PERSIAPAN SEKOLAH

SEMAKIN MEMBEBANKAN.

Kalau dulu,teman berbelanja lebih untuk 5 anak2 yang bersekolah.Kini hanya tinggal 2 orang sahaja.
Dulu.....teman bajet seorang RM500.00
Kini teman terpaksa mengeluarkan ribu RM hanya kerana harga keperluan tu dah makin NAIK HARGANYA.
Sahabat kata banyaknya?
Teman jawap sehelai seluar jenama Canggih RM46.90.Kemeja putih lengan panjang RM36.90.Belum lagi kasut,stokin,bag dll.
Sahabat kata lagi...tak kan tukar baru semua?
Teman balas setahun sekali tukar.Baju putih dah tukar kaler,seluar kain dah senteng.Tudung pun dah tak putih lagi.Pendek kata semua kena tukar.
Akhirnya sahabat akur,yalah...tak kan nak pakai baju seluar yang dah tak rupa uniform sekolah kan?
Teman senyum je...
Dalam hati tau tak pe...

Setiap tahun teman belanja kat Aeon atau supermarket yang lain.Sebelum gawat,masih mampu walaupun sehelai baju sekolah hampir puluh2 ringgit.
Siang tadi,teman selak2 baju sekolah berbagai jenama.Semua RM30.00 ke atas.
Dalam hati....kenapa aku tak cuba beli kat kedai2 biasa.Mungkin harga lebih murah.
Alif tanya kenapa ibu beli kat kedai2 macam ini?ibu nak jimat ya?
Teman jawap yalah...kite cuba je,mungkin lebih murah daripada kat mall tadi.
Teman selak harga dulu.Teman nak lihat bandingannya dulu.Seluar sekolah menengah jenama entah apa2,tapi lebihkurang je sehelai hanya RM29.90.Baju sehelai RM22.90.Coli kanak2 RM5.00 selai.Pendek kata....kalau kat Aeon jual coli kanak2 sehelai puluh ringgit,kat kedai ini hanya RM5.00.Dan teman borong 6 kaler!
OMG!banyaknya beza.Padahal sama je....Jenama buat harga melambung tinggi.
Sahabat kata sekali basuh berbulu.
Teman jawap tak lah,saya tengok sama je...

TOTAL kesemuanya...hampir 40 item,hanya RM660.00 sahaja.
Sebeban beg plastik besar teman usung ke kereta.Rasa berbaloi baloi.
Dalam gawat2 macam ni....kualiti dah tak kisah,asalkan masuk tahun baru semua berganti.Masuk tahun baru anak2 tak sedih...
Apa pun jenama,asalkan baru.Itu sudah memadai.

Habis urusan pakaian..
Kali ini ke sekolah beli buku.Perbagai jenis buku dah masuk satu plastik.1 set buku tulis RM45.00.Satu set buku latihan hampir RM150.00(Kos ni semua hanya untuk seorang anak).
Mujur buku teks dapat pinjam,sikit hari dulu,buku tek pun kena beli.Berposahlah ibubapa piii cari buku kat kedai.
Malangnya....setiap tahun buku tulis banyak yang kosong.Anak2 buat buku conteng2.Walhal....sepatutnya kite ada pilihan untuk beli berapa sahaja yang kite mahukan.Lencana kat kulit depan tak berubah.Yang berubah hanya kelas sahaja.
Semua ni pihak sekolah tak pernah terfikir.Mungkin asal ada bisnes,semua main hantam sahaja.

Belum lagi duit PIBG,duit derma sepesel....pihak sekolah akana hantar surat mohon derma untuk satu2 tujuan.
Kadang2....masuk tahun baru...
IBUBAPA insan paling cemas.Paling risau dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Semuga ALLAH permudahkan segala urusan

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK