PERMOHONAN KE SEKOLAH AGAMA

INGAT SENANG2 JE BOLEH MASUK,RUPA2NYA......
ALAHAI......

UPSR tahun ni...ehmm......semua kecepes!
Kusangka 6A rupanya angkut bawa balik A je.....lagi 5A simpan dalam mimpi.
Grrr....

Teman bukanlah bercita cita tinggi2 sangat,lepas syarat masuk sekolah agama pun dah okay..
Teman bukanlah nak masukkan dia sekolah handal2 sangat,sekolah kat simpang rumah tu pun dah okay...
Teman tak pernah terfikir tinggi2 sangat takut patah hati.Jika dah patah hati,hidup pasti tak keruan.

Kawan2 kata...cubalah minta sekolah kat Batu 1o tu?Sekolah Maahad bantuan kerajaan.
Teman hanya jawap okay nanti saya pergi..
Masa mula2 pergi jengok2 sekolah tu,biasa je,seperti sekolah agama biasa tapi di bawah kawalan kerajaan,teman tak minat sekolah2 swasta takut tak di ikhtirafkan,teman tak mahu perjudikan masa depan anak.Dalam hati,jadilah....dekat dengan rumah,10 minit boleh sampai.
Suami pun kata..tak payah jauh2.
Tambah2 lagi anak teman tu ada semput,walau tak parah tapi semputnya datang tak kira masa.Sesuka je..Anak2 yang lain pun tak galakkan jauh2,biar dekat senang nak ziarah.
Ibu masukkan asrama ,ibu dah fikir macam mana makannya,dia kan cerewat?
Teman jawap pandai lah dia,lapar nanti tahu le dia makan.
Ibu tak takut ke jadi macam sek kat Ipoh tu?tanya si anak sulung lagi.
Teman terdetik hati....takut memang takut,tapi...apa nak buat,kite kena cuba untuk dapatkan perdidikan islam yang baik.Jika tak di mulakan dari tingkatan 1,macam mana nak capai matlamat melainkan hantar sekolah swasta.
Sekolah swasta bukan murah,anak2 teman 3 orang masih menuntut kat 3 U berbeza.Seorang kat UIA,seorang kat UNIKL,seorang kat MSU Shah Alam,semua makan duit je..melainkan UIA,kos agak murah sebab IPTA.
Inilah antara sebab mengapa rakyat tuntut pendidikan percuma.
Pendidikan percuma untuk kesejahteraan rakyat.
Bandingan terlalu nyata.IPTA kos keseluruhan yang teman dan suami keluarkan selama anak tu belajar hanya lah bawah RM11k,jika di IPTS anak kedua teman awal2 dah hutang RM25k hanya untuk pengajian,bulan2 menyesakkan juga apatah lagi duduk belajar kat tengah bandar.
Anak ke 3 teman yang belajar di MSU Shah Alam,lagiii......senak dada.Pengajian setakat Diploma,satu course RM29k,mohon PTPTN dapat ciput je..lebihan tu ayahnya kena keluar duit sendiri.Belum lagi bulan2,belum lagi projek perbagai.
Semua tu buat suami teman tua cepat.
Nak tambah lagi dengan sek agama swasta?
Aduhai....tak mempu rasanya....Kesian...letih cari duit,tapi tak kaya kaya.Habis bulan habis gaji.
Sahabat teman selalu pesan...jimat!jimat!ekonomi gawat sekarang ni.
Dalam hati yalah tu.....Nak jimat macam mana,teman pun tak tahu.
Dia kata lagi.simpan duit,anak2 nak sekolah!
Jujurnya...pesanan tu baik,untuk peringatan di hari mendatang.
Masalahnya?
Nak jimat macam mana?duit gaji kecik.Dengan duit gaji tulah!teman hidupkan anak2.Sekolahkan,berikan keselesaan sebaik mungkin.
Teman tak ada beli yang bukan2,semua duit gaji suami teman habis pada keperluaan asas.
Teman tak membazir beli hand bag beribu2,paling mahal RM1600.00 sahaja.
Itupun hadiah perkahwinan yang entah ke berapa,teman dah lupa..

Balik pada isu kat atas,sangkaan teman meleset,teman fikir hantar borang dan comfirm!dapat masuk.
Anak teman kena panggil untuk ujian bertulis dan ujian lisan.
Mujur dia boleh jawap.Bila teman tanya...ustaz tu tanya apa?
Dia jawap mengaji,tajwid dan hafazan.
Teman hanya mendengar,teman tak bimbang sebab anak teman pandai bab Islam.Selalu dia kata...dia orang islam,mestilah tahu bab islam.

Lepas ujian....teman masih tak dapat2 lagi keputusan,rasa nak call je...takut mereka rasa teman terdesak.Sabar...
Tunggu lagi....
Balik dari kampung,terus buka peti surat.Nampak sekeping surat beralamat sekolah itu.
Keputusan?
Pelajar simpanan ke 3 daripada 20 orang.
Aduhai......
Kena tunggu lagi....
Potensi?
99.9% DAPAT!
Semalam...suami kata,sekolah Maahad tu call,suruh datang ambil surat tawaran.
Alhamdulillah....akhirnya teman dapat tempatkan anak bujang teman kat sekolah agama.
sahabat kata sekolah biasa pun ada agama kan?
Teman jawap ada tapi sikit,sekolah ni pendidikan agamanya banyak!
Sahabat kata sama je..
Teman jawap tak sama.Pendidikan Agama Islam seminggu sejam tak sama dengan Pendidikan Islam hari2!
sangat jauh bandingannya.
Sahabat akur...yalah...tahniah..

Kesimpulan,bukan senang rupanya nak masukkan anak ke sekolah2 agama melainkan mereka memenuhi syarat yang di tetapkan.
Sijil2 penilaian sekolah agama hanyalah syarat sampingan.Selebihnya hanya untuk di tempelkan kat dalam fail.
Sekadar pandai mengaji,membaca dan menulis jawi sudah cukup kuat untuk meletakkan diri kat sekolah2 terbaik.
Selebihnya hanya ALLAH sahaja yang tahu.
Sekian.....


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH