BERITA SIANG TADI

SEORANG RAKAN FB PERGI TAK KEMBALI

Teman kenal dia gara2 kek cantiknya.
Kek dan hiasannya buat teman terliur,kaler ungu,kuning yang lembut telah berjaya mengoda hati ini.
Melalui msg di fb,teman buat tempahan.
Tapi...
Akak tak mahu hiasan tu...manis dan susah nak makan kek nanti.
Katanya...tak sedaplah kak,tak manis nanti.
Teman balas...akak pengidap kencing manis,jadi memang kena elakkan semua tu walaupun bunga2 hiasan tulah buat akak tergoda.

Teman dapat tempahan tu,suami dia yang hantar.Dalam gelak...tak sedaplah kak,gula ising tak ada..
Teman balas tak apa,kek tu yang akak nak makan.Mesti sedap...
Lepas makan....Benar,buatannya cantik,rasanya betul2 sedap.
Teman bagi 5 bintang!

Teman selalu lihat segala yang di post kat fb.Lasagna.muffin,cup cake semua nampak sempurna.
Lepas tempahan pertama,teman tak lagi buat tempahan,bukan sebab apa2,tapi....tak ada sebab nak order kek.Kecuali nak makan je.
Kelmarin dia post cup cake untuk majlis orang.
Betul2 cantik yang amat sangat.Teman gerenti akan order dengan dia jika anak2 nak menikah.
Hanya  TUHAN yang menentukannya.

Baru sat,seorang rakan beritahu..
Dia dah meninggal akibat barah otak.
SUBHANALLAH!sekejapan je ALLAH matikan kite.
Sekelip mata,dia telah kembali kerahmatullah.
Nak kata kesian....tak sesuai,ALLAH ada perancangan yang lebih baik dari itu.
Semuga rohnya di tempatkan di kalangan insan2 beriman.
Dia pergi dengan kepandaiannya sekali,lepas ni pasti wallnya sunyi sepi..
Itulah kehidupan hakiki.



Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK