AGONG BARU

SULTAN KELANTAN DI PILIH YDP AGONG KE 15
SULTAN MUHAMMAD V DI IRING SULTAN NAZRIN SHAH SEBAGAI TIMBALAN YANG DI PERTUAN AGONG.

Sebenarnya....inilah saat yang di tunggu oleh semua rakyat jelata.
Gandingan pemerintah muda yang diharap dapat mengembalikan kecerian hidup kite.
Dari cakap2..
Ramai sedang menunggu perlantikan itu.
Ramai mengharapkan agar agong kali ini lebih berani bersuara.Bukan sekadar tukang rasmi majlis.Tukang potong renda,rakyat mahukan lebih dari itu.

Teman ada mendengar pendapat kawan berbangsa cina....katanya....Agong tak ada fungsi,duduk diam2 sahaja.
Teman tak tahu nak kata apa...bukan tak mahu menyangkal kata2nya...hakikatnya...ada benarnya...
Sahabat kata...kenapa u tak bangkang?
Teman hanya sengeh je...bukan teman bodoh ,bukan teman tak boleh membantah.
Pencuma.....buang masa dan buang air liur teman je....
BETUL KAN?

Teman selalu bayangkan...Agong kesayangan teman membantah apa yang tak patut,Agong sebagai individu NOMBOR SATU TERPENTING kat Malaysia,walaupun tak boleh menghalang 100% tapi masih boleh memberi pendapat yang bernas kepada PM kite yang dah semakin melampau!
Buat pelaburan untuk guna sendiri,cakap berdolak dalik,janji tak di tepati...
Pendek kata....betul2 TERUK!

Sahabat kata....kenapa u cakap macam tu?
Teman sebenarnya muak dengan petanyaan2 seumpama ini...Betul2 bosan!
Tak ada mata ke,tak ada telinga ke...atau buta huruf?
Terang2 kot cerita tentang dia keluar hari2!Pelik betul!masih tak betul ke?mana tau?
Teman benar2 jemu jelak dan sebagainya bila jumpa orang2 macam ni...
Malas nak kata apa2...selalu fikir...lantak ko orang lah.
Penat nak cakap perkara yang sama...
Cari sendiri lah labuuuu...

Rakyat menanti agong baru,agong lama agak lembut,mengikut tak membantah.Mungkin ketuaan buat dia akur.
Hanya uruskan majlis rasmi dan diri sendiri,selebihnya hanya memandang dari kejauhan.
Rakyat kecewa,tapi apa kan daya...kuasa dah disekat hanya untuk menjadi kebanggaan bangsa dan negara.

Baru2 ni,ada seorang anak muda...kalau nak beribadat,elok letak jawatan sebagai AGONG!
Biadap kan?
Kite tak dididik begitu..
Sultan Agong di ajar untuk di santuni.
Entah apa kenenya....dia sanggup menulis macam tu.
Walhal...satu Malaysia leka dengan ketakwaan Agong baru.
Kenapa kite suka?
Sebab.....kat Malaysia,belum ada pemembesar yang rajin beribadat,kalau ada pun sekadar solat jumaat dan solat Aidil Fitri sahaja.
Selebihnya...mungkin le solat kat rumah.
Mungkin leeeee....

Atas dakwaan biadap dia diadili secepat mungkin.
Undang2 dunia...
Sekejap dapat balasan.Undang akhirat......kena tunggu nanti.

Teman hanya harap....agong baru dapat beri manafaat buat kite semua.
Teman harap agong baru beri keampunan pada Anwar Ibrahim.ALLAH pun ampunkan kite,tak kan lah....kite masih nak hukum atas dasar fahaman politik.
keluarkanlah  dia...kami ingin pembaharuan,kami dah jemu dengan semua.
Kegawatan ekonomi buat kami gusar,apa akan jadi nanti.

Jika kami terus gawat,bagaimana mungkin agong akan bahagia.
Pasti Agong baru akan turut rasa deritanya.
Agong baru manusia di pilih ALLAH untuk jaga kami,untuk lindungi kami...
Kotakanlah janji tu...
Bukan janji dengan kami,tapi janji dengan ALLAH.
ALLAH sedang melihat tingkah laku kite semua...
Makanya....
Peliharalah AMANAH yang di beri...
Seberat2 gunung,berat lagi....AMANAH yang di beri.









Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK