BILA SUAMI KAHWIN LAGI...

USAH PANIK..ITU TAK BERMAKNA HIDUP KITE AKAN BERAKHIR

Cerita suami dia kahwin lagi dah lama teman dengar.Pada teman...
Okaylah tu...dah nak kahwin,nak buat macam mana kan?
Lelaki ni,kalau dia kata nak kahwin!tak payah cakap banyak2...
Buat je segala macam tuntutan...
Asalkan kite kaum isteri tak jadi gelandangan.Sudah cukup memadai.

Suami dia okay okay je..Mungkin cabaran orang berduit,suami banyak ke arah nak tambah cawangan.
Sebab tu ramai orang pesan....jangan beri suami tu senang hati sangat.Kalau boleh lagi banyak hutang,lagi baik.Dia tak sempat nak fikir hal lain.
Kata  orang lah kan....Teman tak pasti petua tu.

Dulu2 masa suami makan gaji,hidup mereka sederhana.Ada masa nak berdua kesana ke mari.Bila dah banyak duit dalam bank,suami makin sibuk.
Tup2 tup....kahwin satu lagi.
Ingat anak dara,rupa2nya janda anak 1 seusia sang suami.
Kire dah masuk lain 50-an.

Nak tahu apa yang isteri buat?
Lepas dapat kesan perubahan suami,isteri tanya dari hati ke hati.Suami mengaku dan menyesali perbuatan.
Malangnya isteri dah tak ada hati lagi...
Tak tuntut cerai,mereka masih bersama,serumah walaupun dingin.
Tak gaduh2,bertenang mengharungi hidup walaupun hati merintih sakit.
Isteri mula mengorak langkah,mengatur kehidupan baru sebagai persediaan di masa akan datang.
Isteri mula ubah penampilan...
Bukan saya tak jaga penampilan,saya sederhana sebab jimat.Hutang perniagaan banyak,jadi kenalah berjimat cermat.
Tapi...sekarang,isteri dah makin muda.Dah mula bergaul dan keluar minum2 bersama kawan2.
Kalau dulu,terperap duduk mengadap suami,kini tak perlu lagi.Suaminya akan balik kerumah isteri baru,masa tulah isteri melepaskan tekanan.
katanya....
Okay juga....ada banyak masa untuk diri sendiri.Ada masa untuk keluar borak2 dengan kawan2.
Saya dah mula buat bisnes saya,dan tak lagi sepenuh masa menguruskan perniagaan suami.

Setelah setahun,peristiwa tu berlaku...
Akhirnya...suami tu mengaku kalah,mula cemburu pada isteri.
ISTERI?
Teruskan hidup..
Dan mula belajar ketiadaan suami tercinta.

Pelajaran yang boleh di ambil....
Bila suami nak kahwin lagi.Pastikan...suami ada duit yang banyak,cukup sihat lahir bathin.
Keperluan kite sekeluarga serba lengkap.
Selebihnya....
Hanya ALLAH sahaja yang tahu.
Usah menyesali diri sendiri.Kite tak salah!
Sebaik wanita sekalipun,jika suami tu sendiri GATAL....semua tu pasti terjadi.

Bersabar lah....

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK