HAPPY NEW YEAR 2017

UNTUK SEMUA RAKAN BERBANGSA CINA.

Teman tinggal kat area jiran tetangga cina semua.
Sahabat selalu gelakkan teman....tapi tak kisahlah.Asalkan teman bahagia.
Orang Cina sambut raya macam orang melayu atau bangsa2 lain.

Persediaan mereka pun sama...
Kemas rumah,lampu lap lip persis dalam disko.
Sahabat kata....semua jiran u lampu merah,Rumah u je lampu kuning.
BENAR....
Rumah teman sahaja berlampukan neon kuning berderet di bumbung.

Anak2 pulang ke kampung....
Kite dapat rasa kemeriahan menyambut New Year.
Limau bertukar tangan.Setiap tahun seorang tokey kedai akan datang rumah teman bagi limau sekotak.
Setakat ni tak pernah misss!
Amoi!ini limau kasi makan aaa....
Itulah ayat yang selalu dia kata bila hantar sekotak limau.
Siapa kata berjiran dengan bangsa lain tak seronok?
Bagi teman biasa je.....lagi okay kota?
Kenapa teman kata macam tu...
Tiada persaingan.Tiada dengki mendengki.Kalau jiran dengan melayu...
selalu bergossip.Selalu bertandang bercerita hal orang.
Bila dah jiran cina atau India?
Nak bercakap pun tak tahu!

Belakang rumah teman cina,tepi cina,depan cina,sisi pun cina.
Kenapa beli rumah kat situ kak...?tanya seorang ustazah...
Teman jawap senang je...
Dulu2...Nabi kite berjiran dengan melayu ke?jiran Nabi islam ke?
Akak duduk di situ untuk memberi rahmat dibumi tu...
ALLAH dah aturkan perjalanan hidup...
Mungkin satu hari nanti,jiran tetangga ni mendapat hidayah.Mana kite tahu...
Selagi tak mati....kite tak tahu siapa mereka satu hari nanti.
Yang pasti...teman selalu berharap...agar satu dua jiran teman akan jadi islam.
InsyaALLAH.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK