ANAK TEMAN BUAT HAL LAGI..

GARA SEPI DI ASRAMA

Semalam..dia call,pukul 10 pagi,2 ptg,3ptg dan 6.30 petang.
Mula2 suara okay,kali ke 2 pun okay kali ke 3 pun okay...kali ke empat dah tak okay.
Ibu....boleh ambil Alif..Lapar,tak makan...
Teman mengucap panjang.Kenapa tak makan?
Dia jawap lauk ikan,Alif tak makan ikankan?
OMG!teman tahu dia tak makan ikan.Teman tau dia tak makan asam pedas ikan bagai.Teman fikir dia akan makan juga bila dah lapar.Rupa2nya dia tak makan langsung dan hidup seharian dalam kelaparan.
Sahabat kata biarlah...nanti dia makan lah.
Teman jawap betul juga kan?biarlah....tawakkalALLAH.
Ibu..boleh tak ambil Alif kejap,lepas tu hantarlah balik.
Teman panik...dalam hati berkata nak balik pulak!
Teman jawap mana boleh.Alif tak boleh balik.Jumaat ni baru balik.
Dia merengek lagi boleh le....Alif lapar ni.
Ish!kacau anak sorang ni.Ibu kena kuat ibu...jangan menyerah kalah.
YES!U CAN DO IT IBU!U CAN DO IT!

Sekarang Alif nak apa?ibu hantar makan?
Dia jawap boleh tak ibu hantar makanan,Alif lapar....
Teman ni cukup suka kalau dia minta sesuatu,demi dia teman akan redah jalanraya untuk jumpa dia.
Kenapa?
Sebab dia masih kecil,umur baru masuk 13thn.Biasa hidup dengan teman.Manja...walaupun marah tetap di belai semula.
Sahabat tanya nak keluarkan ke?
Teman jawap tidak.Saya akan pertahankan dia di situ.Saya baca satu artikel...kite jangan mudah beralah.Dia akan biasa dengan rutin harian tu.
Sahabat gelak je...teman tahu dia perli untuk sakitkan hati teman.
Pada teman...masukkan anak ke asrama adalah satu cabaran paling tinggi buat ibubapa.
Dia masih tidur dengan u ke?
Teman jawap dengan jujur...ya...
Sahabat kuat gelaknya,dah tau nak masukkan asrama,kenapa tak ajar tidur asing2?
Bukan teman tak ajar,mula2 tidur dia di biliknya,tau2 dah ada kat sebelah.dah puas ajar...dia banyak alasan.Belum akil baligh lah,bilik panaslah,bosanlah...
Pendek kata...macam2 alasan.

Ibu hantar makanan ya?
Dia jawap boleh lah...
Teman order Domino,terus redah jalanraya.Sebaik sampai nampak kelibat dia di pondok depan gate besar.Makan dengan lahapnya.
Dalam hati...lapar anak aku....kesiannya...
Tapi...kesian tak bermakna teman mengaku kalah.Teman tetap akan teruskan persekolahannya dia situ.
Teman nak dia belajar 'sesuatu' dia situ.Sesuatu yang boleh buat dia bahagia.Sekolah biasa bukan tak baik,tapi sekolah biasa tak boleh memberi dia ilmu2 istimewa untuk di amalkan setiap hari.
Di sini dia akan di kejutkan seawal 5 pagi.
kemas dome,mandi,solat,sarapan dan belajar.
Di rumah tidak begini,bangun ngam2 pukul nak ke sekolah.Mandi ,solat bersuruh,makan pun bersuruh dan ke sekolah juga ngam2 nak masuk kelas.Teman tak salahkan dia teman salahkan diri sendiri.
Teman tak tegas,tak dapat memberi tauladan yang baik.
Di sekolah...ibu,kalau tak solat,kena rotan.NAMPAK?dirumah juga kena rotan,tapi ikut moodkan?mood baik marah je,tapi tak rotan.Mood hangat satu badan baru rotan macam orang gila.
Peraturan ikut mood.Tak berterusan.
Di sini tiada TV,tiada masa bersukaria.Belajar belajar belajar...
Teman kesian lihat jadual dia,di rumah dia santai2 je...
Buat kerja sekolah tapi ikut keperluan.Mengulangkaji jauh sekali.Sekali di ketuk sekali buat.Tak di ketuk buat dek je...
Beza di sini...ada pantauan dari pihak sekolah.Pandai bodoh bukan ukuran.Yang penting usaha tangga kejayaan.

Tapi...di akhir pertemuan...
Ibu....boleh tak Alif cuti esok,1 hari je....
Dia buat hal lagi...minta nak balik pulak!
Teman jawap tak bolehlah,jumaat nanti balik lah...Hari ini rabu,esok khamis,jumaat  nanti...pukul 2.30 ibu dah ada depan sekolah.sabarlah....
Puas pujuk,dia diam akhirnya...
sayu lihat dia melangkah masuk ...
Tapi...demi masa depannya.Teman akan pastikan dia situ hingga bila2.
InsyaALLAH.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK