DURI DALAM DAGING

BISANYA TAK TERPERI

Jari teman tercucuk duri masa nak ambil Lucky dalam rimbunan pokok2 tepi rumah.Lucky kucing hitam teman yang comel dan manja.
Teman kuis2 duri tu tapi terlekat dalam jari.
Tak nampak di mata tapi rasa ada di situ.
4 tempat,satu terasa sakit bukan main lagi.

Balik dari kelas,teman terus pergi klinik.
Doktor...saya tak sakit,hanya tertusuk duri di jari.Teman hulur jari jemari.Doktor pekse dan geleng kepala.Banyak nya!macam mana ini boleh berlaku?hahaha...bahasa doktor cina mengelikan hati.
Saya nak ambil kucing tak perasan ada duri kat situ jawap teman meloyar buruk.
ooo....bagaimana kucing ada di dalam?
Teman macam nak pengsan!mana saya tahu doktor...dia okay saya yang tak okay.
Doktor berbaju cheongsam kaler susu terus membelek jari jemari teman.
Beginilah,saya akan beri satu suntikan tahan sakit,dah akan mula keluarkan duri2 di dalamnya.
wah!besar juga masalah ni...ingat sikit je...dalam hati teman kata macam tu.
Teman biarkan je doktor buat kerja dia...
Dia bangun,duduk,suntik kat jari ubat bius dan jari mula rasa kebas.

Dia mula operasi,menguis nguis duri guna jarum.Tak potong tapi kuis2 je....
Kenapa sampai pergi klinik?
Nak tahu kan?
Teman rabun,tak nampak apa2 pun.Kalau dulu boleh buat sendiri,sekarang nikmat mata ALLAH dah ambil,makanya....tak boleh nampak langsung!cuma deria rasa masih ada.Syukur....bayangkan kalau rasa pun dah tak ada,pasti tahu2 kena potong je..
Awat kena potong?
Teman adalah salah seorang dari berjuta manusia yang mengidap kencing termanis sekali.
OMG!muda2 dah kena diabetes?
Tulah ayat biasa yang kawan2 akan kata...muda2 dah kena kencing manis.
Apa nak buat,sakit tu penebus dosa.Redha je...

Hampir 1 jam,baru duri2 tu dapat di keluarkan.
Hampir 1 jam,teman kena dengar doktor tu beleter bab politik di Malaysia.
Saya tak sokong mana2 parti katanya...
Tapi...saya PEMBANGKANG doktor.
Terjojol mata doktor pandang saya tepat.
Kenapa?tanya teman..
Doktor tunduk kepala semula,menyambung kerja2 yang tak siap lagi.
kenapa u mesti jadi pembangkang?
Teman jawap saya dah muak dengan gelagat pemerintah.saya dah tak larat nak tanggung beban di bahu.Semua harga barang NAIK,kami orang miskin doktor.Doktor banyak wang,hidup senang.
Doktor senyum....bukan begitu.Kite jangan emosi.saya lihat ramai orang emosi.Kite boleh berpolitik tapi jangan emosi.Pesannya lagi.
Teman kata bukan emosi doktor tapi dah tahap benci!
Doktor pandai cakap jawap itulah emosi,perasaan benci itu emosi.
Dalam hati betul juga tu.Benci tu perasaan.maka teman antara pembangkang yang emosi....
Tapi doktor....semua orang mesti emosi,pembangkang emosi kebencian,pemerintah emosi kecintaan.
Doktor tanya balik kat teman...okay...kebencian dan kecintaan yang mana satu akan beri kebahagian?
Teman jawap kecintaan lah!
Itu sebab saya kata....politik jangan emosi.Emosi boleh jadikan Malaysia musnah.
Teman pandang Tuan Doktor...dalam hati,teman dapat rasakan,Tuan Doktor di hadapan teman berdiri teguh di parti kaler biru.Teman sedar....Tuan Doktor ini takut untuk bertukar pemerintah.Teman tanya Tuan Doktor...
Doktor sokong BN?
Tuan doktor cuba nafikan,saya tak sokong mana2 parti,Saya berkecuali.
Teman tak percaya,sebab dari percakapanya,teman pasti Tuan Doktor tidak mahu mencubanya.
Dia kata....kite jangan tukar semua,kite tukar seorang sahaja.pelapisnya masih baik2 belaka.
Teman faham maksud Tuan Doktor...
Doktor tak mahu tukar semua,cukuplah sekadar seorang sahaja.

Teman kata...masalahnya Doktor,dia tak mahu turun.
Doktor jawap siapa kata dia tak mahu turun?dia akan turun jika dirinya selamat.
Faham maksud saya?
Teman angguk...teman cukup faham.Dia tahu kesilapannya akan buat dia susah.Untuk pastikan dia selamat,dia mesti di beri jaminan tiada dakwaan atas dirinya.Dia mesti boleh bebas tanpa sekatan.Pilihan atau pengantinya mesti benar2 100% penjamin yang terbaik buatnya.
Itu yang teman faham...
Tapi doktor.....BILA?
esok?lusa?tulat?atau berulat?

Doktor tu senyum je...
Katanya...kita tunggu sahaja,lama2 dia akan penat dan akan mengangkat bendera putih tanda menyerah kalah.
U tunggu sahaja.Masanya akan tiba...
Macam duri ni juga,i susah nak buang keluar...tapi i sabar dan sekarang,4 duri dalam daging u sudah berjaya di keluarkan.U see?

Sabar akan memberi kemenangan bagi kite..Hanya masa sahaja yang akan menentukannya.
Semuga ALLAH mempermudahkan segala urusan.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK