MERCUN DI MALAM CNY

BAGAI BOM DI NEGARA PERANG SAHAJA.

Tepat pukul 12tghmlm,akan ada bunyi letupan kuat.
Macam tu le selalunya.Berdentam dentum menyambut Tahun Baru Cina.
Mereka kata...mercun untuk sambut TUHAN mereka turun dari langit.

Kekuatan bunyi bukan menakutkan kite,kucing2 teman pun tak keluar dari tempat persembunyian.
Menyorok hingga keadaan benar2 selamat.
Teman buka pintu luas,JOM!JOM!keluar!sekor pun tak keluar...
Semua tetap menyorok ditempat tersembunyi.

Meriah?
Mestilah meriah.Kite rakyat Malaysia,dah biasa dengan suasana macam ni...
Masing2 ada budaya sendiri.
Gong xi Fa Chai....teman ucapkan kat jiran tetangga.
I tak sambut,I kristian....
Teman jawap....Kristian agama kan?Tahun Baru Cina...budaya kan?
Dia jawap....yes!...
Teman kata...maknanya u boleh sambut,sebab ini hanya budaya.I juga boleh wish kat u sebab ini bukan perayaan agama.
Dia jawap i see....
Dalam hati...pengetahuan am kurang.HUH!sebab tu susah nak faham.Sebab tu.....selalu fikir islam tu ganas.walhal.....kau sendiri tak mahu tahu beza agama.Kalau kau faham,kau mesti tak akan kata apa2,sebab agama anutan dan kefahaman masing2.

Balik pada mercun yang berdentam dentum,teman akui....teman dan keluarga tidak pernah fikir ini satu masalah.Pada kami.....raya memang di sambut meriah.Tak kira apa bangsa sekali pun.
TITIK....
Tiada masalah bukan?
Buka minda,jangan terlalu sensitif.
Kenapa akak duduk kat jiran2 lain bangsa?
Itu soalan lazim dari kawan2.
Dulu panik tak tahu nak jawap apa...
Sekarang tak lagi,teman akan kata...Nabi dulu,jiran dia islam ke?Jiran2 Nabi melayu kah?
Jawapan tu cukup berkesan,selepas kejadian tak siapa berani tanya.....
Betul kan?
Dulu zaman Nabi,semua jiran tetangga agama islam ke?
Tak kan?,,,
Lepas Nabi sebarkan islam baru sedikit demi sedikit masyarakat di situ baru mula kenal islam.

Itulah yang berlaku..
Mana tau....berkat teman duduk di sini,jiran2 akan kenal islam.
Hidayah kan milik ALLAH,Hanya ALLAH yang layak anugerahkan hidayah kepada siapa sahaja yang ALLAH suka.
InsyaALLAH....

Happy New Year ...

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK