TRAGEDI BUS

TAK MAHU KATA APA2,JOM LAH KITE MUHASABAH DIRI

Baru2 ni kite di kejutkan ,kemalangan maut di highway luas terbentang.
Sebuah bus yang sedang menuju ke destinasi terkandas di tepi jalan.Menyebabkan 14 nyawa terkorban termasuk pemandu dan anaknya sekali.

Kite baca.hati jadi kecut
Mati itu pasti,tapi pasti ada penyebabnya.
Dengar2 pemandu mengantuk,dengar2 pemandu bawa laju.
Itu hanya berita dari sumber tak sah.Penyiasat sedang mencari punca sebenar.
MENGAPA PERKARA INI BERLAKU?

Selalu orang kata,jika pemandu bawa laju,penumpang boleh tegur...
Nak tahu tak?
Penumpang hanya menumpang bas tu,kami tak ada kuasa nak tegur....
Selalunya pemandu2 bas kasar2 orangnya.Silap haribulan di halaunya kite!

Teman sendiri ada pengalaman,perjalanan dari Dungun ke Johor.Bas tu di pandu laju,terhoyong hayang semua penumpang.Habis di potong semua kenderaan.Jalan kiri kanan semua di bantai.
Penumpang tak tidur,hanya duduk diam berdoa dalam hati...Ya ALLAH selamatkanlah kami.

Teman tak tidur,tangan erat pegang seat depan.Kebanyakan penumpang tak tidur....Hanya menahan hati yang gundah gulana.
Sampai di Senai,bas potong da potong.Tak kire selekoh ke apa ke...semua dia potong.
Tup2....depan tu JPJ.
Teman lega,dalam hati padan muka,JPJ tu mesti cari kau!

10 minit kemudian,bas berhenti pelahan,lahan....
Pegawai JPJ naik bas..
Awak semua ni,tidur je!awak tahu tak?bas ni di pandu dalam keadaan merbahaya?
Semua diam...
Masa tu umur teman dalam lingkungan belasan tahun.Mestilah tak berani nak tegur pemandu tu.Patutnya orang2 tualah kan?

Pegawai tu marah cukup2 kat pemandu tu.Peliknya....pemandu tu diam tak berbunyi.
Dalam hati nasib baik jumpa kereta peronda ni,kalau tidak,pemandu tu mesti pandu lagi laju.
Lepas kena tahan,barulah bas tu di pandu penuh berhemah.
Boleh le kami lelap mata barang seminit.
Jika ada pendapat kata tak semua pemandu pandu laju.
Benar!Tak semua....tapi kebanyakkan begitulah.
Jika ada pendapat kata masalah teknikal.
Benar!Tapi tak semua....selalunya sebelum bas keluar dari stesen,bas akan di periksa sebaik mungkin.
Jika ada pendapat mengatakan pemandu berbual masa memandu.
Besar kemungkinan,begitulah.Selalu kite nampak pemandu2 bas atau lori atau kereta ate motor akan berbual masa memandu.
Kadang2 dalam hati kecil ni berkata kata..macam dah tak ada masa lain.Teman pesan suami,anak2.....jangan sibuk balas msg,kalau perlu sangat.Berhenti dan bermsg le..

Teman pernah nampak seorang penunggang sibuk bermasg tercebur dalam longkang.Tau2...air dah terpercik tinggi.
Dia dengan motor dia dok dalam longkang.
Tak ke haru biru jadinya?

Dalam hal ni,jujur nak kata.....
Semua kejadian puncanya dari sikap kite sendiri.
Leka,bermsg masa memandu,berbual dalam phone masa memandu,tertidur masa memandu..
Semua tu mengundang kepada malapetaka.
Jika tak libatkan orang lain....okay.
Tapi....dek perbuatan kite semua oang dapat susah.
Tunggulah!ALLAH akan menghakimi kite.



Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK