercayai menghalang Jalan Lingkaran Dalam dan jalan sekitar sebelum dirempuh seorang pemandu wanita. Katanya, pemandu berusia 22 tahun dari arah Taman Pelangi di sini dipercayai tidak sempat mengelak lalu merempuh kumpulan remaja berkenaan yang berusia antara 13 dan 17 tahun itu. “Mangsa yang cedera masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah. “Pemandu wanita itu juga cedera ringan d…

BILA TERLALU TERTEKAN

KITE BOLEH JADI GILA!

Bila kite tak mampu kawal perasaan.Kite akan jadi sakit.
Perasaan sakit,hati sakit dan jiwa raga pun sakit.
Sahabat teman di sahkan stress melampau,hingga terpaksa menelan ubat penenang.
Masa dia cerita mungkin teman memandang dengan pendangan berbeza.Hingga dia kata..
kenapa pandang saya macam tu?ingat saya gila?
Teman tersedar...tak lah....
Dalam hati...kalau bukan gila!apa lagi maksud ubat tu?
ISH!menakutkan je...

Semalam saya jumpa doktor,buat test macam2...
Doktor kata punca dari tekanan perasaan yang saya sedang hadap ni.
Teman tanya apa yang kamu ingat?
Dia jawap adalah kak....
Teman tanya lagi ceritalah sebabnya,mungkin akak boleh jadi ingatan.
Dia kata saya terlalu tertekan,bila perasaan tu datang saya tak boleh tido,cepat mengamuk!Rasa gemuruh dan dada sakit.
Teman hanya mampu kata ooooooooo..
Selebihnya tak faham....Pada teman ikut sangat perasaan kot?walhal bende boleh settle kot?

Selalu bila teman nasihat,dia selalu kata...
Akak tak rasa apa yang say…

MISTIK

HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU

Kebiasaannya,teman paling lewat tido.Berdeco selalunya.kadang2 sampai pukul 2 pagi.Tu limit masa yang teman mampu untuk bertahan,nak tahajjud tak tido lagi,maka tertido lah teman sampai ke pagi.Terasa rugi tak mampu berjaga malam.Apakan daya ternyata teman makhluk TUHAN paling lemah.Ada rasa ngantuk,lapar dan sebagainya. Kenapa malam? Siang,teman sibuk uruskan anak2.Ambik,jemput,masak mengemas,mencuci... Pendek kata....tak sesuai nak berdeco barang pelanggan.Idea boleh terbantut dek urusan harian yang melambak lambak.
Hanya kucing2 jadi peneman,menanti tuan sibuk berdecoupage.
Kelmarin,jam lebih kurang pukul 12.30malam.Sedang asyik berdeco bagai,teman terhidu bau sangat wangi.Bukan wangi sikit tapi wangi banyak! Bau seakan bunga bunga an...Bunga tanjung atau melor layaknya.Biasa kalau suami nak solat,dia akan pakai minyak atar.Masalahnya.....suami teman dah tido.ZZzzz
Dah selubung penuh badan. Terfikir di hati...dari mana datang bau tu?
Orang kata jangan t…

HANTARAN TINGGI

Image
WAJAR KOT?



Sibuk di perkatakan hantaran kahwin semakin tinggi melambung.
Pada teman okay kot?Semua harga barang kan NAIK tinggi?Belum lagi GST bagai.
Cuma jangan le melambung sangat.Setakat bawah 20K.Masih masuk dek akal kot?Tapi bagi golongan kaya raya,artis2 jelita....200K masih boleh diterima pakai.

Zaman teman,bawah 5K.Sekitar tahun 90 an.Hantaran bawah 5K pun dah kena umpat.
Mahal lah,setakat SPM apalah sampai LIMA RIBU?Pandai apa?
lepas kahwin...mak cik mak cik pihak lelaki akan giat2...mana menantu LIMA RIBU?Nak tengok sikit...
pandai apa?cantik ke?..
HUH!Macam2 hal!Walhal.....baru LIMA RIBU kotttt?

Teman ada 3 anak dara.Teman pun akan kenakan hantaran tak tinggi tapi menesabah.
Teman bukan nak jual anak.Tapi teman fikir demi kebaikan bersama.
Lepas kahwin anak2 teman akan jadi menantu,isteri,ibu,pengasuh,guru,amah,tukang dobi,jaga malam,tukang masak,cleaner...pemuas nafsu,kilang anak dan lain2 lagi.
Setakat 20K untuk semua tu...teman rasa patut kot?
Bayangkan....anak teman aka…

BILA PEROGOL BERSIRI BALIK MALAYSIA

Image
SELVA KUMAR SUBBIAH BUAT ORANG RAMAI KECUT PERUT!



Dua minggu lalu,keluar berita seorang perogol bersiri yang bernama seperti di atas akan pulang ke Malaysia.
Alamak!takutnya....
Semua mengeletar kepala lutut!
Teman turut sama...teman ada anak dara wehhh!
Seram juga fikirkan semua ni.

Sabah awal2 dan banned lelaki ni,negeri lain belum beri respon...
Mungkin mereka fikir...apalah sangat si Selva ni.Bukan muda lagi pun,dah makin tua.
Walhal...dia dah cabul lebih dari SERIBU wanita termasuk tua dan muda.
Di tangkap di Kanada dan dipenjara selama 24thn.Dah tiba masanya dia BEBAS bak burung terbang.

120 orang wanita tampil tuntut keadilan sehingga lelaki India ni berjaya di sumbatkan dalam penjara.Polis Kanada lebelkan Si Selva sebagai penjenayah paling merbahaya dan cenderung merogol lagi.Dan kemungkinan kali ini membunuh.

Ini bukan perkara main main.Selva sepatutnya tidak di terima di Malaysia.Patutnya dia di asingkan.
Sahabat tanya di mana?
Dalam hati tertanya tanya juga...di mana ya?Pul…

CELOTEH ANAK

KADANG2......MAMPU TERAPI JIWA

Pekan teman ada sarkas.Kalau dulu,abah teman selalu bawa kami adik beradik piii tengok sarkas.Di temani gula2 kapas,kami saksikan sarkas.Orang berbuai2 di aras tinggi,lompat sana lompat sini.Ada harimau,masuk gelung keluar gelung.Ada orang hutan panjat sana sini.
Itu yang ada dalam ingatan teman.

Teman kata....jom kite pergi tengok sarkas!
Tahu apa jawapannya?
Tak mahulah,jika kite aniaya binatang,nanti kat akhirat,binatang akan aniaya kite pula.Saya tak minatlah.
Teman tanya siapa ajar adik?
Dia jawap...ustazahlah...
Ustazah juga!walhal....teman ulang2 kata benda yang sama.Tak di layannya.Kata ustazah juga di guna pakai.
Alahai anak2....ustazah pendidik di luar rumah,Ibu pendidik di dalam rumah tau tak?
Ingat ibu2 kat luar ni binggai sangat ke?
Citttt!

MINYAK NAIK LAGI...

ENTAH KE BERAPA KALI.....

Semalam di umumkan MINYAK NAIK LAGI!kali ini.....20 sen sahaja.
APA?20SEN SAHAJA?
SubhanaALLAH!rakyat sedang makan hati berulamkan jantung.
Anak teman tanya.....kenapa minyak asyik naik je.?
Teman jawap kerajaan tak ada duit....

Semalam,terbaca satu berita...mungkin minyak akan NAIK LAGI.
hahaha...mati beranggan le kite semua.
Tengah2 semput,terus tenat!

Mudah sungguh kerajaan MALAYSIA buat kerja.Tak ada dana,kutip duit dari rakyat.
Mudah kan?
Lepas tu...keluar kenyataan seolah2 rakyat tak pandai berterima kasih.
Walhal....mereka sepatutnya berterima kasih pada rakyat yang bertungkus lumus menyara hidup mereka sehingga kaya raya mengalahkan SULTAN!

TUHANKU..TOLONGLAH KAMI.....
LINDUNGI KAMI DARI KERAJAAN YANG ZALIM.