IKAN KEMBUNG NAIK HARGA

LEPAS NI IKAN TAMBAN JADI PILIHAN....

Semalam kite piii pasar..
Ikan kurang,tokey kata laut gelora,nelayan tak berani nak ke tengah laut.Mereka tangkap ikan kat persisiran pantai jerrrrr....

Itulah alasan yang selalu kite dengar kan?
Tup tup..esok lusa ikan naik harga.
Begitu lah...caranya para pemborong ikan naikkan harga.
Lagi2 dah raya cina.
lagiiiilah mahal nak mampus!

Teman nampak ikan kembung cantik2,putih berkilat!mata pun tak nampak busuk,teman nampak cerah dan segar.Kat area tempat tinggal teman...ikan di jual segar2 belaka.Jarang teman jumpa ikan mata merah macam mat gian.Yang selalu teman jumpa mata ikan tu seksi2 belaka.Putih bersinar sinar.
Pelanggan sebelah kata awak tengok tu...sekilo ikan kembong dah jejak RM12inggit,kelmarin baru RM8inggit...
Ish!mentang2 minyak 20 sen.Jadi wajib pulak peniaga2 lain naikkan harga.
Menteri kata tindakkan bakal di ambil kepada sesiapa yang naikkan harga.
Masalahnya....
Kerajaan kite tak ada POWER!sepatutnya.....Arahan keluar dari mereka,barulah peniaga gerun.Tapi sebaliknya...peniaga yang beri arahan dan kerajaan akhirnya akur dan gerun....
OMG!kite dah tak ada power!
Kite dah tak boleh kawal peniaga.Para peniaga dah kawal kite semua.
Sedihnya...

Bila peniaga bising2,menteri keluarkan kenyataan...harga barang naik tidak boleh di elakkan ,termaktublah janji dan akhirnya kite yang kalah...
Itu belum lagi harga2 barangan yang lain.Santan nak masak kari pun naik.Kembung naik,santan naik,kari naik ..pendek kata semua naik!
Yang tak naik hanyalah gaji dan harga diri kite semua.
Yang telah di pijak oleh pemerintah.

Zzzz

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK