Posts

Showing posts from 2017

STATUS FB

KADANG2 MENJADI PUNCA KERETAKAN HUBUNGAN RAKAN TAULAN

Dalam ramai2 rakan taulan,teman ada seorang kawan status maknyah.
Kami rapat juga,cuma dek kejauhan,hubungan tu sedang2 sahaja.
Dalam ramai2 rakan juga,ada seorang dua yang suka keluarkan status mak nyah.Terutama isu2 si sajat yang merepek meraban tu.

Teman taklah baik sangat,tapi cuba jadi baik dalam urusan dunia.
Dalam FB tu teman ada 2 atau 3 orang golongan Nyah.Maka sebab tu,teman cuba elak dari mencuit isu2 kebapukkan.Demi mereka.
Isu Sajat,isu siapa sahaja yang bergelar Nyah tak mungkin teman kongsi atau like sebab....
Teman tak tahu penerimaannya.
Mungkin akan jadi gaduh pulak.

Baru sat....ada seorang rakan msg teman...Katanya...
Kau baca tak status si polan tu?Minggu lepas dia keluarkan isu bapuk mati kemaluan keluar ulat.Hari ini dia kongsi pulak isu Si Sajat.
kenapa dia tu?Kawan kite tu marah tau!dia kata....kenapa perlu share isu2 macam tu.
Jujur nak kata..teman tak tahu apa2.Belum buka FB pun...
katanya lagi...cuba kau …

CERAI BERAI

HANYA MENYUSAHKAN ANAK BINI

Teman ada seorang kawan berbangsa cina.Orangnya lembut beranak 3.
Teman kenal dia dah 4thn.Itu pun melalui anak2 kat sekolah.Anak dia sama kelas dengan anak teman yang bungsu.Oleh kerana hari2 nampak,tak kenal nama tapi kenal rupa adanya.

Petang tadi,teman jumpa dia seorang.Senyum dari jauh.
Masa nak balik,teman sapa dia...
Borak lebihkurang....bertanya khabar lebihkurang...
Dia tanpa di suruh mula buka mulut...
Sekarang saya sudah,Saya sudah kerja.
Teman tanya ya ke?dulu u tak kerja kan?
Dia angguk...saya sudah cerai.Suami sudah kahwin lain tinggalkan saya dengan 3 anak.
Teman diam,dalam hati....ingat orang melayu je ada kes macam ni,orang cina pun ada juga?
Dia sambung lagi,saya sekarang kena kerja,suami sudah hilang dengan perempuan Viatnam.Tak ada kasi saya wang.
Teman tak terkejut,di pekan ini,perempuan cina paling takut perempuan luar,Vietnam atau Cina tanah besar yang datang berduyun duyun mencari laki di sini.
Jiran teman pun cerai,kahwin orang Viet…

TRIP KE BANDUNG

AKHIRNYA...SHOPPING SAKAN KITE!

Nak raya mana?tanya teman pada kakak.Selalunya kami beraya dirumahnya memandangkan emak ada kat sana.
Kakak jawap kite keluarlah!malaslah nak dok rumah.
Teman mati akal!alamat!nampak gaya tak raya le kite.....huhuhu..
Kena bergulai sendiri le jawapnya.

Beberapa hari lepas,kakak teman call,kite gi jalan2 lah!tarik beg troly pun best juga.
Maksud dia nak FLY di awan biru le tu...
Teman jawap okay juga....JOM!
Plan lebih kurang,terus  check tiket paling murah dan destinasi paling murah.
Anak teman jawap Indon je le...
Kami sepakat kata Okay!JOM kite ke Indonesia.
Terus cari flight.....sap sup sap sup.....
BANDUNG MU TUNGGU KAMI DATANG!

Di sebabkan lagi 2minggu trip kami,harga tiket agak mahal jika kite bandingkan beli 2 bulan yang lalu.
Sahabat tanya u dapat berapa?
Teman jawap RM650 sekepala
Sahabat jawap mahal tu!boleh dapat lagi murah!
Kadang2 para sahabat tak faham,lagi murah bermakna perancangan cuti ni dah d buat setahun yang lalu.Tapi trip kami ni 2…

SIKAP KITE

IBUBAPA ALAF BARU

Baru2 ni Pihak Sekolah Agama anak,buat undang2 baru...
1)Kedatangan mesti sebelum pukul 3.Pada bulan april,teman dah bincang dengan pihak sekolah tentang masalah ini,jawapannya...baik Puan,asal datang....
Pukul berapa pun ok yang penting datang sekolah macam biasa.
Masalahnya sekarang....lepas pukul 3,pintu di kunci ketat2.
Terlambat seminit pun tak boleh masuk....
Sakit kepala ibubapa.....
Berdenyut denyut bila fikirkan semua ni...
Teman tanya...awat lagu ni Ustazah?
Kami sebenarnya...tak jadi masalah,tapi ada ibubapa yang tanya...begini ke sekolah agama ?tak ada disiplin.Pukul  berapa pun masih ada kanak2 sekolah berkeliaran.Ikutkan kami,kedatangan wajib pukul 2.30 tapi di sebabkan macam2 hal,kami longgarkan ikut kesesuaian anak2.
Masalahnya....kami tak mahu di pandang serong,Kami ada syarat2 atau undang2 sekolah.Banyak ibubapa tak ambil kisah,semua perkara ikut suka mereka.
Lagi satu anak2 yang datang lewat selalunya tercicir Puan,mereka bermasalah dalam pembelaja…

RUMAH SEWA ZAMAN SEKARANG

MAHAL NAK MAMPUS!

Anak teman nak mulakan hidup di kota metropolitan.Kota besar penuh cabaran.
Anak teman baru je habis belajar dan sekarang lagi praktikal.
Anak teman seorang gadis cantik kecil molek orangnya.

Sebagai ibubapa,kami akan pastikan dia menetap di tempat yang elok2.
Malangnya.....
kami tak mampu nak sewakan dia sebuah rumah kerana sewa rumah zaman sekarang mahal2 belaka.
Sudah menjadi trend,sebuah rumah di kongsi ramai2.
Setiap bilik ada nilaian tersendiri.Kalau sebuah rumah RM1500.00.Akan dibahagi mengikut bilik dan keluasan.
Kalau rumah tu ada kelengkapan tertentu,harga melambung sampai beribu ribu.
Ini semua harga rumah bertingkat tingkat.kalau rumah tanah,lagiiiiii le mahal!
Jenuh mencari kesana ke mari....
Ada sahaja yang tak kenan di hati.
Ada yang bercampur lelaki perempuan,ada yang bercampur bangsa dan macam2 lagi.
Semua ni buat hati teman tak keruan.
Susah hati ni.....teringat kisah2 gelap kat media2 masa....
Anak2 hidup di kota besar,hilang semua pegangan agama d…

KISAH HARI INI

MELAYAN SIKAP MANUSIA

Malam tadi teman pergi buang sampah kat pasar di pekan teman.Undang2 Majlis...daun dalam kawasan rumah.walau selai,kite kena buang sendiri.
Sebab tu teman malam2 buta cari tempat pembuangan sampah,kalau harap mereka angkut naik lori!mimpi siang hari lah....
Teman nampak beberapa orang sedang cuba mengangkat sekor anjing yang patah dek kecuaian manusia.
Dia patah ooo,kaki dia dua dua patah ooooo...Tu yang teman dengar.
Kesian?
MESTI!siapa pun yang patah,selagi dia makhluk ALLAH teman mesti kesian.

Pagi tadi,teman pergi pasar beli lauk,masa balik teman akan lalu tempat kejadian.
SubhanaALLAH!anjing tu masih ada kat situ,terkial2 nak keluar dari longkang tepi tandas awam.
Teman kata kat anak...eh!anjing tu ada lagi lah!Kesiannya....

Sebaik sampai rumah,teman call nombor MPM yang teman ada...
Mereka sambut baik dan bertanya tujuan teman menelefon mereka.Teman pun....bla,bla,bla...
Setelah panjang lebar bercakap....
Ooo....kalau masalah ni,Puan kena call nombor bla,bl…

ANTARA DUNIA DAN AKHIRAT

MANA SATU PILIHAN HATI

Tajuk teman ni tak selari dengan apa yang nak teman luahkan.
Teman sedar.....antara dunia dan akhirat,teman mesti kejar akhirat.Dunia hanya sementara,akhirat kekal abadi.
Dunia tempat persingahan sebelum kite ke alam barzakh.Sepatah kata ustaz teman.....jika kite kejar akhirat,dunia akan ikut kite,jika kite kejar dunia akhirat akan tinggalkan kite.

Kite bermula dalam rahim ibu 9 bulan 10 hari....kemudian kite menjalani kehidupan tak tahu sampai bila...Kalau ALLAH pinjamkan umo kite setakat 50thn.Sampai 50thn nanti,matilah kite.
Apa2 pun kite semua sentiasa mohon ALLAH panjangkan usia agar kite boleh beramal untuknya.

Atas sebab2 inilah!teman memaksa diri untuk meyekolahkan anak2 ke sekolah agama.Bukan untuk suka2 tapi terpaksa demi kebaikan.
Anak2 teman bersekolah agama sampai tamat.
Ramai kawan2 tanya kau hantar anak kau sekolah agama?
Teman jawap...hantar!nanti petang aku ambillah.
Soalan dari kawan2 anak kau tak penat ke?anak aku tak sekolah,kesian.....penat.

SISTEM MERIT DEMERIT SEKOLAH TERKINI

Image
KELAKAR BETUL!

Sistem persekolahan berubah setiap tahun,baik sistem pembelajaran mahupun disiplin murid2..
Berubah sepanjang masa..
Tahun ni lain,tahun depan lain..
Sehingga kite ibubapa jadi tak faham!

Sebelum ni,teman hanya dengar dan tak ambil tahu...
Pada teman...okaylah tu,paling tidak yang nakal kena rotan,yang baik dapat pujian.
Sahabat kata kena ambil tahu juga...
Teman besarkan mata...aduhai...dah tua2 macam ni,otak tepu!

Minggu lepas,teman ambil report kad si bujang yang dok asrama.
Keputusan sedang2 je.Anak teman tak genius,sama macam orang2 lain.
Puan nak lihat buku merit?
Teman jawap apa tu?
Cikgu tu jawap buku kelakuan anak2...
Teman angguk laju...okay juga.

Tunggu hampir 10 minit,buku di hulur depan mata..
Jujur teman nak kata...selama ni dengar je,teman tak pernah ambil tahu..
Selak cari nama dia...Muka surat 10 tertera Muhammad xxx xxxxxx...
List kesalahan dah sampai no 24.spontan teman kata mak aiii...panjangnya!
Cikgu senyum..
Teman tanya apa ni?
Cikgu kata...

Sistem…

BILA PASANGAN CURANG

JARANG ORANG AKAN BERTENANG

Sejak dua menjak,ramai pasangan kat mukabumi ni curang.Tak kire le artis vvip atau orang biasa.
Dah jadi trend,dan jadi biasa sampai kite tak pelik lagi.
Curang wujud sejak dulu lagi...
lelaki atau perempuan sama aje.Selagi ada keinginan,di situ ada jalan.

Kalau dulu,kes2 macam ni agak tersembunyi.Orang dulu buat dosa belakang2 tak depan.Orang dulu buat dosa sembunyi2,takut orang tahu walaupun hakikatnya....ALLAH maha mengetahuinya.
Masalahnya...orang buat dosa,biasanya tak ingat ALLAH.Buat dulu baru taubat.

Teman ramai kawan2 yang curang,ada yang ikut bekas BF ke Genting Higland.Tempat sejuk untuk memadu kasih.Seminggu ghaib!suami tak dapat kesan...
Anak2 apatah lagi!tau2 seminggu mama hilang ikut BF lama...

Ada yang curang bila rasa diri terabai dek bini yang sibuk mengurus rumah tangga.
Ada yang bosan sebab kat rumah tak ada keje...
Semua siap sedia sampai dok rumah mati akal.Anak2 orang jaga,masak memasak serah pada emak sendiri.Kebetulan emak tu segar …

AYAM SELASIH LAWAN AYAM SERAMA

DAPAT SEEKOR SERAMA BETINA KALER PUTIH

Teman singgah tapak semaian bunga kat hujung kejiranan teman.
Teman beli batu untuk diletakkan berhampiran reban ayam.
saya mahu letak kat tepi2 reban maa....sejak ada ayam,habis rumput semua mati.
Nyontya tu jawap mestilah!ayam makan sayur,rumput semua.
Teman angguk...tukang kebun saya kata...bahagian sana tak payah potong lagi,ayam akan dah tolong potongkan.
Benar....habis licin licau,rumput,pokok bunga bagai.
Pantang nampak pucuk,habis di ungges sampai tak berdaun.

Eh!you mahu ayam kah?saya ada serama betina 1 ekor,yang lain sudah mati musang makan.
Teman tanya...ayam selasih dangan serama boleh ngam kah?
Dia jawap boleh...dia duduk sini banyak kesian maa....U angkat lah!
Teman jawap okaylah,saya cuba...tapi ini ayam selasih boleh kongkek dengan ayam serama kah?
Dia jawap apa pasat tak boleh?itu negro dengan orang putih boleh maaa..
Dalam hati....laaa....orang tanya pasal ayam,dia pii beri contoh manusia..
Tapi...boleh juga kan?Orang Negro den…

BILA KAWAN GILA,KITE PUN SAMA JADI GILA

SEBAIKNYA....BLAH JE!

Teman ada seorang kawan.Perangai dia tak boleh BLAH!
Ramai kawan2 tak sanggup dengan dia,cara cakap dia serba TINGGI MELANGIT!
Kawan2 selalu kata...kau rajin layan...kalau kiteorang bolayanlah!
Teman bukan rajin melayan,tapi saja2 je buat teman minum pagi.

Dia serba betul,serba sempurna...
Kawan2 kata..ekleh...cakap je tu,entah2 bohong!
Teman tak berani nak jatuhkan hukum,pada teman..dia cakap apa sekali pun!teman masuk kiri keluar kanan je...
Nak percaya tu ...susah sikitlah.
Kalau memuji anak,beriya iya...macam le dia seorang je ada anak.
Anak dapat A dalam seni lukis pun dia kata dapat belajar kat UTP.Walhal bukan senang nak masuk pusat pengajian tinggi tu.Setakat SATU je A mana maunya..
Kawan kata...dia tu sembang je..u percaya temberang dia tu?
Teman tak caya,tapi...dah itu yang dia kata..lantak piii le...

Dia kata anak dia dapat UM,teman terkejut tahap gillla!dapat hanya 1A boleh masuk UM ke?
Kawan kata...gila ke dia tu?
Pendek kata....sah2 memang kaki semb…

BELIMBING BESI

Image
ADA CARA NAK HILANGKAN MASAMNYA

Pagi tadi,teman gi pasar...
Sedang teman memilih ikan,terdengar perbualan seoang wanita dengan tuan kedai bercerita pasal belimbing besi.


Setahu teman,belimbing ni masam tahap tertinggi.
Selalu orang guna untuk ganti asam jawa atau asam keping dalam gulai.
Selalu juga orang buat jeruk dan di gunakan juga untuk penganti asam jawa atau asam keping.
Dalam perbualan tu,teman dengar wanita tu ajar cara2 nak kurangkan masamnya.
Mula2 ketuk2 belimbing dan celup dalam air garam.Biarkan lebihkurang 15minit,perah belimbing tadi dan cuci guna air paip.
Masak lemak cili padi pekat2...FUH!mak mertua lalu pun tak perasan.
Atau letak ikan dalam gulai lemak tu pun sedap.

Teman telan air liur...belum makan air liur dah cair.
Tak masam ke?tanya teman
Wanita tu jawap tak,air garam tu kan boleh kurangkan kemasamannya.
Teman tercopong mulut...Ooooo...dalam hati,baru ku tahu...

Masa tu juga teman beli belimbing besi,beli santan,cili padi...
Hari ini juga mesti buat!
Teman tak…

ILMU HITAM

JANGAN DI AMALKAN,KELAK BINASA BADAN

Selesai mengaji,ustazah tunjuk kat teman satu rakaman video jirannya sedang berubat dengan seorang lelaki,katanya dari Darul Siffa.
Awak percaya tak?tanya ustazah.
Teman jawap....entahlah ustazah,tak percaya,bende2 macam memang ada,nak percaya sangat2 takut jatuh syirik pula...Susah nak katalah...
Teman lihat,seorang perempuan terjerit jerit,meracau2 yang butir katanya teman tak berapa faham. Macam biasa...ustaz atau tukang2 ubat orang sakit akan tarik atau tekan di satu2 part dalam badan terutama ibu jari. Mangsa akan menjerit sakit dan minta di lepaskan. Dalam upacara tu,perempuan tu mengaku di hantar oleh seorang wanita lain. Katanya....wanita tu hantar Jin tersebut sebab cemburu.Katanya..tuan aku hantar untuk ganggu kau,sebab kau lebih cantik dari dia.Jin tu kata lagi..aku yang curi barang kat rumah kau,untuk susahkan kau...Bla,bla.bla..
Bila perawat tu tekan kuat lagi..
Melolonglah jin tu nak minta lepas....Jin tu pura2 baik,nak insaf,janji na…

MAJLIS KAHWIN

BESAR KECIL,ORANG PASTI MENGATA..

Lagi dulu kala...
Inilah kekurangan kite manusia.Ada je yang kurang.
Makanan kurang,pelamin kurang,orang kurang,air kurang.......lagi haru kalau pengantin pun di katanya kurang............cantik.
Pening kepala nak sukakan hati semua tetamu.
Perut dah kenyang,mulut masih lapar nak mengata.

Minggu lepas,anak sedara teman kahwin.
Berhempas pulas kami bergotong royong untuk memastikan majlis berjalan lancar.
Dari malam nikah hingga ke hari langsung.kaki tangan tak henti bekerja.

Majlis akad selesai dengan jayanya.
Walaupun ada kecacatan,ianya diluar jangkaan kami.
Tetamu datang hingga makanan tak cukup.
Orang kata tetamu bawa rezeki...
Kami beralah,makan sardin dengan telo dadar...
Itu sudah memadai.

Hari langsung....pun sama,adik kakak....semua berganding bahu melakukan yang terbaik.
Masing2 tak duduk diam,sana sini bekerja berlari untuk memastikan semuanya indah belaka.
Sampai saat anak sedara teman melangkah masuk...
Telinga teman terdengar....eh!kenap…

BURASAK

Image
MAKANAN ORANG BUGIS

Sebut je BURASAK,orang2 berkenaan je yang tahu..
Orang macam teman ni,apa pun tak tahu.
Sebabnya...
Teman Bugis campur Jawa.Makanya banyak bende dah bercampur aduk.

Untuk tak lupa,teman nak kongsi kat sini sebagai rujukan anak2.



Ini bukan nasi impit sebarang.Nasi istimewa untuk yang si panggil BURASAK.
Nasi di tanak bersama santan.Untuk mudah...macam kite buat nasi lemak.Separuh masak di angkat untuk di bungkus dengan daun pisang macam gambar. di bawah.
Opss..jangan lupa layur daun pisang.Jangan main balut je....


Kemudian....di ikat macam gambar di bawah.Ikat kuat2,kepil 5 bungkus dan jerut sampai tak ada nyawa.Sebabnya...tak mahu air masuk,nasi nasi impit jadi bubur...


Kemudian dia rebus selama 4jam dengan api lahan,seperti gambar di bawah.


Lauknya...asam pedas atau rendang atau sambal atau sebagainya.
Kata kawan2 sedap makan dengan asam pedas ikan parang.Katanya lagi....asam pedas tu tak perlu tumis,rebus lama2,kalau boleh sampai tulang belulang ikan tu lembut.
O…

SELAMAT HARI LAHIR BUAT ANAK BONGSUKU

Image
24 JULAI 2017 (10THN)

Pada awalnya lupa.....
sorryyy...
Ibu banyak keje dik...Ibu dah tua,banyak benda mula lupa......
Sahabat kata mak aiiii!belum lagi 50!Dah lupa?tulah....banyak sangat makan bendir.
Ada kene mengena ke lupa dengan bendir?

Semalam,lepas sediakan makan tengahari,terus pergi kedai beli hadiah,beli kek bagai.
Dia balik muka masam...
Merungut kat kakak...semua orang ingat harijadi saya,semua orang bagi saya hadiah,tapi keluarga sendiri lupa..
kakaknya terus menyakat,terus buat dia panas.
Lagiii lah dia meradang,terus muka masam mencuka.
Bila nampak kek,hadiah terus senyum sampai ke telinga.
Itulah anak ..sentiasa minta perhatian.

10thn lalu...
Sebaik teman tahu kehadirannya,sebenar teman tak sangka,tak sedia menerimanya.
Sebab..teman dah 39thn,teman dah penat jaga anak kecil..
Tapi....ALLAH dah tetapkan anak teman 5 sejak azali,buatlah apa pun!dia akan datang juga...
Bezanya lambat atau cepat je.
Seminggu dua kemudian,teman ke klinik nak sahkan kehamilan.
Melalui air ke…

MUSIM DURIAN

SEMUA ORANG TERINGIN....

Hari ini teman keluar keringkan baju sebab dryer teman rosak.Tak boleh panas sangat,tetiba stop.
Suami kata ada le yang rosak tu...
Macam tu je,tanpa usaha yang lain.

Sementara menunggu teman dan dia di gerai juga durian.
Ada 4 tempat asingan.Bakul 1(RM20)Bakul 2(RM18) Bakul 3(RM16)Bakul 4(RM14)
Bakul hujung sekali...
Untuk buat tempoyak Chik....katanya.

Suami beli sebiji kecil untuk dia seorang.Macam biasa teman tak di galakkan makan takut glukos NAIK TINGGI!
Sedang kami borak dan makan2.
Datang seorang budak lelaki minta rasa seulas durian.
Bang boleh rasa tak?
Peniaga tu geleng kepala.
Teman dengar terus kata kat suami...beri dia sikit,dia nak rasa seulas dua.
Suami panggil dia dan ajak makan bersama.Tanpa segan silu dia terus mencapai ulasan durian dari pangsanya.
Guna tangan kanan...tegur suami.
Teman nampak dia makan gelojoh,teman tegur makan elok2...
Baki yang tinggal hanya tinggal 4 ulas sahaja.
Teman nampak matanya terkulat2 macam tak puas.
Nak lagi?t…

BILA ANAK NAK KAHWIN

HANYA MAMPU BERHARAP AGAR MEREKA SELAMAT

Esok anak sedara teman menikah.Setahun lalu bertunang,seminggu kemudian ayahnya pulang ke rahmatulALLAH.
Semuanya begitu pantas berlalu...
Bertunang dan akhirnya menikah,Tahniah.....

Esok juga,teman baru sampai ke sana...
Kakak teman tanya bila nak sampai?
Teman jawap lainkali kahwinkan anak time cuti sekolah,senang....1 minggu aku maiiii rewang kat rumah kau!

Esok juga,teman akan dapat anak sedara baru.Seorang anak bujang yang baik,senyap sunyi jika bertemu.
Semuga menjadi seorang suami yang budiman dan berakhlak mulia.

Esok juga,teman akan jumpa rakan taulan yang lama terpisah.
Seronok mengalahkan anak teman yang menikah.Walhal ... anak sedara je...
Kami rapat,dia membesar depan mata.
kepada anak2 sedara yang lain,teman bukan tak sayang,tapi....tak rapat seperti dia.

Esok juga,teman akan lihat suasana gembira dan berduka.
Harap 2 semuanya akan berjalan lancar seperti yang di harapkan.

Esok juga teman akan melihat anak2 menjadi pengiring penga…

RABIES:MUSIMNYA TELAH DATANG

BALA ALLAH UNTUK KITE SEMUA..

Dek kerana Rabies,teman takut2 nak keluarkan kucing2 bebas di luar rumah. Dek kerana Rabies,teman bimbang kucing2 akan terjangkit penyakit anjing gila yang meluas sekarang.
Dek kerana Rabies,kucing2 teman termenung di kejauhan memandang keluar tingkap.

Biasanya....hari minggu teman akan keluarkan meow bebas,keluar masuk rumah ikut suka.
Bila Rabies meluas..seriau juga nak bebaskan kucing2 tu melata di luar rumah.

Apa tu Rabies?
Pada fahaman teman,Rabies tu sakit anjing gila,biasa anjing je yang kena.Laaa ni..kucing pun tak mustahil jadi pembawa.
Maka sebab tu...
Tom,Lucky dan Orkid terpaksa dok melepak dalam rumah.
tak payah lah gatal2 nak keluar kucing oooooi!kalau dah sakit nanti,siapa susah?
Mama juga....

Tanda2...
kucing yang lembut jadi garang,yang garang bertambah garang.Keluar buih,lumpuh dan akhirnya mati.
Langkah selamat simpan dalam kandang dan hantar Klinik Haiwan.
Jangan nak memandai mandai jadi Doktor takut kite pun sama2 JALAN DAHHHH!




DECOUPAGE TEMAN MULA DI MINATI...

Image
ANTARA SUKA DUKA DI SEBALIK BUATANNYA.

Raya tahun ni,teman rancak meniaga dalam diam....
walhal....teman dah maklumkan....bulan puasa teman nak cuti.Pelanggan tetap mahukan hasil2 tangan teman.
Order juga....Order juga...
Akhirnya....curi2 buat,sambil beribadat di bulan ramadhan,teman habiskan juga order yang ada....
Tak banyak tapi tetap menuntut masa yang ada.

kelmarin,ada seorang call nak teman buatkan 12 penutup balang kaca.
Boleh beri contoh gambar?
Teman pun hantarlah macam2 contoh,lebih daripada 50 corak.
Malangnya....satu pun dia tak kenan.
Dia hantar satu corak tersendiri yang berjaya menyentap jantung.
keh keh..keh...
Kenapa?
Corak tu tak ada langsung dalam simpanan sesiapaa pun melainkan teman lukis atau teman print sendiri guna laser printer.
Masalahnya....kat pekan kecil ni,nak cari laser printer bukan satu yang mudah!
Berpusing mencarinya...
satu kedai ke satu kedai....jawapannya..tak ada,kami tak ada printer tu.Dalam hati...rasa nak angkut sebiji je...
Nak printer ikut …

PERKAHWINAN PELIK

Image
TAPI...SEBAGAI MUSLIMIN YANG BAIK,TEMAN PERCAYA KADA DAN KADAR
DARI ALLAH....



Semuga kekal hingga akhir hayat.....
Tu je yang mampu diucapkan....
Nak marah,bukan hak kite...
Nak bebel,bukan anak kite...
Yang bersarang dalam kepala otak ni,hanyalah...1001 soalan tak terjawap.

Pelik dengan gelagat orang zaman sekarang,citarasa berbeza.kalau dulu,orang muda kahwin orang muda dan tua cari sepadan usia.
Sekarang ni....lain macam pulak!
Budak perempuan 16thn kahwin orang tua...tua normal.Banyak berlaku.
Budak lelaki 16thn kahwin orang tua 70thn!tu sebenarnya luar biasa.Jarang berlaku,kalau ada pun...jarang...jarang.....

Selalunya lelaki macam ni ada sikit masalah personaliti.Mungkin ada masalah citarasa.
Yalah kan.....orang lelaki selalunya kan suka wanita seksi,wanita muda..yang ni,lain macam pulak perasaan hatinya.
Seorang nenek tua..yang lebih tua dari emak dia mungkin..jadi intipannya.
Bertungkus lumus berusaha untuk menikahinya.Terang2 kata...kalau tak dapat menikah,mereka akan bunuh d…

MAJLIS KAHWIN

TIADA VIP KERANA SEMUA TETAMU YANG DATANG ADALAH VVIP KAMI

Soalan dari kawan,nanti sediakan meja VIP untuk kami tau!
Bagai halir lintar membelah bumi!spontan teman balas....
Tiada VIP,semua tetamu sama...
Pelik?
Tak pelik jika kite tidak memelikkanya.

Masa bincang2 pasal majlis kahwin anak buah,satu je pesan teman...NO VIP,semua tetamu adalah VIP melainkan Agung,Sultan,Najib atau sesiapa sahaja yang mereka sendiri siapkan protokol untuk mereka sendiri.Bagi teman...
Semua tetamu kami sama sahaja,tiada beza walau seorang pun.

Sahabat kata kenapa?
Teman jawap....memang saya tak suka,saya tak suka membezakan tetamu kerana mereka semua datang atas undangan kite,mereka datang untuk meraikan majlis kite...
Sebab tu mereka semua adalah VVIP  kami.

Cenderahati pun sama....Tiada beza walaupun sebentuk pun melainkan untuk di beri pada orang di sana.
Perbezaan tu untuk kite nyatakan penghargaaan kite pada orang sana pula..
Orang berbudi kite berbahasa
Orang memberi kite merasa.
Gitulah adat kite.…

SELASIH SUTERA

Image
KETEGORI AYAM TEMAN...

Masa beli,tak perasan pun ayam tu dari ketegori apa.yang teman tahu....
Ini ayam sesuai untuk main2,manyak cantik maa....kata penjual tu.
Teman perhatikan....muka sama je macam ayam lain,cuma kat atas kepala ada segumpal bulu meninggi.Penjual tu sambung...ini ayam ada topi,nanti dia besar itu topi buat dia comel...
Tak berlengah masa,teman terus beli 4.Suami kata banyak nya!
Teman diam je..

Ini berapa?tanya teman
Ini ayam kampung,RM1.50 seekor.
Dalam hati..murahnya!
Ini berapa?tanya teman lagi sambil menunjuk  kearah ayam yang di maksudkan.
Ini ayam kampung juga,tapi sudah besar sikit,harga RM2.50
Dalam hati..murahnya!ingat mahal nau!
Mau kah yang ini?tanya penjual tu lagi.
Teman pandang pandang jeling....dalam hati,boleh ke aku bela.
Selalu orang akan kata...ayam kotor,mana boleh bela ayam dalam perumahan,ayam bising bla bla bla..
1001 macam alasan!
Spontan teman terus tunjuk ke arah ayam bertopi.
Ini seekor RM7.00 ini banyak cantik.Mahu kah?
Terus teman angguk…

BILA SUAMI NAK KAHWIN LAGI..

HANCUR LULUH JIWA RAGA

Cerita ni tengah hangat sekarang,dia bukan artis dia bukan orang ternama.Dia hanyalah kawan biasa.Lebih muda dari teman,putih berseri seri.
Sebelum raya,suami dia buat hal...
Jujur kata nak kahwin lagi.Dia terpana dek permintaan suami tercinta.
Mula2 bergaduh sakan,sampai ensel pintu bilik saya longgar kak...bila marah hempas pintu,bila sakit hati hempas pintu.Anak2 tak keruan,semua jadi tak menentu..
Mood sentiasa bertukar,marah semakin menjadi jadi.
Malangnya...
Suami dia tetap nak kahwin lagi.
Pasangan bukan orang dekat,bukan orang kite tapi orang Thailand!beragama kristian.
Teman tanya kat mana suami awak jumpa?
Jawapnya...suami kite selalu urut badan,kat situ lah dia jumpa...
Teman hanya mampu jawap ooooooooo.....
Tak tahu nak kata apa...

Satu malam,dia call...nangis2..
Kak,kite beri suami kite kahwin lagi.Dah itu mahunya.Puas kite halang,dia tetap dengan kata hati dia...
Kite kecewa,tapi kite sayang suami kite...kite tak mahu hilang dia...
Teman kelu serib…

KUDIS BUTA

SAKIT BIASA TAPI SUSAH BENAU NAK BAIK.

Sejak dok asrama,kaki anak bujang penuh kudis.Mula2 sikit lama2 jadi banyak!
Mula2 kecik2 lama....besar dan menanah pulak!
Sahabat tanya tak bawa gi klinik?
Teman jawap dah...doktor kasi krim sapu je...

Masalahnya,krim tu mungkin kat rumah je pakai,masa kat asrama,hanya ALLAH je yang tahu.
Tapi...besar kemungkinan tak di pakainya!
Akibatnya....kudis2 tu membiak dan merebak ke jari.
Teman stresss!
Teman pergi lagi farmasi,klinik...hasil tetap sama.

Tak putus asa,teman pergi lagi farmasi.Teman minta lagi ubat paling baik untuk masalah ni.
Dia beri teman cecair sapu dan biarkan kering berjenama Scabomo.
Ubat ni Puan sapu seminggu sekali.
Teman tanya...seminggu sekali?dalam hati bila le nak baik,kalau seminggu sekali!..
kenapa seminggu sekali?kenapa tak hari2?
Sebab....luka tu terdedah untuk ubat ni masuk dalam saluran darah,di khuatiri terkena sawan.
OOOooooo.....itu sebabnya...

Langkah selanjutnya...ubat ini mesti di ambil dengan pakej.Ubat sapu.ma…

KUIH RAYA

KADANG2 SEDAP KADANG2 MACAM......PUIIIIII!

Teman beli kuih dari dari seorang kawan..
Biasa buatannya sedap2 belaka.Tapi kali ini...
huru hara!
Lembab dan comot.

Sahabat kata kuih tart memang macam ni....nak rapuh sangat kan?
Teman jawap memang nak rapuh,tapi tak le sampai comot balang macam ni,inti pun tak kemas,ada yang tertenggek macam puting tetek mak cik Joyah je..
Ada yang leper dan lebar ada yang kecil tapi tebal seinci.

Sahabat kata tak pe lah...asalkan ada rasa,dah patut syukur.
Teman akui,rasanya okay,ada masam,ada manis ada masin.3 rasa di adun sekali.
Cuma tu lah...hati tak berapa gembira.Teman order banyak,mujur dah sedekah awal kat adik2 beradik.kalau tidak....mahu cendewan dalam gobok.

Musim raya,semua orang buat keje cepat nak siap.
Order bersusun,takut tak sempat siap,pelanggan bising nanti.
Akhirnya.....kuih tak kemas,tak garing..
Akhirnya....pelanggan merungut juga,akhirnya...tahun depan tobat lahom tak order lagi.
Tu je yang boleh di buat....nak komplen banyak,kawan…

ANAK LELAKI PUTUS CINTA

TAK TAHU NAK MARAH ATAU NAK NANGIS..

Teman tahu anak bujang ada GF,bukan menyokong perbuatan dia,cuma kalau kite tegah sekalipun,belakang kite dia berkawan juga.
Cuma teman pesan...jangan nak macam2!jangan nak buat maksiat,jangan rosakkan anak dara orang.Kawan baik2....bukan kawan nak kahwin bagai.
2thn juga dia berkawan...
Semua aktiviti mereka teman tahu...sebab dia beritahu.

2thn berlalu...
Semalam dia beritahu dia dah tak kawan lagi dengan budak tu.
Teman terkejut,sebab teman pernah sekali dua makan semeja dengan budak tu.Baik dan cantik juga.
Alasan...anak teman tak ada masa depan.
FINE!
Anak teman baru 20thn,belajar pun tak habis lagi...
Nak masa depan gi mana?
Lagi 1 sem dia tamat diplomanya.Lagi 1 sem dia akan konvo dan boleh le bekerja.
Bila dia kata dia putus cinta.Teman suka...sebab tak payah le dia leka sangat dengan mak we bagai.Anak teman selalu kena hantar GF ke sana ke mari.Minyak kereta teman yang tanggung.Bila dah putus tak ada le dia jadi teksi untuk mak we tu lagi.